Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS?
MEMBONGKAR CERITA
[MSO] Pertemuan eksklusif di antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum saya meninggalkan negara kerana ke Madinah dan Makkah telah menjadi isu panas dan kontroversi.
Bukan pertemuan di antara dua umarak (politician) dan ulamak itu yang menjadi isu, tetapi intipati pertemuan itu yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan ramai. Yang menyebabkan orang merasa kurang senang, kesal dan terkilan yang amat sangat sehari dua ini.
Tidak hairanlah sejak beberapa malam lalu sudah ada orang bersolat hajat agar perkara ini - tujuan pertemuan itu - tidak akan menetas menjadi masalah kemudian akhirnya menguburkan harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru yang adil, telus dan saksama. Mereka tidak mahu nyalaan api untuk membakar UBN akan menjadi layu dan terpadam sebelum tiba masanya.
Risau juga saya melihat perkembangan hari ini berpunca dari masalah itu kerana ada yang tidak menahan perasaan dan terlebih emosi sampai menangis memikirkan kemalangan dari apa yang meletus kini. "Tolonglah sheikh, kita sayang... kepada semua, dan apa yang dah ada ni colek dah," begitulah rayu dan desah seorang pembaca blog saya. Beliau rujuk kepada konsensus sepadu Pakatan Rakyat sebelum.
Anwar: Terkilan sangat...
MEMBONGKAR CERITA
[MSO] Pertemuan eksklusif di antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum saya meninggalkan negara kerana ke Madinah dan Makkah telah menjadi isu panas dan kontroversi.
Bukan pertemuan di antara dua umarak (politician) dan ulamak itu yang menjadi isu, tetapi intipati pertemuan itu yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan ramai. Yang menyebabkan orang merasa kurang senang, kesal dan terkilan yang amat sangat sehari dua ini.
Tidak hairanlah sejak beberapa malam lalu sudah ada orang bersolat hajat agar perkara ini - tujuan pertemuan itu - tidak akan menetas menjadi masalah kemudian akhirnya menguburkan harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru yang adil, telus dan saksama. Mereka tidak mahu nyalaan api untuk membakar UBN akan menjadi layu dan terpadam sebelum tiba masanya.
Risau juga saya melihat perkembangan hari ini berpunca dari masalah itu kerana ada yang tidak menahan perasaan dan terlebih emosi sampai menangis memikirkan kemalangan dari apa yang meletus kini. "Tolonglah sheikh, kita sayang... kepada semua, dan apa yang dah ada ni colek dah," begitulah rayu dan desah seorang pembaca blog saya. Beliau rujuk kepada konsensus sepadu Pakatan Rakyat sebelum.
Anwar: Terkilan sangat...
Walaupun saya sudah dapat meneka tujuan pertemuan itu, tetapi saya sengaja tidak dedahkan. Jauh dilubuk hati saya menyelinap rasa sayu dan sedih dengan apa yang diketahui dan turut juga berdoa agar ia selamat. Lantas saya hanya bertanya apakah hajat besar Dr Haron Din maka beliau menemui Anwar dalam 'gelap' - maksudnya secara diam dan SULIT. Tujuan saya melontarkan itu memberi signal dan isyarat bahawa saya sudah tahu apa yang terbungkus dalam kilas Haron Din dengan harapan apa-apa yang dikilas itu tidak akan terburai di tengah jalan.
Ia juga memberi isyarat bahawa apa-apa yang berlaku termasuk dengan niat busuk tidak boleh disembunyikan kerana akhirnya ia akan terdedah juga kemudian memberi natijah buruk kepada diri sendiri - back fire.
Saya sengaja tidak mendedahkan agar orang ramai khasnya penyokong Pakatan Rakyat tidak 'terkanyak' dengan peristiwa itu. Saya tidak terlalu menganggu emosi dan semangat mereka. Biarlah mereka tenang dan terus mengumpul kekuatan rohani dan jasmani untuk menumbangkan UBN tanpa dikacau ganggu. Biarlah air yang tenang terus menjadi tenang dan jernih manakala gunung kekuatan untuk tumbangkan UBN terus tegak kukuh seperti awalnya. Dan kalau mereka mengetahuinya dari sumber lain itu adalah takdir dan inisiatif diri sendiri.
