Gambar-gambar ini sudah tersebar di FB sejak dua tiga hari lalu. Setakat ini, pihak-pihak yang berposing dalam gambar-gambar ini belum lagi memberikan respons.
TM yakin, 1Malaysia berminat untuk mengetahui ketulenan gambar di atas. Jika tulen, apa cerita di baliknya? Adakah sewaktu dengan cerita di sini?
Sumber:: FB |
P/s: Kagum pula TM dengan kesungguhan orang PKR yang bersatu hati dan bersungguh-sungguh untuk membongkar penyelewengan UMNO. Cuba lihat usaha yang dilakukan oleh Rafizi di bawah ini. Beliau sanggup berhadapan dengan saman dan ugutan semata-mata untuk memastikan penyelewengan duit rakyat terbongkar.
Oleh sebab ada sesetengah pemimpinnya mahu berpadu dengan UMNO, mungkin hal itu menjadi sebab sukar untuk kita melihat usaha pemimpin PAS menyelongkar penyelewengan dan pecah amanah pemimpin BN dalam mengurus dan mentadbirkan kewangan negara.
Harap-harap tanggapan itu salah!
Siang tadi saya selesai menyemak perjanjian di Menara Boustead melibatkan Raja Ropiaah, Deepak dan Boustead. Terdapat 2 perjanjian iaitu:
1) Perjanjian Membangunkan 3 Bidang Tanah setebal 21 m/surat
2) Perjanjian membeli saham setebal 21 m/surat. Perjanjian tersebut tidak boleh diambil salinan atau apa2.
Ini baru permulaan. Terus ikuti page Rafizi Ramli untuk info.
Ketika masa 2 jam yang diberikan saya telah membuat catatan dengan menumpukan bahagian-bahagian yang memberi maklumat mengenai kepentingan kesemua individu yang terbabit serta peruntukan-peruntukan membolehkan perjanjian tersebut terbatal.
Namun, saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.
Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan iaitu memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua wanita UMNO Selangor
Mohon rakan-rakan share maklumat ini agar kita sama-sama membongkar rasuah dan pelbagai urusniaga yang merugikan rakyat. - FB Rafizi Ramli
No comments:
Post a Comment