Saturday, February 2, 2013

BN Tempah Penyanyi Gangnam Style Buat Persembahan Sempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2013


Dalam berita pendek The Star, akhbar itu melaporkan:

Penyanyi superstar Korea Selatan, Psy telah ditempah untuk membuat persembahan pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di sini pada 11 Feb ini. 

Artis tersebut dijangka akan membuat persembahan lagu popularnya Gangnam Style di hadapan kira-kira 60,000 tetamu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Han Chiang High School daripada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang - DCM/The STAR



P/s: Berjayakah Gangnam Style mengubah pendirian dan memancing undi pengundi Cina ketika BN sedang terdesak untuk memenangi PRU13 dengan undi yang besar?

Berapa juta BN menghabiskan wang (harap-harap wang mereka, bukan wang kita) untuk menempah Psy dan seterusnya membuat persembahan  di depan Najib?





No comments:

Post a Comment