Bagaimana pun akhirnya seperti saya katakan dalam intri itu (rujuk sini) buah yang jenis berbau tidak boleh ditusukselindugkan. Apabila ia sudah masak ia akan mengeluarkan baunya dan lendir ketika itu ia tidak dapat disembunyikan lagi. Sesuatu keburukan dan kebatilan itu tidak boleh diselindungkan kerana akhirnya kebenaran akan mengambil tempat. Laksana bangkai yang terdedah maka akan berderulah dubuk datang mengoyak dan mengheretnya menjadi habuan perut mereka.
Bau itu kini sudah mengalir keluar dan sudah diecerkan. Ia menyendak ke dalam lubang hidung para pendokong Pakatan Rakyat. Ia sudah mulai membusuk keadaan. UBN sudah mengambil kesempatan menjaja untuk menceritakan Pakatan Rakyat bermasalah. Isu pertemuan dan cadangan itu telah meringankan beban asmara UBN. Jangan salahkan anjing kalau ia menggonggong tulang hanyir.
Yang hendak dicari kini atas apa yang berlaku ini, siapa yang boleh dipersalahkan? Siapakah yang patut menerima hukum karmanya. Secara umumnya ia boleh disalahkan kepada kedua individu yang bertemu itu; Anwar dan juga Haron Din. Merekalah yang perlu dipertanggungjawab ke atas tersebarnya rahsia pertemuan itu. Mereka berdualah berhak membuat press release kerana mereka saja yang kamil dan makrifah mengenainya.
Tetapi didalam soal ini, kalau Anwar yang menyebarkan ia adalah sebagai protection dirinya. Sebagai seorang manusia sekuat mana jiwanya dia tetap ada kelemahan sesuai sifatnya sebagai makhluk baru. Beliau tidak boleh dipersalahkan kerana bingkisan yang dibawa Haron itu boleh dianggap satu pemungkiran janji dan pengkhianatan. Ia memeranjatkan dirinya kerana dianggap sebagai gunting dalam lipatan. Haron telah memusnahkan konsensus awam. Justeru yang wajar dipersalahkan di sini Haron Ibni Din kerana beliau yang membawa niat itu, yang membuka mulut menyampaikan tujuan itu yang tidak bijak diluah saat Pakatan Rakyat sedang berganding bahu menyeberangi lautan untuk mengapai pulau kemenangan.
Tidak salah jika dianologikan apa dilakukan Haron kononnya atas kehendak Majlis Syura Ulamak (MSU) itu seperti membocorkan kapal yang sedang belayar yang mana tujuannya untuk membuang musuh yang ada bersama. Mereka seronok dengan perbuatan itu padahal mereka tidak sedar ia juga membahayakan diri sendiri. Haron Din tidak sedar kalau dia berjaya membocorkan kapal bukan saja Anwar tenggelem tetapi dia, dirinya sendiri akan kelemasan dan tenggelam. Apakah perkataan sesuai untuk dipadankan dengan fiil ini kalau bukan bodoh?
Apa hendak dilakukan MSU atau Haron Din itu bukan perkara baru sebenarnya. Ianya sudah ada sejarah dalam Islam lebih 1,400 tahun sebelum ini. Perhatikan apa yang berlaku dalam ritual ibadat di dalam Islam. Sudah berlaku pertukaran kiblat dari masjid al-Aqsa ke masjid Haram di Makkah. Kejadian ini berlaku dalam tahun kedua atau ketiga Hijrah. Kejadian itu memberi isyarat sesuatu yang sudah ditetapkan itu boleh diubah bila keadaan berkehendakkan begitu.
Mulanya kiblat orang Islam ialah ke arah masjid al-Aqsa di Baitumaqdis (Palestin) kemudian dipindah ke masjid Haram di Makkah (Arab Saudi). Perpindahan itu ada sebab musababnya. Antaranya kerana Nabi merasa malu dan hina apabila dipersendakan oleh Yahudi kononnya orang Islam meniru kiblat mereka. Nabi berdoa mohon Tuhan memberi petunjuk. Hinggalah pada satu hari semasa Nabi sedang mendirikan solat Zohor (di masjid Qiblatain) bersama beberapa orang kawan Jibrail turun menyampaikan perintah agar Nabi memalingkan diri (kiblat) dari arah masjid al-Aqsa ke masjid Haram. Ketika itu juga Nabi memusingkan badannya mengarah ke Makkah.
Barang kali sejarah itu dijadikan iktibar dan diguna pakai atau diambil sebagai justifikasi oleh Haron Din untuk melaksanakan misi gelapnya itu, memberi tahu Anwar bahawa PAS (bukan PAS sebenarnya ahli MSU) telah memindah kiblat sokongan kepadanya sebagai perdana menteri kepada orang lain. Di sini seolah-olah Haron Din seperti Jibrail yang menyampaikan mesej PAS kepada Anwar. Namun secara peribadi saya tidak percaya kalau Haron Din itu adalah batang tubuh Jibrail asal. Pasti ada Jibrail yang lebih Jibrail dari itu dan dialah yang mempunyai agenda mengenai pengubahan 'kiblat' berkenaan.
