Sekadar hiasa. Foto: Photodisc/Getty Image |
[Kosmo] BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam.
"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.
Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.
Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.
Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan.
Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram.
Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu. - AFP
Kemas Kini:
Budak Lahir Bayi Bukan Berusia 9 Tahun
[HM] Bandar raya Mexico: Pihak berkuasa Mexico mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan yang melahirkan anak dua minggu lalu berusia 12 atau 13 tahun dan bukan sembilan tahun sebagaimana yang didakwa ibunya.Mereka juga mengesahkan bapa tirinya yang berusia 44 tahun merupakan bapa bayi yang dilahirkannya itu.
Pegawai menggunakan ujian DNA bagi mengesahkan identiti bapa bayi itu selepas kanak-kanak terbabit memberitahu pekerja hospital teman lelakinya yang berusia 17 tahun menghamilkannya.
Pendakwa raya dilaporkan menjalankan ujian antropologi terhadap kanak-kanak itu yang kemudian membantu mereka menyimpulkan bahawa dia berusia antara 12 dan 13 tahun.
Bapa tirinya boleh didakwa dan hukuman penjara 12 hingga 20 tahun menantinya.
Sementera itu, Dafne, ibu, bapa tiri dan bayinya yang baru dilahirkan meninggalkan kediaman mereka yang berukuran 7 kaki X 25 kaki di pinggir bandar Colonial los Olivos dengan menaiki teksi kelmarin beberapa jam sebelum polis dan datuk bandar muncul untuk menyoal mereka.
No comments:
Post a Comment