Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Friday, April 26, 2013

[Gambar Panas] Bahana Manifesto Copy & Paste, Kantoi Tahap Maksimum



Menipu, Meniru dan Tak Cerdik. Lengkap dalam 1 gambar.

1. Menipu : Yang beri air percuma kerajaan PR, yang claim menepati janji mereka? gilakah?

2. Meniru : Manifesto Copy & Paste 

3. Tak Cerdik : Yang suka meniru ni selalunya orang yang tak cerdik, PR beri 20 meter padu. 20 liter nak buat mandi pun tak lepas.


P/s: Lawak betul!!!!


Wednesday, April 24, 2013

Tuesday, April 23, 2013

[PANAS] Bahana Pilih Zul Nordin Jadi Calon Sudah Mula Menjelma...



Selepas Dicium India, 104 Ahli MIC Shah Alam Keluar Parti

[HD] KUALA LUMPUR:Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin, Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.

(Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC)

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.

Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. 

Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Zulkifli Nordin adalah Naib Presiden Perkasa.

Sebelum ini tersebar video beliau menghina tuhan orang India yang beragama Hindu.

Di Pasir Mas pula, Datuk Ibrahim Ali bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak terpilih sebagai calon BN.

Ketika Umno memecat 61 pemimpinnya kerana bertanding calon bebas, calon BN di Pasir Mas tiba-tiba tidak memfailkan namanya di hari penamaan calon.

Ibrahim telah merayu kepada Umno supaya tidak bertindak ke atas Che Johan Che, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas kerana tidak memfailkan namanya sebagai calon BN di situ.



'Orang India amat meluat dengan Zul Noordin'

[MK] Ciuman dari anggota masyarakat India tidak memadai untuk menyelamatkan calon BN untuk kerusi parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin, atau menjadi penawar kepada perasaan “amat meluat” di kalangan warga berkenaan, kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jarang sekali kita mendapat ahli politik seperti ini, penuh dengan ketaksuban kaum, merendah-rendahkan agama dan kepercayaan lain,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Anwar juga tertanya-tanya mengapakah pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak meletakkan Zulkifli sebagai calon di kawasan tersebut.

Sedangkan, masyarakat India kini “sangat meluat” dengan Zulkifli yang merupakan naib presiden PERKASA itu, katanya.

Sentimen itu tidak boleh ditawarkan dengan hanya satu ciuman, kata Anwar lagi.

Zulkifli pada hari penamaan calon Sabtu lalu dirakam dalam keadaan beliau dirangkul erat dan dikucup oleh seorang lelaki, yang merupakan seorang penyokong dari BN dari kelompok masyarakat India.

Najib menguar-uarkan kucupan tersebut sebagai tanda bahawa masyarakat India sudahpun menerima Zulkifli yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kenyataannya berhubung dewa Hindu.

Najib juga berkata Zulkifli berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan tersebut.



Monday, April 22, 2013

[Video] Dr Juanda MENGAKU Undi BN dalam PRU, BN Parti Pejuang Islam




P/s: Tuan Mufti sudah sekepala dengan Hasaang Ali dan geng? Hairan. Cuba tengok gambar poster parti yang disanjung oleh Tuan Mufti dan Hasaang Ali dalam memperjuangkan Islam di sini. Poster itu hanya sekelumit bukti yang menunjukkan UMNO itu "pejuang" Islam.

Yang peliknya, bagaimana nama Tuan Mufti ini boleh dikaitkan dengan PKR? Adakah PKR mahu orang seperti ini menjadi calon atau dikaitkan dengan parti mereka?

Selamat mengundi Tuan Mufti, selamat berkongsi saham! -DCM












Sunday, April 21, 2013

[Gambar] 1Malaysia, 1Bangla, 1BN



Pastikan muka-muka ini dan seumpamanya TIDAK mengundi pada 5 Mei nanti. Orang yang terdesak sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mempertahankan kuasa.





Thursday, April 18, 2013

[Video] BN akan Kalah di Selangor Kata Pemimpin MIC


[TMI] Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.

Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan ‘PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi.







Wednesday, April 17, 2013

[Gambar] Judi: Parti Lulus, Penyokong Langgan?

Sumber di sini.

P/s: Bersangka baik, mungkin penyokong dacing ini mahu menukar wang di kaunter premis judi ini. Kah kah kah!





Sunday, April 7, 2013

Bukti BN Salah Guna Harta Kerajaan


AUDIO | 27 saat

[MK] Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

 
 
Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.

Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.

Suhaimi: Kenapa?

Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...

Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.

Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.

Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.

Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?

Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."

Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".
 
 
 

BN Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat



[HD] KUALA LUMPUR: PAS mendakwa sekurang-kurang sembilan perkara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini berkata, yang paling ketara adalah janji BN untuk memberikan bayaran tunai lebih 20 peratus kpada negeri pengeluar minyak.

Manifesto BN itu berbunyi, "Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang."

Padahal dalam manifestonya, Pakatan dengan jelas mengatakan, "Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%."

Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".


