Beberapa blog, akaun FB serta Twitter memaparkan kejadian seorang wanita berbangsa Cina ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square (berhampiran dengan lif bertanda U Mobile) sekitar pukul 11 pagi tadi (14 Februari 2013).
Menurut kenyataan beberapa akaun laman sosial, mayat wanita berkenaan dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah dan berlumuran darah.
Wanita tersebut dikatakan terjatuh dari tingkat 6 bangunan pusat beli belah terkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada gadis tersebut terjatuh, membunuh diri atau dibunuh. -DCM
Kredit: Nescafe Ais |
Kemas Kini:
Wanita Maut Terjatuh Tingkat 6
Difahamkan, polis menerima panggilan daripada orang awam kejadian itu, kira-kira jam 11.25 pagi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa, Choo Czek Yeng, 36, ditemui dalam keadaan telentang di tingkat bawah berhampiran ruang legar pintu utama pusat beli-belah berkenaan.
“Sejam sebelum kejadian, ada saksi melihat mangsa di tingkat enam dan berdiri pada sisi besi penghadang.
“Bagaimanapun, setakat ini, tiada saksi yang nampak mangsa terjun dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya yang tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri.
Katanya, mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi itu.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment