Sunday, March 3, 2013

[Video] Anwar Saman Utusan & TV3 RM200 Juta, Tian Chua Saman Blogger UMNO



Isu Lahad Datu: Anwar mahu saman RM200 juta

[SH] PETALING JAYA - Utusan Malaysia dan TV3 bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes warga Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Tempoh 24 jam, yang bermula hari ini.

Anwar menuntut Utusan dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" Dan di muka 10 akhbar itu berjudul "Tiga kumpulan jadi dalang".

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.

"(Perkataan dalang) diulang berkali-kali," ujar peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya.

Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam insiden yang mengakibatkan dua anggota keselamatan negara terbunuh.

Laporan palsu: Tian Chua mahu saman blog pro Umno

[KD] KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua memberi amaran kepada Cybertroopers Umno supaya menghentikan laporan fitnah ke atas beliau berhubung insiden Lahad Datu atau berdepan saman.

Katanya, ia ekoran tragedi itu dimanipulasi pihak terbabit yang sengaja dibuat untuk mengancamnya, bagi menjana kebencian terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beliau.

“Saya akan mengambil tindakan termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang reka fitnah dan berniat untuk mengancam saya.

“Blog pro BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomosengaja melemparkan fitnah terhadap saya.

“Selain berita palsu, mereka juga mendesak pembaca terutamanya anggota polis dan askar untuk menghantar SMS maki-hamum serta panggilan bantahan kepada saya,” katanya pada kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tian berkata, laporan blog pro Umno itu jelas palsu kerana menyiarkan berita menuduh beliau kononnya menghina anggota keselamatan yang terbunuh dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu.

“Semalam beberapa blog pro BN menyiarkan berita palsu bahawa saya telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah ‘Komando Mati Katak’ di satu ceramah di Puchong.

“Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.

“Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya,” kata Tian.

“Jangan percaya kepada propaganda jahat ini. Kini rakyat harus bersatu dan menyatakan setiakawan kepada anggota keselamatan, bukan memainkan taktik politik murahan untuk memburukkan parti lawan,” katanya.



P/s: Langkah yang paling bijak. Tindakan saman perlu diambil kerana penulisan blog dan akhbar jelas berunsur fitnah dan boleh mempengaruhi orang ramai yang tidak mendapat maklumat alternatif.

Saman sampai terburai!




No comments:

Post a Comment