Mustafa berkata demikian dalam sidangnya di Pusat Media PAS hari ini. Turut serta adalah Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof dan timbalannya, Dr Mariah Mahmud.

Dalam sidang media itu, Mustafa turut menyerang penggunaan masa kira-kira dua jam oleh Najib untuk membentangkan manifesto BN dalam TV1 dan TV3.

"Kita dijanjikan 10 minit untuk membentangkan manifesto itu. Itupun dirakamkan bukan live," katanya.

Atas sebab itulah, katanya Pakatan membuat keputusan menolak tawaran ini kerana ia disifatkan hanya 'ajak-ajak ayam sahaja'. 

Siti Zailah ketika mencelah dalam isu ini juga kesal dengan langkah kerajaan BN itu kerana dengan 10 minit apa yang boleh diterangkan, "nak bentang tikar pun dah lima minit."

Selain itu, BN juga menawarkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Pakatan pula menawarkan, "Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

"Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah."

Sementara itu, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media berasingan hari ini berkata, beliau melihat bahawa manifesto yang diumumkan tidak disalin bulat-bulat daripada tawaran Pakatan tetapi cuba mengetengahkan tawaran “populis, tanpa perubahan fundamental”.

“Ini adalah plagiarisme dalam definisinya yang jelas. Manifesto itu populis, tetapi tercicir perkara yang lebih utama, iaitu reformasi fundamental,” katanya dalam ucapan selepas acara pemeriksaan kesihatan di kawasan Lembah Pantai hari ini.

Senarai penuh perbandingan antara manifesto Pakatan Rakyat dan Manifesto BN

Harga kereta

Manifesto Rakyat

Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto ciplak

Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

Dasar Perumahan

Manifesto Rakyat

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat. 


Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

Keretapi laju

Manifesto Rakyat

Memulakan langkah kearah membina system keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN

Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretaapi berkembar

Lebuhraya Sabah dan Sarawak

Manifesto Rakyat

Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

Royalti Petroleum

Manifesto rakyat

Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

Permit Teksi

Manifesto Rakyat

Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN

Meningkatkan jumlah permit teksi individu

Pengkalan data

Manifesto rakyat

Mewujudkan system pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sediaada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN

Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi system pangkalan data yang bersepadu

Tanah wakaf

Manifesto rakyat

Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BN

Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Pakej penggajian baru

Manifesto rakyat

Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BN

Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan


Berkaitan:

Najib tiru manifesto Pakatan tapi tak akan laksanakan – Anwar

[KD] KELANTAN 7 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal dari mana datangnya idea isi kandungan manifesto BN kalau bukan ditiru dari manifesto Pakatan Rakyat.

“Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa?

“Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada ceramah depan lebih 10,000 orang di Jeli, Kelantan malam tadi selepas menyampaikan tazkirah di Masjid Geluk, Pasir Mas.

Datuk Seri Najib Razak pada malam sama membentang manifesto BN yang menyerupai manisfesto Pakatan sekalipun pemimpin Umno lantang mengkritiknya sebelum ini.

Paling ketara, pengumuman harga kereta diturunkan antara 20 hingga 30 peratus sedangkan Pakatan sudah lama mempromosi kempen ‘Turun Harga Kereta’.

Mengikut formula Pakatan, harga kereta diturunkan 20 peratus setiap tahun secara berperingkat selama lima tahun melalui penghapusan cukai eksais.

Pakatan sudah lama berjanji memberi permit individu kepada pemandu teksi berikutan ia selama ini dibolot pemimpin Umno BN.

Pakatan membentang ‘Manifesto Rakyat’ di konvensyen pada 27 Februari lalu dengan memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh lapisan masyarakat.

Pada ceramah sama, Anwar percaya Najib tidak akan melaksanakan manisfeto BN sebaliknya hanya bertujuan meraih sokongan dan undi pada PRU 13.

“Dia (Najib) tidak akan lakukan. Sebab itu, saya minta kawan-kawan, ambil keputusan bijak. Sekarang patut (su)dah buat keputusan (undi Pakatan),” katanya.



P/s: Undi anda dapat memasdtikan BN tumbang. 



Thursday, April 4, 2013

[Gambar] Pasangan Porno Sokong BN dan Najib

Sumber gambar di sini.

Sumber gambar di sini.


P/s: BN memang tidak boleh dipisahkan daripada kelucahan!


Kemas Kini:

Pasangan porno ini memohon maaf selepas dikritik hebat oleh ahli UMNO.





Wednesday, March 6, 2013

[Gambar] 300 Ribu Hadiri Pelancaran Gelombang Biru BN di Kubu Kuat UMNO




Utusan melaporkan sebanyak 5000 orang menghadiri majlis Pelancaran Gelombang Biru di Johor, kubu kuat UMNO di Semenanjung.

Mengapa tidak dakwa 300 ribu orang menghadiri majlis itu?

Cuba tengok gambar dengan teliti. Adakah Utusan masih belum pandai mengira...?


P/s: Insya-Allah BN Johor akan tumbang dalam PRU 13 nanti!










Monday, February 25, 2013

[Video-Wajib Tonton] Bukti Calon Melayu PR Lebih Banyak daripada Calon Melayu BN









P/s: Fikir!

