Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Macam Tidak Percaya, Utusan Lapor PERKARA BENAR!!!



P/s: Memang benar Melayu, Cina, dan India yang mengundi UMNO, MCA, Gerakan, MIC, dan sekutu TIDAK CERDIK.

Editor Utusan perlu berhati-hati kerana artikel ini tidak akan membangkitkan kemarahan, tetapi menyedarkan majoriti rakyat Malaysia!



Monday, March 18, 2013

Utusan Bakal Disaman Lagi,,,



[MK] Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah orang dan reban ayam". 

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.

"Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

"Saya menyentuh kegagalan perisikan.Utusan dah spin (putar -belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir ketika ditemuiMalaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas sehinggakan "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau juga dilapor menyifatkan seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal danmembuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.

'Tengok dia punya jamban'

Sementara itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain.

"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah," katanya.

Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat respon daripada Kementerian Pertahanan. 

"Satu lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena hantar ke London, Perancis atau sebagainya. 

"Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.

"Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik. Masuk dalam, tengok dia punya jamban!

"Ada bekas tentera sini tak? Ramai?" soalnya sambil disambut laungan "ya" oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.

Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

"Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.

Turut berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.




Thursday, March 14, 2013

Artikel Utusan Malaysia Fitnah Chegu Bard Lesap



[HD] KUALA LUMPUR: Dua hari lalu, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Cikgu Bard atau Badrul Hisham Shahrin telah menyerahkan notis beberapa tuntutan saman kepada Utusan Malaysia. 

Melalui peguamnya Sazali & Lim, notis telah diserahkan dan telah diakui terima oleh pihak Utusan.

Berikutan itu, paparan rencana Utusan Online bertajuk "Medan Perah Duit Rakyat" tulisan Mohd Asron Mustapha yang menjadi bukti fitnah jahat terhadap Chegubard telah lesap. 

"Ia disedari hari ini sekitar jam 12 tengahari tadi dan sehingga kenyataan ini ditulis, rencana tersebut tiada di paparan," kata Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM Kebangsaan.

Kali terakhir rencana itu dilihat masih terpapar ialah semalam.

Walaubagaimanapun alamat url pautan asal "http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat" masih wujud. 

Cuma apa yang tinggal hanya tulisan tertera "Broken Link".

"Apakah tindakkan Utusan Online memadamkan rencana di dalam isi pautan tersebut menjadi petunjuk bahawa Utusan telah akur dengan notis yang dikeluarkan oleh pihak guaman chegubard?" soal beliau dalm kenyataannya.

Penarikkan rencana berunsur fitnah tersebut dari portal Utusan Online adalah merupakan salah satu dari empat tuntutan gantirugi yang dikemuka oleh Chegubard. 

Buat masa ini, pihak SAMM dan Chegubard masih lagi menunggu permohonan maaf secara terbuka sepertimana yang dituntut.

Laporan awal di sini.






Tuesday, March 12, 2013

Utusan Malaysia Kena Saman Lagi Hari Ini


[KD] Ketua Penyelarasnya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah bertindak menuntut gantirugi berbentuk pampasan dari Utusan Malaysia hari ini dengan jumlah RM5 juta di atas fitnah yang telah dilemparkan.

Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali & Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang tadi. Notis tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang.

Ketika notis ini dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan hanya berlegar di luar. Setelah beberapa kali berbincang dengan pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima.

Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk “Medan Perah Duit Rakyat”. Rencana tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di alamat berikut;


Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut;

“Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000.”

Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat kepada Chegubard dan juga SAMM.

Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut;

1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja.
2. Permohonan maaf tanpa ‘reservation’ daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut
3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM.
4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut.

Notis juga menyebut dua penama iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua.

Azrizal Tahir
Pengarah Kewangan SAMM


Berkaitan:





Monday, March 11, 2013

ABIM Saman Utusan Malaysia



[HD] KUALA LUMPUR: Selepas pemimpin parti-parti politik, kini giliran NGO iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Saman ini dibuat berdasarkan kepada artikel bertajuk “PAS BENARKAN TARIAN LUCAH, ABIM HINA ISTERI RASULULLAH?” yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari 2013 yang lalu.

"Abim menilai penyataan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan berniat jahat serta ingin menjatuhkan kredibiliti Abim selaku pertubuhan Islam utama di negara ini," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Sehubungan itu, Abim telah memanggil satu sidang media esok, 13 Mac bagi menjelaskan tindakan ini.

