Monday, January 14, 2013

[Video] Listen, listen, listen...Let me speak, let me speak, let me speak






P/s: TM respek dengan keberanian pelajar perempuan tadi. Dari satu segi, video ini memaparkan salah satu taktik atau cara yang digunakan oleh pihak tertentu untuk mencuci otak mahasiswa agar menyokong BN.



Berita Berkaitan:

Klip Panelis 'Tegur' Pelajar Hangat di Internet

[MK] Ia bertujuan untuk menjadi satu forum yang melibatkan pelajar universiti, tetapi pada akhirnya salah seorang ahli panel hanya mahu pandangannya saja yang didengar.

NONEItulah kesimpulan yang dibuat oleh pengguna Internet selepas menonton video forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia yang diadakan pada bulan lepas.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur seorang pelajar KS Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, yang telah menjadi satu topik hangat perbincangan di Facebook dan forum Internet.

Bawani membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai BERSIH dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan bahawa sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

NONEKetika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.

Bawani tidak memperdulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.
Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.




No comments:

Post a Comment