Jangan diperbodohkan oleh BN dan medianya. Jangan terpedaya oleh provokasi mereka. Jangan termakan hasutan mereka. Jangan takut akan ugutan mereka!

Undi Pakatan Pakyat!





Saturday, February 23, 2013

[Gambar Panas] Bukti Pencacai BN Anggap Rakyat Marhaen Macam BINATANG


Siapa sebenarnya yang menganggap rakyat sebagai bintang?

Cuba perhatikan gambar di atas.

Pada kulit majalah di atas, pihak penerbit menggambarkan DS Anwar Ibrahim, TG Hadi Awang, dan Lim Kit Siang sedang menabur janji yang diumpamakan oleh mereka sebagai makanan ayam. Selain tiga orang tokoh itu, kulit majalah Jelajah Janji Ditaburi ini turut memaparkan imej ibu ayam dan anak-anak ayam. Apa motif penggunaan imej haiwan itu?

Berdasarkan gambar, penerbit berkemungkinan menggambarkan ayam itu sebagai rakyat kerana makan makanan ayam yang ditaburkan di tanah. Jika begitu, bukankah jelas penerbitan majalah ini menghina rakyat dengan menggambarkan mereka sebagai ayam.

Menurut pentadbir laman Kami Boikot Buletin Utama TV3, majalah ini diedarkan kepada orang ramai semasa Jelajah Janji Ditepati di UTP Tronoh.

Berdasarkan logik, majalah yang menyindir Pakatan Rakyat ini sudah tentu diterbitkan oleh pihak yang menyokong dan rapat dengan BN. Mengukuhkan lagi dakwaan, majalah ini diedarkan semasa program BN.

Siapa yang menghina rakyat dan menggambarkan rakyat itu sebagai binatang? PR atau BN? -DCM



P/s: Laporan tentang fitnah kononnya TG Nik Aziz menyamakan penerima BR1M sebagai binatang  di sini.


Cuba lihat kulit Komik Najib di bawah ini. Ada apa-apa persamaan dari segi lukisan, persembahan dan sebagainya?






Friday, February 22, 2013

[Gambar] Hutang Negara TERKINI



P/s: Sedarlah rakyat Malaysia!

Sanggupkah anda memprejudiskan masa depan negara kita semata-mata terharu kerana menerima imbuhan yang tidak seberapa, kicap dan sos, atau kopi kuat daripada mereka?

Sanggupkah anda membiarkan khazanah negara disalahgunakan oleh pemimpin yang tidak amanah untuk memenuhkan tembolok kroni dan sanak saudara semata-mata kerana takut akan ugutan dan fitnah mereka?





[Gambar] Nak Duit BR1M, Kena Sumpah Dahulu

Sumber: FB Abu Siraj

Khabarnya kejadian pihak terdesak ini berlaku di Bachok Kelantan. Orang ramai yang mahu mengambil duit B1RM perlu melafazkan sumpah/aku janji di atas.

BR1M yang diberi kepada rakyat kesan daripada kekuatan politik PR ini duit poket UMNO/BN? Kalau duit poket mereka, maka tidak hairanlah jika mereka mahu rakyat yang menerimanya bersumpah untuk mengundi mereka?

Masalahnya BR1M ini ialah dana awam, duit rakyat, duit pembayar cukai. Apa gila dan muka tidak malu mereka berbuat demikian???!!!!








Thursday, February 21, 2013

[Gambar] Antara Bas/Treler/Lori Kempen DAP, PKR, PAS, dan AMNO...Bandingkan!!!

DAP







PKR





PAS


UMNO


Sumber ganmbar pelbagai, kredit untuk empunya gambar.

Siapa sangka, parti yang kaya raya, mendakwa mempunyai ahli lebih daripada 3 juta orang, hanya mampu menyediakan lori ikan untuk ayam tambatannya berdebat sesama mereka.

 Walaupun gagal menarik perhatian rakyat, sekurang-kurangnya jagalah maruah Mat Ezam dan geng dengan menyediakan bas/lori yang lebih canggih dan hebat daripada milik PKR, DAP, dan PAS.


P/s: Jika BN dan pencacainya mampu membayar PSy lebih RM2 juta, apalah sangat untuk menyediakan bas atau treler yang canggih untuk Mat Ezam dan geng!






[Gambar] Kopi KUAT Pun Jadi Gula-gula Politik Barisan Najib?


Selepas kicap dan sos yang ditaja oleh Tamin, kopi kuat pula menjadi gula-gula politik BN. Siapa yang taja? 

Ha ha ha!

Banyaklah rakyat yang akan menjadi power!

Tetapi awas, adakah kandungan kopi ini selamat diminum?


P/s: TM berharap PR tidak akan meniru cara ini. Kalau mahu bagi gula-gula politik, janganlah cetak lambang atau logo parti. Berilah sumbangan itu secara ikhlas. Lagipun, majoriti rakyat tidak boleh digula-gulakan lagi seperti yang berlaku suatu ketika dahulu.