Beberapa blog melaporkan pautan berita yang menyiarkan kenyataan Nur Misuari yang mendakwa Najib ada berjanji dengan adik Sultan Sulu sebuah penempatan di Sabah kini sudah dipadam. Portal Manila Bulletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyebut hal itu dalam berita yang bertajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia” pada 21 Febuari lalu.
Berita itu melaporkan Nur Misuari mendapat tahu adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram dijanjikan sebuah penempatan di Sabah. Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar untuk menuntut janji itu dan beliau meminta perkara ini diselesaikan secara aman.
Menurut blog Ekeleh berita panas tersebut telah dipadam oleh mb.com.ph. Hanya paparan di bawah disiarkan apabila kita cuba mengakses berita tersebut.
Pautan berita: http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTPmnDdmzl5
Siapa yang mengarahkan portal itu memadamkan berita tersebut?
Walaupun sudah dipadam, paparan berita itu kini sudah tersebar secara meluas di blog dan di media sosial. Rakyat mula mempersoal kesahihan berita itu, tatkala kerajaan dan media perdana menyerang Anwar Ibrahim dengan menuduhnya sebagai dalang pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu.
Setakat ini tiada respons yang diberikan oleh pihak PM. Manakala Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan untuk menyaman Utusan dan TV3 sebanyak RM200 juta jika kedua-dua media pro-UMNO itu tidak memohon maaf dalam masa 24 jam. -DCM
No comments:
Post a Comment