Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

[Gambar] Video Psy Mengandungi Unsur Porno, Namun Itulah yang Dipuja


[MD] Meskipun video klip Psy berjudul Gentleman dihujani pujian, video lagu terbarunya itu juga turut di kritik. Seorang profesor bernama Jung Hee Jun menganggap video klip yang sudah ditonton 200 juta kali di YouTube itu mengandung unsur pornografi.

Profesor tersebut mengutarakan pendapatnya dengan menulis artikel berjudul 'PSY’s Pornographic Hallyu, Are You Proud of It?' Lantas artikel berkenaan mendapatkan banyak komen negatif.

"Kebudayaan lebih kuat daripada pistol atau senjata. Jika Psy mempunyai kebebasan untuk bereskpresi, saya juga begitu," ujarnya di program radio CBS 'Kim Hyun Jeong's News Show', baru-baru ini.

Hee Jun berkata, beliau sebenarnya tidak kisah jika aksi hubungan lelaki dan wanita diekspresikan dengan cara yang sangat intim dan menghairahkan. Tetapi yang menjadi masalah, apabila para wanita terang-terangan menjadi objek seksual dalam video klip itu.

"Video klip tersebut sangat memalukan untuk ditonton dengan keluarga. Saya tidak mahu anak saya yang duduk di sekolah SMP menonton video klip tersebut," tuturnya.

"Saya rasa negara kita (Korea Selatan) ini lucu. Masyarakat tergila-gila dengan video klip pornografi Psy dan media terus menerus memberitakan berapa kali video klip itu ditonton. Seolah-olah kita sebuah bangsa yang hanya berfikir harga diri bergantung pada carta Billboard," kritik Hee Jun.




P/s: TM tidak pernah menyukainya. TM juga menghalang anak-anak daripada menonton atau menyukainya. Malangnya, penyanyi Korea ini pernah menjadi modal politik di Malaysia baru-baru ini.




Wednesday, April 10, 2013

[Gambar] Aduhai Jalil Hamid, UMNO Punya Fasal Sanggup Keluar Hujah....

..sambunglah, buatlah intepretasi masing-masing selepas membaca hujah pelakon mesra UMNO ini.

Foto: Kedahlanie

P/s: Entah di mana logiknya...!



Monday, April 8, 2013

Artis Dakwa Dirogol Artis Serah Pada Polis Ambil Tindakan



[Mstar] PETALING JAYA: Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.

Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.

"Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.

"Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.

Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.

Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.

 
Mohd

Dalam pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas sekiranya Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil pendekatan untuk terus memburukkan namanya kepada pihak media.

“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.

Terdahulu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar Online selepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah mengajaknya berkahwin sebelum ini.

Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.

"Sebelum ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi rakan artis. Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah bersedia dengan semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa keluarga lagi.

"Alih-alih, pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan merogolnya pula. Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana tiada bukti yang kukuh daripada pihak polis," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
 
 
P/s: Fuh!
 
 
 
 

Monday, April 1, 2013

[Video] Lagu Exist Papar Mesej "We Need, We Want Anwar"

 
[KD] KUALA LUMPUR : Lagu ‘Pasti Kau Ingin” dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube.



Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat.

Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.



Difahamkan, video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook ‘Malaysian Gags’ dan diterbitkan dengan kerjasama staf pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke dinding menggunakan kaedah ‘stensil’ dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan ‘We Want, We Need’ (Kami Mahu, Kami Perlu)

Meskipun sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai kreativiti menarik.
 
 
 
 
 

[Video] Adegan PANAS di atas Katil, Apa Perasaan Suami Pelakon Wanita Ini?










Aksi panas Remy Ishak dan Diana Danielle di atas katil dalam sebuah filem. Mereka boleh mendakwa babak itu hasil teknik kamera dan sebagainya.

Namun, orang tertanya-tanya, apalah agaknya perasaan suami pelakon wanita itu apabila melihat aksi isterinya dalam filem tersebut? Apa pula reaksi keluarga si suami dan pelakon wanita ini?

