Saturday, February 2, 2013

[Video] Stesen TV Kenakan Perdana Menteri Serbia, Pengacara Tanpa Seluar Dalam




Media antarabangsa hangat memperkatakan isu Perdana Menteri Serbia ‘dikenakan’ oleh krew produksi sebuah stesen televisyen di negaranya. Ivica Dacic pada mulanya dijemput untuk satu sesi temu bual eksklusif yang dihoskan oleh seorang pengacara wanita.


Namun, PM Serbia itu tidak menyedari stesen tersebut sebenarnya ingin ‘mengenakannya’. Diberitakan bahawa program temu bual itu dihoskan oleh seorang model Playboy. Sebelum rakaman bermula, model tersebut terlebih dahulu menanggalkan seluar dalamnya di belakang set.


Semasa temu bual itu sedang berlangsung, wanita itu tiba-tiba telah mengalihkan kakinya hingga menampakkan alat sulitnya. Rata-rata media melaporkan bahawa aksi itu meniru lakonan Sharon Stone dalam filem Basic Instinct. 


Tindakan wanita itu telah mendorong Ivica untuk merenung alat sulit wanita berkenaan. Mujurlah bahagian sulit wanita itu ditapis, namun jelas kelihatan PM Serbia itu tersenyum sambil matanya merenung ke bahagian sulit hos tersebut.

Mengulas mengenai isu tersebut, jurucakap kerajaan Serbia memaklumkan bahawa bukan sahaja Perdana Menterinya dipersenda malah seluruh rakyat Serbia turut mengalami nasib yang sama. -DCM/DM/MNH

Aksi Sharon Stone dalam filem Basic Instinct, 1991.

.













No comments:

Post a Comment