Ia akan diadakan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Friday, March 8, 2013

Anwar SAMAN Utusan Malaysia dan TV3 RM100 Juta


[Bernama] KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman fitnah menuntut RM100 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), serta tiga defendan lain berhubung berita yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau memfail saman itu melalui pejabat peguam Tetuan Daim & Gammy di kaunter pendaftaran Mahkamah Sivil kira-kira pukul 10.30 pagi.

Anwar, 66, menamakan Utusan dan pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti oleh TV3 dan pengarang urusan kumpulan Datuk Shahruddin Abdul Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.

Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.

Plaintif juga memohon injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah terhadap beliau. 



Berkaitan:







Wednesday, March 6, 2013

Fitnah Anwar Dalang Pencerobohan Sabah, Utusan dan TV3 Sudah Gelabah??


TV3, Utusan minta tangguh jawapan notis saman dari Anwar

[KD] KUALA LUMPUR 6 MAC: Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dalam tragedi Lahad Datu.

Peguam, N Surendran berkata TV3 Malaysia Berhad meminta tempoh dua minggu manakala Utusan Malaysia tidak menyatakan tempoh.

“Semalam, kami terima surat dari TV3 yang minta tempoh dua minggu untuk menjawab notis. Utusan juga tapi tak nyatakan tempoh.

“Mereka patut boleh jawab pada kadar segera,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily, hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Anwar menghantar notis tuntutan saman dan memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik tuduhan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi, masing-masing RM100 juta.

Surendran tegas menyatakan tuntutan tetap dibuat sehingga kedua-dua media berkenaan harus menjawab semua tuntutan Ketua Umum KEADILAN itu.

“Kita pandang serius tuduhan berkenaan dan menuntut permohonan maaf serta ganti rugi,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Utusan bertarikh 2 Mac memapar tajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala satu laporan di muka 10 akhbar itu bertajuk ‘Tiga kumpulan jadi dalang.

TV3 pula menggunakan istilah dalang ketika mengaitkan Anwar dalam insiden berkenaan.


Laporan itu bertentangan dengan kenyataan Kesultanan Sulu yang menafi dakwaan kononnya pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarak krisis Sabah seperti tohmahan kerajaan Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III.

Kenyataan dibuat dalam Interaksyon.com, sebuah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina, bertarikh 4 Mac lalu.



P/s: Kah kah kah.

Bukan banyak pun RM200 juta saja!






Sunday, March 3, 2013

[Video] Anwar Saman Utusan & TV3 RM200 Juta, Tian Chua Saman Blogger UMNO



Isu Lahad Datu: Anwar mahu saman RM200 juta

[SH] PETALING JAYA - Utusan Malaysia dan TV3 bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes warga Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Tempoh 24 jam, yang bermula hari ini.

Anwar menuntut Utusan dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" Dan di muka 10 akhbar itu berjudul "Tiga kumpulan jadi dalang".

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.

"(Perkataan dalang) diulang berkali-kali," ujar peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya.

Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam insiden yang mengakibatkan dua anggota keselamatan negara terbunuh.

Laporan palsu: Tian Chua mahu saman blog pro Umno

[KD] KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua memberi amaran kepada Cybertroopers Umno supaya menghentikan laporan fitnah ke atas beliau berhubung insiden Lahad Datu atau berdepan saman.

Katanya, ia ekoran tragedi itu dimanipulasi pihak terbabit yang sengaja dibuat untuk mengancamnya, bagi menjana kebencian terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beliau.

“Saya akan mengambil tindakan termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang reka fitnah dan berniat untuk mengancam saya.

“Blog pro BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomosengaja melemparkan fitnah terhadap saya.

“Selain berita palsu, mereka juga mendesak pembaca terutamanya anggota polis dan askar untuk menghantar SMS maki-hamum serta panggilan bantahan kepada saya,” katanya pada kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tian berkata, laporan blog pro Umno itu jelas palsu kerana menyiarkan berita menuduh beliau kononnya menghina anggota keselamatan yang terbunuh dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu.

“Semalam beberapa blog pro BN menyiarkan berita palsu bahawa saya telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah ‘Komando Mati Katak’ di satu ceramah di Puchong.

“Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.

“Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya,” kata Tian.

“Jangan percaya kepada propaganda jahat ini. Kini rakyat harus bersatu dan menyatakan setiakawan kepada anggota keselamatan, bukan memainkan taktik politik murahan untuk memburukkan parti lawan,” katanya.



P/s: Langkah yang paling bijak. Tindakan saman perlu diambil kerana penulisan blog dan akhbar jelas berunsur fitnah dan boleh mempengaruhi orang ramai yang tidak mendapat maklumat alternatif.

Saman sampai terburai!




Anwar Akan Saman Fitnah Utusan dan TV3 Kaitkannya dengan Lanun Sulu



[KD] PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

“Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan,” ujarnya serius.

Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.

Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang.




Dakwaan Anwar Terlibat Tuduhan Liar - Wan Azizah

[SH] KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mendalangi' pencerobohan ke atas Lahad Datu, satu tuduhan liar dan tidak berasas, kata Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa itu apatah lagi apabila timbul isu terdapat pihak wartawan yang dibayar bagi mewujudkan perkara berkenaan.

Menurutnya, apa yang dilaporkan media tempatan juga dengan secara jelas menyebut nama suaminya itu sebagai orang bertanggungjawab, adalah sama sekali tidak wajar.

“Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.

“Laporan itu hanya menyatakan pembangkang, di Sabah ada beberapa pembangkang seperti The Star dan lain-lain. Jadi saya boleh katakan ia tidak menunjukkan kaitan dengan Anwar,” katanya ditemui pada Program Nasihat dan Rawatan secara percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Apartmen Pantai Indah Fasa 2, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, pihaknya bukan sekadar menafikan perkara yang ditimbulkan itu, namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah tersebut.

Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar.

“Pada saya tidaklah menghairankan suara-suara untuk menyerang, yang penting kita bukan sahaja menafikan tetapi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kerana ini merupakan dakwaan yang terlalu berat, berkait soal keselamatan negara yang mengorbankan nyawa pejuang, rakyat kita.

“Jadi pada saya perkara ini tidak lagi boleh dikompromi. yang kita minta adalah penjelasan terbuka apa sebenarnya yang berlaku sehingga memungkinkan kes serangan di Semporna malam semalam,” katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Tambahnya, apa yang perlu ditumpukan kini adalah jaminan keselamatan negara termasuk memastikan perairan tidak dibolosi.

“Saya minta kerajaan BN melihat dengan serius, gesaan ini bukan dari pakatan tetapi dari rakyat malaysia, bukan isu politik,” katanya yang dalam masa sama akan meneliti dakwaan-dakwaan lain melibatkan Anwar untuk tindakan undang-undang yang bakal diambil.



P/s: Saman sampai terbarai!


Berkaitan:

Tian Chua: Kenyataan saya disalah tafsir

[SH] SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa kenyataannya yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno telah disalah faham.

Menurutnya, kenyataan beliau yang disiarkan portal rasmi PKR itu langsung tidak merujuk kepada peristiwa penembakan yang mengorbankan dua anggota keselamatan negara.

Sebaliknya, beliau berkata, kenyataan tersebut dibuat sebelum berlakunya kejadian yang membabitkan pertempuran antara pihak keselamatan negara dengan penceroboh dari selatan Filipina.

“Saya mengatakan ia sandiwara Umno kerana mereka sering mengaitkan pembangkang di sebalik insiden di Lahad Datu. Sedangkan, kerajaan sendiri asyik berdolak-dalik mengenai situasi sebenar di sana.

“Secara kebetulan kenyataan saya itu disiarkan pada hari sama dengan kejadian penembakan tersebut. Lalu menyebabkan ramai yang tersalah tafsir kenyataan saya dan mengaitkannya dengan insiden yang meragut nyawa itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, beliau tidak sesekali mempersoalkan pengorbanan anggota keselamatan yang terlibat dalam pertempuran di Lahad Datu, kelmarin.

“Saya berasa simpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban,” katanya.


PKR Cabar Dakwaan Kaitkan Anwar dengan Pencerobohan

[TMI] KUALA LUMPUR, 3 Mac – Pembangkang mencabar dakwaan daripada media antarabangsa yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, dan menegaskan laporan berkenaan telah di putar belit untuk mengalihkan fokus daripada kegagalan kerajaan menangani insiden berkenaan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata laporan media antarabangsa seperti Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer yang melaporkan sumber risikan Filipina mendakwa seorang pemimpin yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah bukanlah perkara mengejutkan.

“Saya tidak terkejut kalau ada pihak luar digunakan untuk memburukkan Anwar,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Ini semua tuduhan yang tidak berasas dan cuba mengalihkan pandangan dari isu sebenar ... kita minta jangan alihkan pandangan rakyat, bagaimana keselamatan lautan dan wilayah kita boleh dicerobohi,” tegasnya, dan menuntut jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN).
Jelas ahli Parlimen Gombak itu lagi, setiap tuduhan yang dibuat juga perlu dikemukakan dengan bukti.

“Siapa yang buat tuduhan kepada Anwar perlu kemuka bukti ... bukti kukuh perlu ada sebelum buat tuduhan,” tegasnya, dan menambah, “ini memang kerja Umno, padamkan fakta dan mengalih perhatian rakyat.”