Siapakah dia?
Satu sisi Haron Din hanya adalah alat atau hanya Jibrail kecil saja di mana kesalahannya hanya kecil juga. Dia dijadikan utusan kerana dia adalah memanda tua yang dimalu mata. Apa yang perlu disediliki ialah mencari Jibrail yang mempunyai perancangan itu. Jirbail inilah lebih tahu kenapa dan dia tentu ada politiknya tersendiri menggunakan majlis syura ulamak dan Haron din sabagai galang gantinya. Jibrail inilah yang sepatutnya disula.
(Dalam catatan lain saya akan cuba mendedahkan siapa Jibrail di dalam PAS).
Apapun alasan mesej dan siapa yang empunya idea itu ia sungguh menyenak dan menyedihkan hati Anwar dan seluruh pendokong PKR dan Pakatan yang telah menerima konsensus awal. Mungkin Anwar boleh menerima apa yang disarankan itu atas kapasiti dia seorang pemimpin yang berjiwa besar, bertaraf 'ulul azmi' tetapi bagaimana orang dibawah, dengan penyokongnya.
Anwar boleh membujuk Azizah, Nurul Izzah tetapi dia tidak akan berdaya membujuk pemimpin PKR di sekelilingnya. Paling 'rohok' untuk Anwar ialah untuk memberi tahu kepada orang Cina, India, Dayak, Kadazan, Dusun di Sabah dan Sarawak yang sudah sepakat menjadikan dia sebagai 'kiblat'. Juga susah untuknya untuk memberi tahu kepada sekutunya DAP? Anwar atau sesiapa boleh menguasai kelompok sendiri tetapi tidak untuk menguasai kehendak rakyat.
P/s: Tidak terbayang di hati jika perkara di atas benar dan disahkan oleh pihak yang terlibat. Dari satu segi, TM berharap pemimpin PAS yang cenderung dengan idea perpaduan agar mengisi borang UMNO dan berjuanglah demi Islam mengikut versi parti sekular itu.
Menurut maklumat yang diterima oleh Malaysia Waves, calon PM pilihan pihak ini ialah Tengku Razaleigh. Bagi TM, apa sumbangan Tengku Razaleigh kepada penubuhan dan kejayaan PR? Jelas dan terang, tanpa perjuangan Anwar Ibrahim, jangan bermimpilah PR akan mencapai kejayaan yang dikecapi hari ini. Tanpa auranya, jangan haraplah tapak ceramah PR akan dipenuhi rakyat. Tanpanya, DAP dan PAS mungkin tidak dapat duduk semeja dan seterusnya berkongsi kuasa di Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang. Malah, beliau juga banyak membongkar penyelewengan BN dan lantang bersuara di Parlimen. Paling penting, beliau ialah calon pilihan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Apa alasan penolakan tersebut? Liwat? Sudah dibicarakan di mahkamah. Video seks? Adakah Majlis Syura PAS sudah mendapat bukti forensik yang mengatakan bahawa video itu tulen, bukannya hasil rekayasa teknologi kini? Kalimah Allah? Bukankah beliau sudah bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama dan kenyataan Presiden PAS. Siapa yang meluluskan pengunaan kalimah Allah di Sabah dan di Sarawak? Baca di sini.
Apa sumbangan puak ini kepada kejayaan PR sehingga boleh mempengaruhi pemilihan Perdana Menteri? Berapa kalikah mereka naik ke pentas PR di seluruh negara menerangkan dasar PR dan mengajak rakyat menolak UMNO?
Tanpa sokongan PKR dan DAP, mampukah PAS mempertahankan Kelantan dan mentadbirkan Kedah serta menguasai kerusi DUN dan Parlimen di negeri lain?
Keterujaan TM menonton video ceramah Tim. Mursyidul Am Pas di sini terbantut. Memang antiklimaks!!!
Hasan Jati dan geng pula yang sedang teruja dan tersenyum gembira!
Dari sudut positifnya, pihak yang layak menentukan PM Malaysia jika Rejim BN tersungkur ialah RAKYAT. Kitalah yang mengundi menjatuhkan rejim itu, insya-Allah!
Menarik
(Dikemas Kini):
No comments:
Post a Comment