[MStar] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membuat keputusan memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM50 juta yang difailkan Ketua Pembangkang itu terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya kerana menyiarkan dua artikel berhubung komen beliau mengenai undang-undang homoseksual kepada BBC.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk V T Singham memutuskan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel tersebut bersifat fitnah dan boleh menjejaskan reputasi dan kedudukan politik Anwar dengan mengatakan beliau tidak sesuai memimpin kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, defendan gagal untuk membuktikan justifikasi memandangkan tiada bukti yang menunjukkan mereka tidak berniat untuk memfitnah plaintif.
"Mereka juga gagal untuk membuktikan komen yang adil. Artikel yang disiarkan itu tidak bersifat untuk kepentingan awam memandangkan Utusan tidak menyiarkan kenyataan penuh plaintif," katanya.
Singham berkata, dalam temu bual BBC tidak menyebut Anwar mempromosikan hak golongan gay dan lesbian.
Katanya, perkara yang sepatutnya dilakukan defendan adalah untuk meminta maaf atau menjelaskan artikel itu, bukannya mengabaikan notis undang-undang dikeluarkan Anwar.
Pada 20 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.
Dalam saman itu, Anwar menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.
P/s: Kategori akhbar paling banyak kena saman. OK?
No comments:
Post a Comment