Portal Philipine Inquirer sebelum ini melaporkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah.

Portal berkenaan turut melaporkan dipetik sumber risikan kerajaan Filipina, pertemuan berkenaan yang berlangsung pada November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo, lokasi penceroboh yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu berkubu.

Reuters juga pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa pencerobohan tersebut berlaku atas jemputan pembangkang negara ini

Pertempuran kemudiannya tercetus Jumaat lalu selepas tiga minggu penceroboh berkenaan berkubu di sana dengan pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka dikatakan melepaskan tembakan ke arah pasukan polis.

Insiden tembak menembak yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut menyaksikan dua anggota pasukan polis terbunuh, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka diserang menggunakan mortar.

Azmin turut berkata, tuduhan yang dikeluarkan terhadap Anwar itu juga bertujuan untuk melemahkan sokongan terhadap PR yang mana jelasnya mempunyai sokongan yang semakin kuat daripada rakyat Sabah.

“Rakyat Sabah telah bangkit dan memberi dokongan kuat kepada PR, maka tuduhan seperti ini cuba melemahkan sokongan mereka.

“Usaha ini dibuat Umno dalam pelbagai cara, dulu kita tahu Umno gunakan pihak luar dari AS (Amerika Syarikat) untuk memburukkan Anwar,” katanya lagi

Sementara itu, pegawai khas kepada Anwar, Najwan Halimi yang dihubungi The Malaysian Insider memaklumkan, ketua pembangkang itu telah mengarahkan peguamnya, Latheefa Koya untuk meneliti laporan media berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Datuk Seri Anwar telah memaklumkan kepada peguamnya untuk mengkaji kenyataan itu ... sekiranya ada tindakan susulan, kita akan maklumkan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Malaysia tidak akan berlembut dengan penceroboh bersenjata dari Filipina itu lagi kerana mereka telah melakukan kesalahan jenayah yang besar dengan menceroboh negara ini dan membunuh dua anggota polis daripada pasukan komando polis.

Beliau juga menegaskan Malaysia tidak akan berunding untuk kali kedua dengan penceroboh berkenaan.

“Kerajaan ambil pendirian, masa untuk mempertimbangkan permintaan kumpulan tersebut telah berakhir.

“Kita bertegas dalam hal ini kerana apa yang mereka lakukan jenayah yang amat serius ... mereka ceroboh dan bunuh anggota polis, serta mencederakan anggota keselamatan kita ... mereka hanya ada dua pilihan, serah diri atau terima tindakan daripada pihak keselamatan,” tegasnya.

Inspektor Zulkifli Mamat, 29 dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, terbunuh dalam pertempuran di Lahad Datu akibat serangan mortar.

Manakala 10 anggota penceroboh berkenaan turut dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.



Saturday, February 23, 2013

[Video] Anwar Perlekeh TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang??? Lihat Bukti Visualnya di Sini...

Fitnah blogger pencacai!

Tonton video di bawah ini untuk mendengar perkara sebenar yang diucapkan oleh DS Anwar.




P/s: Saman kaki fitnah!!! Mulakan dengan Utusex!




Monday, January 21, 2013

Utusan Kalah Kes Saman RM50 Juta, Tidak Teringin Tersenarai dalam Malaysia Book of Record?


[MStar] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membuat keputusan memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM50 juta yang difailkan Ketua Pembangkang itu terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya kerana menyiarkan dua artikel berhubung komen beliau mengenai undang-undang homoseksual kepada BBC.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk V T Singham memutuskan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel tersebut bersifat fitnah dan boleh menjejaskan reputasi dan kedudukan politik Anwar dengan mengatakan beliau tidak sesuai memimpin kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, defendan gagal untuk membuktikan justifikasi memandangkan tiada bukti yang menunjukkan mereka tidak berniat untuk memfitnah plaintif.

"Mereka juga gagal untuk membuktikan komen yang adil. Artikel yang disiarkan itu tidak bersifat untuk kepentingan awam memandangkan Utusan tidak menyiarkan kenyataan penuh plaintif," katanya.

Singham berkata, dalam temu bual BBC tidak menyebut Anwar mempromosikan hak golongan gay dan lesbian.

Katanya, perkara yang sepatutnya dilakukan defendan adalah untuk meminta maaf atau menjelaskan artikel itu, bukannya mengabaikan notis undang-undang dikeluarkan Anwar.

Pada 20 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.

Dalam saman itu, Anwar menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.



P/s: Kategori akhbar paling banyak kena saman. OK?





Tuesday, December 11, 2012

Laporan KOMPAS tentang Artikel Utusan HINA BJ Habibie


Mula-mula baca dahulu artikel yang saya petik dari Pulakdah!


