Umno Jauhkan Diri Daripada Sharifah Zohra, Tetapi...
[MK] Walau pemimpin Umno menjauhkan diri daripada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, panelis yang menegur seorang pelajar Universiti Utara Malaysia dalam satu forum, Sharifah Zohra didapati aktif di kalangan kelompok Umno.
Semakan dengan ibu pejabat parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mengesahkan bahawa Sharifah Zohra merupakan bekas timbalan ketua Wanita Kimma.
Jawatan beliau itu kini diisi timbalan ketua Wanita Kimma sekarang, Nafisah Mammoo.
Kimma merupakan ahli gabungan Umno yang mendakwa mewakili kepentingan masyarakat India Muslim dan berkempen untuk BN dalam pilihan raya sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan perhimpunan agung Kimma pada Oktober tahun lalu dan menyifatkan parti itu sebagai parti yang "dekat dan rakan setia BN".
Kakitangan ibu pejabat Kimma yang mengesahkan jawatan Sharifah Zohra dalam parti bagaimanapun tidak mengetahui tempoh jawatannya sebagai timbalan ketua Wanita Kimma.
Carian di Google juga menunjukkan beliau menjawat jawatan itu pada akhir 2011 dan gambarnya turut dirakam bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu program di Tanjung Bidara, Melaka.
Kain rentang berkenaan menunjukkan Sharifah Zohra sebagai salah seorang daripada dua orang kenamaan dalam program yang turut melibatkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Tulisan Sharifah Zohra di Facebook pada Februari 2011 ketika menjemput orang ramai menghadiri program Kimma turut menyatakan jawatannya sebagai timbalan ketua Wanita.
Perkara ini bercanggah dengan dakwaan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa Sharifah Zohra dan NGO Suara Wanita 1Malaysia yang diketuai Sharifah Zohra mempunyai hubungan dengan BN.
"Dan berhubung isu UUM. Tolong dengar kata saya: Jabeen ini tidak mewakili BN. Muktamad," kata Khairy dalam tulisan di Twitter semalam.

Berkaitan:
Sokongan kepada Bawani, Kritikan untuk Sharifah
[MK] Pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani terus menerima pujian selepas insiden 'perang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang sebaliknya menjadi sasaran cemuhan pelbagai pihak.Sebuah video 24 minit Sharifah 'menegur' Bawani semasa sebuah forum di UUM bulan lepas, hangat di Youtube minggu lalu, dan mencetuskan pelbagai jenaka di internet serta gambar dan video yang mempersendakan pengerusi SW1M itu.
Walaupun Bawani adalah dari NGO yang berkaitan dengan PSM, namun sokongan turut diterima dari parti BN manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjawab dalam tweet menjauhkan parti pemerintah itu dari Sharifah.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga tampil mempertahankan Bawani, mengatakan bahawa Sharifah tidak sepatutnya bercakap begitu kepada pelajar tersebut.
Sesetengah warga siber mencadangkan supaya baju-T dihasilkan dengan memaparkan kata-kata Sharifah - "listen, listen, listen..." - yang diulanginya sebanyak 11 kali terhadap Bawani.
Manakala Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya yang didominasi kumpulan pro-Aspirasi turut mengecam tindakan Sharifah itu, dengan berkata Sharifah berbicara perihal “menghormati”, namun dia mungkin terlupa perihal “menghina”. .
"Saya percaya, seandainya Saudari Sharifah mahu membuka mata mahasiswa, saudari perlu juga belajar untuk membuka mata saudari menghormati kami," tegas Yang Dipertuanya, Izham Ismail.
"Saya juga percaya, seandainya haiwan seperti kucing, jerung, lembu dan lain-lain pun boleh bercakap, nescaya mereka akan menyuruh Saudari Sharifah berhenti bertindak sebegitu rupa.," katanya merujuk kepada hujah Sharifah bahawa orang ramai tidak sepatutnya mengadu banyak sangat kerana haiwan pun mempunyai masalah.
Izham juga semua pihak perlu belajar daripada insiden tersebut.
"Usah menuding jari ke arah Sharifah semata-mata, mungkin
kita juga ada kekurangan yang menuntut kita bermuhasabah diri.
"Musuh sebenar kita bukanlah Sharifah Zohra, tetapi adalah rasa hormat dan rasional yang kian hilang dalam diri kita," tambahnya.
Menurut Izham, beliau saya mewakili kepimpinan MPPUM untuk menyatakan pendirian mereka menentang segala bentuk tindakan yang merendahkan martabat mahasiswa.
"Saya menjemput Saudari Sharifah Zohra untuk mengadakan sesi dialog di Universiti Malaya untuk kita bersama-sama membincangkan soal halatuju negara. Moga kedua-dua pihak mendapat manfaat daripadanya," tambahnya.
Video Listen, listen, listen boleh ditonton di sini.
No comments:
Post a Comment