Wednesday, January 9, 2013

Isu Kalimah Allah: Dr Maza Lontar Persoalan yang Menarik



P/s: Blogger Manjung Mari membangkitkan isu anggota bukan Islam memakai topi TLDM yang ada tulisan Allah dan Muhammad di sini apabila memberikan respons terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor dan persoalan yang dilontarkan oleh Dr MAZA di atas. Bagaimana dengan topi atau beret anggota polis dan tentera? Rasanya kedua-duanya juga ada tulisan Allah dan Muhammad. 

Berita yang TM salin dan tampal dari laman Pas (dipetik dari SelangorKini) berbunyi "Sultan Salahuddin selaku Ketua Agama Negeri merujuk Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 10 Jun 2008 yang telah memutuskan bahawa lafaz "Allah" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau dimasukkan dengan agama-agama bukan Islam yang lain."

Dalam hal ini, TM lebih bersetuju dengan pandangan Presiden PAS seperti dipautkan di sini. Cuma persoalan yang berbangkit ialah isu penyalahgunaan kalimah tersebut yang mungkin digunakan untuk mengelirukan orang Islam.



No comments:

Post a Comment