Sunday, February 24, 2013

Najib Kata BR1M RM500 Cukup untuk Beli Makanan SETAHUN!



[BO] KUALA TERENGGANU – Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. 

“Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN),” ujarnya.

[Gambar - Buku “Janji Ditepati” yang diedarkan oleh PM dan MB kepada orang ramai akhirnya tidak dipedulikan oleh rakyat, bersepah dibuang orang]

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari

Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik dari BR1M 1.0 kerana turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin. 

“Tahukah kamu tahu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin”. Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar. 

“Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, ‘Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan’. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?...maknanya BR1M lah.

“Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara. 

“BR1M 2.0 lebih baik dari BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250,” jelasnya dihadapan 5,000 hadirin.



P/s: RM41.60 sebulan untuk beli makanan.

Fuh gila hina rakyat!

Apa nilai RM41.60 bagi keluarga Najib dan pemimpin UMNO?

Kalau mahu menagih undi rakyat, walaupun duit yang ditabur itu duit pembayar cukai, duit rakyat, bukannya duit poket BN, janganlah melebih-lebih sangat sehingga kenyataan yang dibuat tidak masuk akal. Orang yang pada mulanya berterima kasih dengan BN akhirnya berasa terhina.

Namun, awas BR1M ini mungkin menjadi senjata BN di kampung-kampung yang tidak terdedah kepada maklumat yang tepat. Ada yang sangat teruja menerima wang tersebut sehingga lupa penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pemimpin BN.

Berapa kerat orang di ceruk-ceruk desa tahu bahawa hutang negara sudah mencecah RM540 bilion? Apa implikasinya kepada negara? Adakah mereka tahu duit yang diterima itu ialah duit rakyat yang diagih-agihkan untuk menagih undi? Adakah mereka tahu tentang  duit negara yang dikebas pemimpin UMNO melalui projek-projek yang diagihkan secara tidak amanah? RM500 juta, RM250 juta, RM30 juta...bukan RM500!

Benar. Bukan semua kampung tidak mendapat maklumat yang tepat, namun banyak juga kawasan kampung yang masih bergantung pada berita RTM, TV4, dan Utusan yang kian rancak berkempen untuk BN.





No comments:

Post a Comment