Friday, February 1, 2013

Mengapa Orang Korea Cun? Salah Satu Sebabnya....


Miss Korea 2012 dan statistik pembedahan plastik di seluruh dunia.

.. ialah orang Korea cenderung untuk melakukan pembedahan plastik atau pembedahan kosmetik. Menurut kajian Persatuan Doktor Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) sebanyak 15 juta orang di seluruh dunia menjalani pembedahan plastik pada tahun 2011 dan orang Korea antara yang mendominasi kelompok tersebut. Hal ini dibuktikan apabila seorang daripada77 orang di Korea Selatan pernah menjalani prosedur kosmetik pada tahun 2011.

Berdasarkan kecenderungan individu menambahkan kecantikan melalui prosedur pembedahan kosmetik, kini dianggarkan sebanyak  20 000 pakar bedah plastik berlesen di seluruh dunia.

Korea Selatan menjalankan pembedahan kosmetik yang paling banyak berdasarkan populasi penduduk pada tahun 2010, manakala UK di tempat ke-20. Tahun lepas, 20 peratus wanita berusia 19-49 tahun di ibu kota Seoul mengaku menjalani pembedahan plastik. 

Salah satu prosedur yang paling popular ialah pembedahan yang dapat mengurangkan lebihan kulit pada kelopak mata untuk menjadikan mata kelihatan lebih besar dan lebih 'Barat'.

Perkembangan industri muzik di negara tersebut dipercayai meledakkan trend pembedahan kosmetik apabila  banyak pelanggan yang datang ke klinik kecantikan mahu kelihatan seperti artis pujaan mereka. 

Dalam hal ini, Miss Korea Selatan 2012, Kim Yu-Mi turut mengaku pernah menjalani pembedahan kosmetik. Katanya, "Saya tidak pernah berkata saya dilahirkan cantik."

Dia mengakui menjalani pembedahan kosmetik agar dapat kelihatan lebih cantik seperti hari ini. Kecantikan Kim Yu-Mi mula dipersoalkan apabila gambar lama ketika dia masih bersekolah tersebar. Gambar lama itu jelas menunjukkan perbezaan wajahnya pada waktu itu dan wajahnya ketika ini. -DCM/DM


P/s: Laman Asiaone ada menyiarkan gambar artis KPop ketika belum terkenal dan wajah mereka pada hari ini. Jangan terkejut apabila mendapati wajah mereka tidaklah secantik atau setampan hari ini. Mungkin tarikan yang diperoleh mereka pada hari ini berpunca daripada pisau doktor pembedahan kosmetik...!!!



No comments:

Post a Comment