Akhirnya kerana terlajak menghentam bekas Presiden BJ Habibie, seluruh media Indonesia mengecam keras di atas berita yang dikeluarkan Utusan Malaysia. Lanjutan daripada itu pula, pautan berita yang menyebut bekas Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga menimbulkan polemik antarabangsa itu hilang dari laman web Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).

Pada malam semalam, halaman yang sebelumnya berisi tulisan tajuk rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" menjadi broken link.


Habibie pengkhianat

Polemik yang membawa-bawa nama Habibie bermula dari kunjungan bekas presiden Indonesia tersebut ke Universiti Selangor baru-baru ini sebagai tamu kehormatan ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Kunjungan tersebut seterusnya diulas oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin, menerusi tulisan tajuk rencana di media Utusan Malaysia, pada hari Isnin.

Tulisan tersebut dianggap kontroversi kerana menyebut BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa Indonesia setelah membiarkan Timor Timur pisah dari Indonesia. Malah, Zainudin melabelkan Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai sama-sama "The Dog of Imperialism".

Tulisan itu menimbulkan kecaman dari pelbagai tokoh di Indonesia. Zainuddin dikatakan bukan sahaja telah menghina Habibie, tetapi juga menghina bangsa Indonesia. Tulisan tersebut tidak sewajarnya ditulis oleh seorang bekas menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim turut secara khusus mengeluarkan kenyataan di salam blognya dengan menyebut Zainuddin sebagai orang yang dangkal dan keji. Anwar menegaskan bahawa reputasi Zainuddin buruk dan pernyataan tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Habibie tidak mengendahkan tulisan tersebut dan sekadar tertawa. "Kalau ada yang menghina anda, anggap aja sebagai sebuah pujian, bahwa dia berjam-jam memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetik pun memikirkan dia," kata Habibie seperti ditulis dalam Twitter Habibie Center.


Laporan KOMPAS:

'Link' Artikel soal Habibie Hilang dari 'Website' Utusan Malaysia

JAKARTA, KOMPAS.com — Entah karena derasnya pemberitaan di Tanah Air atau alasan lain, link tulisan yang menyebut mantan Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga memicu polemik, menghilang dari website Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).

Saat dikunjungi, Selasa malam, halaman yang sebelumnya berisi tulisan tajuk rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" menjadi broken link.

"Konten yang Anda cari tidak tersedia. Anda mungkin mengeklik sebuah link yang salah dari website lain atau konten tersebut mungkin telah dicabut," demikian keterangan di halaman tersebut dalam bahasa Inggris.
Jika ditelusuri, masih ada tautan dalam indeks tajuk rencana tanggal 10 Desember 2012 di website utusan itu. Namun, saat di-klik, lagi-lagi pembaca diarahkan ke halaman broken link tersebut. Meski demikian, isi tulisan masih bisa dibaca di tembolok (cache) hasil pencarian Google ataupun salinannya yang telah diunggah di berbagai situs Indonesia.

Sebut Habibie pengkhianat

Polemik yang membawa-bawa nama Habibie bermula dari kunjungan mantan presiden RI tersebut ke Universiti Selangor belum lama ini sebagai tamu kehormatan tokoh oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim. Kunjungan tersebut dikomentari mantan Menteri Penerangan Malaysia, Zainudin Maidin, lewat tulisan tajuk rencana di media Utusan Malaysia, Senin.

Tulisan tersebut dianggap kontroversial karena menyebut BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa Indonesia setelah membiarkan Timor Timur pisah dari Indonesia. Bahkan, Zainudin melabeli Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai sama-sama "The Dog of Imperialism".

Pernyataannya itu menuai kecaman dari berbagai tokoh di Tanah Air. Zainudin dinilai tidak hanya telah menghina Habibie, tetapi juga bangsa Indonesia. Pernyataan tersebut tidak pantas disampaikan mantan pejabat Malaysia itu.

Bahkan, Anwar Ibrahim secara khusus mengeluarkan pernyataan pers di blog pribadinya dengan menyebut Zainudin sebagai orang yang dangkal dan keji. Anwar menegaskan bahwa reputasi Zainudin buruk dan pernyataan tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia.
 
Menanggapi polemik tersebut, Habibie tidak terlalu pusing. Ia hanya tertawa. "Kalau ada yang menghina Anda, anggap aja sebagai sebuah pujian, bahwa dia berjam-jam memikirkan Anda, sedangkan Anda tidak sedetik pun memikirkan dia," kata Habibie seperti ditulis akun Twitter Habibie Center (@habibiecenter).