Sunday, February 17, 2013

[PANAS] Pengikut Sultan Sulu Enggan Tinggalkan Lahad Datu, Bagaimana Polis Kata Mereka Setuju Beredar? Lagi Panas...



Menurut laporan Strait Times (18/2) yang memetik berita AFP, pengikut Sultan Sulu di Filipina yang menceroboh Sabah baru-baru ini tidak akan meninggalkan negeri itu dan mahu menuntut kawasan yang dikatakan milik nenek moyang mereka. Hal ini ditegaskan oleh Sultan Jamalul Kiram.

Menurut baginda, sebanyak 400 orang termasuk 20 pengikut yang bersenjata bertegas untuk berada di kawasan yang diceroboh itu walaupun diminta beredar oleh pihak berkuasa Malaysia. 

"Mengapa kami perlu meninggalkan tanah air kami? Hakikatnya, mereka membayar sewa (kepada kami)?," kata baginda kepada pemberita di Manila. 

"Pengikut kami akan terus berada di Lahad Datu. Tiada sesiapa akan pulang ke Filipina. Sabah ialah tempat tinggal kami." katanya lagi.-DCM/ST/AFP


 Laporan Utusan Malaysia:

Kumpulan Bersenjata Setuju Berundur

[UM] LAHAD DATU 17 Feb. - Kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan meminta untuk berjumpa dengan personaliti tertentu sebelum pulang ke negara asal mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, pihaknya sedang berusaha membawa individu berkenaan untuk membolehkan proses pengusiran dijalankan secepat mungkin.

Beliau enggan mendedahkan personaliti berkenaan tetapi mengesahkan Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini yang tidak diketahui tarikhnya.

"Tidak perlu saya kata lagi kerana sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik. Kita tidak buat rundingan dengan mereka lagi kerana apa yang dituntut di luar jangkauan kita," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.


P/s: Mengapa Sultan Sulu membangkitkan soal sewa (rent)? Adakah Malaysia menyewa Sabah daripada Kesultanan Sulu?

Apabila "pencerobohan" ini berlaku, timbul pula soal "sewa", TM terfikir, adakah Projek IC ada kaitan dengan perjanjian dengan Kesultanan Sulu?

Siapa nak jawab?


Kemas Kini:

Apa sebenarnya yang berlaku?

Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own









Mengapa `Tentera’ Sulu Ceroboh Lahad Datu?
Muda Mohd Noor

[FMT] PETALING JAYA: Tentera Kesultanan Sulu menceroboh Sabah setelah merasa rugi dengan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Kepulauan Mindanao.

Perjanjian damai ini menyebut Mindanao–termasuk Sulu–sebagai wilayah otonomi Bangsamoro dan memberikan sebahagian besar wilayah untuk diurus secara merdeka.

Ia menyebabkan Kesultanan Sulu merasa tidak mendapat kelebihan lagi dan berniat merebut wilayah mereka di tempat yang lain, iaitu Sabah seperti dilapor viva.co.id sebuah laman web di Indonesia.

Tetapi apa yang menyebabkan Kesultanan Sulu berani mendakwa wilayah Sabah sebagai tanah warisannya?

Kolumnis Rita Linda V. Jimeno, sebagaimana dilaporkan oleh Manila Standard Today, Isnin lalu menulis jejak sejarah kaitan antara Kesultanan Sulu dengan wilayah Sabah.

Dalam sejarahnya, sejak 1473 hingga 1658, Sabah yang dahulunya dikenal sebagai North Borneo (Borneo Utara) merupakan wilayah Kesultanan Brunei. Namun pada 1658, Sultan Brunei memberikan wilayah ini kepada Sultan Sulu. Pemberian ini sebagai membalas jasa kepada Sultan Sulu yang membantu memberhentikan perang saudara di Kesultanan Brunei.

Pos perdagangan British

Pada 1761, Alexander Dalrymple, seorang pegawai Bristish East India Company, megadakan perjanjian dengan Sultan Sulu untuk menyewa Sabah sebagai pos perdagangan British. Kesepakatan sewa-menyewa itu termasuk penyediaan tentera oleh Kesultanan Sulu untuk mengusir Sepanyol.

Pada 1846, pantai barat Borneo diserahkan oleh Sultan Brunei ke British. Jadilah pantai barat Borneo itu menjadi koloni Kerajaan British.

Di tahun-tahun berikutnya, terjadi serangkaian penyerahan hak sewa atas Sabah atau North Borneo ini. Akhirnya hak sewa jatuh ke Alfred Dent yang kemudian membentuk perusahaan yang dikenal dengan British North Borneo Company.

Pada 1885, British, Sepanyol dan Jerman menandatangani Protokol Madrid yang mengakui kedaulatan Sepanyol di Kepulauan Sulu. Pengakuan ini ditukar dengan pelepasan Sepanyol terhadap segala tuntutannya di Borneo Utara atau Sabah untuk menyokong British. Pada 1888, Sabah resmi menjadi protektorat British yang kemudian menduduki Malaysia sebagai jajahan.

Selepas Perang Dunia II, British berniat mengembalikan Sabah ke Kesultanan Sulu. Untuk proses itu, dilakukanlah pungutan suara bagi menentukan apakah rakyat Sabah memilih bergabung dengan Persekutuan Malaysia atau kembali ke Kesultanan Sulu. Dan hasilnya, rakyat Sabah lebih memilih bergabung ke Malaysia daripada kembali ke Sulu.

Pada 16 September 1963, Sabah bersatu dengan Malaysia, Sarawak dan Singapura, membentuk Malaysia merdeka.

Keputusan Mahkamah Tinggi North Borneo

Menurut Jimeno, tuntutan ahli waris Kesultanan Sulu tidak hanya didasarkan pada perjanjian sewa antara Kesultanan dengan North Borneo Company yang dibentuk British. Namun, tuntutan itu juga didasarkan pada keputusan Mahkamah Tinggi North Borneo pada 1939. Tuntutan ini dianggap lebih dulu, jauh sebelum pembentukan Malaysia.

Tuntutan FIlipina atas Sabah, atas nama Kesultanan Sulu, sebenarnya bukan kali ini saja terjadi. Tuntutan itu pertama kali dilakukan pada masa Presiden Diosdado Macapagal pada 1962, sebelum Malaysia terbentuk. Namun tuntutan ini telah berlarut-larut dari tahun ke tahun.

Jurucakap Jabatan Luar Negeri Filipina Raul Hernandez mengatakan, pemerintahnya belum melakukan perundingan lagi atas ‘perang tuntutan’ antara Kesultanan Sulu dengan Malaysia ini.

Dia menolak laporan media Malaysia yang menyebut rundingan antara Malaysia dengan orang-orang dari Kesultanan Sulu telah berakhir dan orang-orang bersenjata itu akan diusir dari wilayah yang kaya akan minyak itu.

“Sampai sekarang tidak ada diskusi mengenai tuntutan kami di Sabah. Masalah ini tergantung pada pembuat keputusan di negara kami untuk menentukan secara cermat apa yang akan dilakukan atas isu ini,” kata Hernandez sebagaimana dikutip laman interaksyon, Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment