Badri Singh Pandey |
KOMPAS.com yang memetik laporan DM melaporkan Badri Singh Pandey, ayah mahasiswi yang menjadi korban perkosaan kejam di New Delhi bulan lalu, mengizinkan media massa untuk menerbitkan nama anak kesayangan yang berusia 23 tahun itu.
Beliau yang ditemui di kampung halamannya di Billia, Uttar Pradesh, mengatakan bahawa nama anaknya itu ialah Jyoti Singh Pandey. Gadis malang ini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada 29 Disember 2012 setelah 13 hari bertarung nyawa.
"Saya bangga akan dirinya. Mengungkap namanya akan memberikan keberanian kepada perempuan lain yang mengalami nasib yang sama. Mereka akan menemukan kekuatan daripada anak saya," kata Badri.
Badri lanjutnya berkata bahawa beliau tidak mahu melihat wajah suspek yang memperkosa anaknya. Beliau hanya mahu kesemua suspek dihukum gantung.
"Hukum mati mereka semua. Mereka bukan manusia, mereka binatang," kata Badri.
"Mereka harus dijadikan contoh agar kejadian semacam ini tidak terjadi lagi," tambah Badri.
Badri Singh Pandey menceritakan bagaimana putrinya - yang dalam kesakitan kerana mengalami luka parah - masih mahu meneruskan hidupnya. Saat dia tersedar daripada koma, Jyoti masih boleh berkomunikasi dengan keluarganya melalui catatan di kertas.
"Tiub yang digunakan untuk menyalurkan makanan menyulitkan Jyoti untuk berbicara," kenang Badri.
"Dia menulis di atas kertas. Dia mengatakan bahawa dia masih mahu meneruskan hidupnya bersama-sama dengan kami. Namun, takdir berkata lain," kata Badri. -DCM/Kompas/DM

Laporan awal di sini.
No comments:
Post a Comment