Kalau dahulu si pelakon lelaki dengan ikhlas memberitahu penonton rancangan belakang tabir sebuah filem bahawa dia bertuah kerana dapat memeluk si pelakon wanita itu, apa pula komen ikhlasnya kali ini?



Monday, March 18, 2013

[PANAS] Psy di Sepang, Tidak Timbul Pula Isu Nyawanya Diancam


Psy Sabtu lalu telah mengadakan persembahan di Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur.

Bukankah Psy dilaporkan oleh media perdana diancam oleh pihak tertentu sewaktu menjayakan rumah terbuka BN?

Hahahaha

Dalam konsert itu, superstar Korea itu turut mengumumkan bahawa dia tidak akan menyanyikan lagu 'berhantunya', Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan selepas ini.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert FMFA2013. 

"Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri di hadapan anda semua.

"Saya juga sudah tidak merasakan diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan rasminya mengumumkan bahawa persembahan Gangnam Style ini adalah yang terakhir, di sini, di Kuala Lumpur!

"Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan single terbaharu saya yang akan diedarkan pada 13 April ini", kata PSY seperti dipetik portal MD. -DCM


Cerita Psy diancam bunuh di sini.

Bagaimana timbul cerita keselamatan Psy terancam? Tonton video di sini.


[Video Panas] Nabil Raja Lawak Tidak Takut...Tidak Takut...












Sunday, March 17, 2013

[Video-Wajib Baca] Legenda Thrash Malaysia Sertai PAS



[KD] KUALA LUMPUR 17 MAC: Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.

“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.

FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

Selain Tajul, pemain dram, Zul dan pemain bass, Mie dari kumpulaan sama juga mahu menyertai PAS kerana menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.

“Cuma mereka tak dapat hadir,” kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.

“Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan terus menyanyi,” katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan ‘sekatan kerajaan’ dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada PRU 13.



P/s: TM peminat band ini. Legenda trash metal Malaysia!

Maklumat lanjut tentang kumpulan ini di sini.










Video muzik FTG dengan vokalis asal.


Friday, March 15, 2013

Artis Remaja Dakwa Ditipu dan...



[HM] “Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.

“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya,” kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu. Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.

“Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.

Friday, March 8, 2013

Pengarah Raba, Pukul, Ugut, Ajak Lakukan Seks Lebih 50 Kali, Siapa? Umurnya 38 Tahun!

 
[HM] “Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan seks.

“Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain,” kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.

Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat ‘permainan’ seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual.

Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan.

“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.

Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual apabila meraba anggota badannya.

“Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.

Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.

“Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,” katanya.
 
 
P/s: Siapa?
 
 
 

Tuesday, March 5, 2013

Bunuh Suami, Identiti Penyanyi Didedah


Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.

[Mstar] AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.

Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.

Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999

Penyanyi Belasah Suami Sampai Mati



[SH] AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Saturday, March 2, 2013

Bangkang dari Longkang PERSENDA Isu Rumah Urut di Selangor




Bangkang dari Longkang menyerang Selangor. 

Welcome to Selangor...rumah urut!

Tawaran urut bergantung pada kerajaan...

Video-video di atas menggambarkan perkara yang tidak benar tentang Selangor, seolah-olah di negeri lain tidak ada premis maksiat.

Fakta tentang rumah urut dan pusat hiburan di Selangor

Perinciannya baca di sini.

Kalau nak melawak biar berfakta.

Salih Yaacob sudah mohon maaf.

Bagaimana dengan yang lain?

 Bangkang dari Longkang turut membarisi Afdlin Shauki, Raja Azura, Nabil Raja Lawak, Dee Jangan Ketawa, Salih Yaacob, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak

Mungkin Bangkang dari Longkang berminat untuk menyindir Najib berkaitan dengan Hub Hiburan dalam program ETPnya. Faktanya di sini. -DCM






[Video] Nabil Bangkang dari Longkang Persenda Dasar Pendidikan Percuma PR




Anda nilailah sendiri.

Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Raja Azura, Dee Jangan Ketawa, Salih Yaacob, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu termasuklah dasar-dasar yang dirancang oleh Pakatan Rakyat seperti Buku Jingga, Gaji Minimum, serta perhimpunan BERSIH.

Baru-baru ini Salih Yaacob dan Nabil dikecam teruk oleh masyarakat selepas sketsa mereka berjudul Buku Jingga disiarkan di Youtube.

Orang ramai yang berang dengan tindakan artis itu mengancam untuk memboikot radio Sinar FM dan filem-filem yang yang membabitkan artis yang membintangi siri Bangkang dari Longkang. Mereka marah kerana sketsa yang disiarkan itu jelas memfitnah agenda PR dan dibuat tanpa merujuk fakta sebenar. 

Sebagai akibatnya, Salih Yaacob mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada dunia hiburan. Salih juga memohon maaf secara umum daripada peminatnya.

Apakah respons masyarakat terhadap artis-artis lain termasuk Nabil Raja Lawak? -DCM





Friday, March 1, 2013

Salih Yaacob Terima RM32 Ribu Sebulan daripada Astro



Laporan berkaitan di sini, di sini, di sini.

Walaupun Salih Yaacob mengemukakan permohonan maaf selepas klip sketsanya yang menghentam Buku Jingga Pakatan Rakyat dikecam masyarakat, namun permohonan maaf itu dibuat secara umum. Tiada permohonan maaf dibuat kepada pemimpin PR walaupun jelas sketsa itu memfitnah dasar dan pemimpin PR. 





Thursday, February 28, 2013

Eddie Hamid Cipta Lagu Bantu Kempen UMNO Rampas Kelantan???


Komposer dan penyanyi Eddie Hamid dalam HM mendakwa tiada niat untuk menyindir pihak tertentu walaupun jelas lirik lagunya Bo La Wei menyindir pentadbiran PAS di Kelantan. Malah lagu ini turut dilancarkan oleh Najib bersempena dengan Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Bukit Jalil pada 17 Februari lalu.

Antara isu yang diutarakan dalam lirik lagu ini termasuklah air kotor, janji yang tidak ditepati, pembalakan, ladang rakyat, dan sebagainya. Lirik lagu ini kemudiannya mengajak rakyat Kelantan melakukan perubahan dan bersatu padu dalam satu barisan untuk memilih pihak yang kononnya akan menunaikan janji.

Perhatikan liriknya di bawah ini:

lirik-bolawei

Dengar lagunya di sini. Lihatlah latar belakang video ini. Jangan terkejut apabila mendapati Mustapa Mohamed melakukan rap ditengah-tengah lagu ini. Walaupun sudah ditonton lebih 15 ribu kali, namun majoriti pelayar internet menekan butang dislike. Berdasarkan jumlah semasa, sebanyak 1500 orang menekan butang dislike, hanya 200 orang yang memilih untuk like video ini.

Melodinya sedap, catchy, tetapi awas lirik dan mesejnya jelas mempunyai misi politik untuk mengubah undi majoriti rakyat Kelantan yang sejak sekian lama menyokong PAS.

Tiada agenda politik? Tidak menyindir pihak tertentu? Tidak berkempen untuk UMNO?

Jika Salih Yaacob dihentam teruk oleh rakyat yang marah apabila pelawak itu mempersenda Buku Jingga dan pemimpin PR. Apa pula pendapat rakyat Malaysia, khususnya rakyat Kelantan tentang lirik dan mesej lagu ini? -DCM


Berita Berkaitan:


Wednesday, February 27, 2013

Gara-gara Dihentam Peminat dan Penyokong PR, Salih Yaacob Umum Bersara daripada Industri Hiburan



Bahana menyindir Pakatan Rakyat secara melulu dan tanpa membuat penyelidikan.

Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube. Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang.

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

 Laporan dan video yang memaparkan sketsa Buku Jingga itu boleh ditonton di sini.

Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.

Setakat ini hanya Nabil dan Salih Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dalam siri Bangkang dari Longkang. Bagaimana pula respons masyarakat terhadap pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu? Tonton video-video tersebut di Youtube dan nilailah fitnah dan sindiran yang dilakonkan oleh mereka- DCM


P/s: Siapa kata rakyat Malaysia dan penyokong PR tiada pengaruh untuk bertindak balas terhadap fitnah pihak tertentu?





Tuesday, February 26, 2013

Gara-gara Salih Yaacob Persenda PR, Peminat Ugut Boikot Sinar FM




DCM agak awal melaporkan klip sketsa Bangkang dari Longkang yang bertajuk Buku Jingga di sini. Dalam sketsa itu, Salih Yaacob dan Nabil masing-masing membawa watak sebagai wakil rakyat dan pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat. Dalam dialog tersebut, Salih dan Nabil secara sinis mempersenda Pakatan Rakyat kononnya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Hasil pendedahan dan penyebaran klip tersebut di laman sosial dan blog telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat Salih, Nabil serta radio Sinar FM, tempat Salih bertugas.

Menurut HD, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130 000 pengguna Facebook telah menerima komen-komen negatif.

Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.

Boleh dikatakan setiap status yang dinaikkan ke laman rasmi radio itu menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salih Yaakob sendiri.

"Kecewa dengan Sinar FM. Favourite. Tp skrg terpaksa tukar," komen Abbad Muhammad.

"sbelum ni minat jugak sinar fm ni, dgr lagu retro best2, lps tengok video dua org tu trus hilang selera kat sinar fm, better download aje lah lagu retro," komen Ajijen Mohd.

"Sambil memandu ke tempat keja sambil dgr sinar.bila dh jadi mcm ni rasa baik cr siaran lain lh," komen Zunairi Mohamad.

"salih yaacob, ko dah boleh start carik keje lain aa kot. takdenye orang nak dengar SINAR FM lagi dah selagi ko masih dok kat situ," komen Ahmad Zaki Sokhimi.

"Cakap kat SY tu jangan nak kurang ajar sangat," komen Eyka Farhana.

Malah ada pendengar radio itu turut meminta Saleh Yaakob dan Nabil meminta maaf secara terbuka.

"Suruh SY dan nabil mintak maaf secara terbuka kalau tidak kami boikot sinar fm," komen Faizal Goku.

"Saleh.hang kena mintak maap ngan penyokong pakatan.nak lawak pn agak2 lh der," komen Zunairi Mohamad.


P/s: Laman yang diwujudkan khusus untuk menyatakan bantahan dan boikot terhadap Nabil dan Salih Yaacob di sini.


Monday, February 25, 2013

[Video] Nabil Raja Lawak dan Salih Yaacob PERSENDA Pakatan Rakyat





Video di atas merupakan salah satu siri Bangkang dari Longkang yang diterbitkan untuk menyindir beberapa isu semasa termasuklah yang membabitkan Pakatan Rakyat.

Antara isu yang disindir oleh barisan pelawak seperti Afdlin Shauki, Nabil Raja Lawak, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Salih Yaacob, Douglas Lim dan Johan Raja Lawak  termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.

Dalam sketsa di atas, Salih berlakon sebagai wakil rakyat yang berjanji akan menunaikan segala janji selepas menakluki Putrajaya. Nabil pula dilihat sebagai pembantu Salih. Pemimpin yang digambarkan sebagai pemimpin PR itu dipaparkan sedang mendengar luahan rakyat dan berjanji untuk menunaikan tuntutan mereka dalam suatu dialog atau ceramah.

Dalam dialog sketsa Buku Jingga itu, Nabil dengan jelas menyebut "bos relaks, relaks, janji tak semestinya ditunaikan. Macam yang kita buat di empat negeri tu..." ketika Salih menggelabah kerana telah berjanji macam-macam kepada masyarakat.-DCM

Video-video Lain:




Siapa di belakang Bangkang dari Longkang?




P/s:Ada artis sokong PR, ada artis sokong BN. Biasalah!

Moga-moga selepas PRU nanti, lawak mereka ini menjadi tidak relevan.