Tuesday, January 1, 2013

Susulan Kes Rogol dan Campak di India, 5 Lelaki Didakwa


[SH] NEW DELHI - Polis India semalam, mengesahkan akan mendakwa lima suspek yang disyaki memperkosa seorang pelajar perubatan dalam sebuah bas yang bergerak pada pertengahan bulan lalu.

Jurucakap polis, Rajan Bhagat berkata, suspek keenam kes sehingga mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara berumur 18 tahun dan tidak boleh didakwa membunuh berdasarkan perundangan India.

Setakat ini, polis telah mengarahkan jabatan forensik melakukan ujian tulang bagi mengesahkan umur suspek tersebut.

"Kes ini akan difailkan pada Khamis depan bersama laporan bedah siasat mangsa," kata Rajan.

Menurut Rajan, kesemua suspek mungkin berhadapan hukuman mati jika disabitkan bersalah.

Minggu lalu, seorang pelajar perubatan berumur 23 tahun meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth akibat kegagalan fungsi organ dan kecederaan otak selepas dirogol dan dipukul oleh sekumpulan lelaki di dalam bas. - Al-Jazeera

Berkaitan:
Lelaki cuba letak bom dekat kediaman suspek kes rogol
[HM] NEW DELHI: Polis India semalam menahan seorang lelaki yang cuba meletak sebutir bom buatan sendiri dekat kediaman seorang daripada suspek kes rogol berkumpulan dan bunuh.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di lorong sempit Ravi Dass Camp, kawasan setinggan di barat daya Delhi, di mana empat daripada enam suspek tertuduh tinggal, kata pegawai polis di bilik kawalan bandar raya itu. Alat berkualiti rendah itu diisi dengan bahan letupan yang biasa digunakan untuk mercun.

Insiden itu menggambarkan kemarahan yang kian memuncak di negara itu sejak pelajar perubatan berusia 23 tahun diperkosa secara bergilir-gilir dan diserang dengan batang besi di atas sebuah bas pada malam 16 Disember lalu. - AFP

Berita awal di sini.

No comments:

Post a Comment