ANTARA wanita yang didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bekerja sebagai GRO. |
[HM] Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal.”
Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam.
Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.
“Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti,” kata Abd Walid lagi.
Mereka terbabit ialah Erni Juita , 47; Siti Farahdilla Azua, 26; Rita, 29; Rabihah, 37; Nor Azilah, 38; Eparizan, 30; Noriza 35; Zaiton, 42, dan Rosnita, 35.
P/s: Semoga insaf!
No comments:
Post a Comment