Tuesday, January 22, 2013

Gadis Mentah Rela Diratah ‘Atuk’ Teksi

 
[HM] Rembau: Seorang lelaki terkejut apabila dimaklumkan rakan bahawa anak perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, sudah terlanjur beberapa kali dengan seorang lelaki berusia 64 tahun.

Sumber berkata, rakan lelaki itu mengetahui perkara itu apabila terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar mangsa kepada anak perempuannya pada 17 Januari lalu, mendakwa dia kerap melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki sejak 2011 sehingga penghujung tahun lalu.

Menurutnya, dalam SMS itu, mangsa turut mendakwa tidak bimbang mengandung apabila tubuhnya diratah lelaki berusia lebih separuh abad itu yang juga pemandu teksi selain tidak pernah menggunakan perlindungan.

“Bapa mangsa yang mendapat maklumat itu kemudian menyoal anaknya yang menafikan melakukan perbuatan berkenaan, tetapi mengakui lelaki itu hanya memegang bahagian bawah dan atas badan saja.

“Bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan penjelasan anaknya membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian itu. - myMetro 22 Jan 2013

No comments:

Post a Comment