Sunday, March 3, 2013

Empat Pegawai Malaysia Ditawan, Mayat Anggota Polis Masih Belum Dibawa Keluar


[TMI] KUALA LUMPUR— Empat pegawai Malaysia didakwa telah tawan oleh Militan Muslim Filipina yang menuntut Sabah, lapor stesen radio Filipina hari ini.

Sejam sebelum itu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh militan Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di negeri Borneo itu yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua suspek militan.

Militan yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor syesen radio Filipina dzBB Divine Caraecle.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar) sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

“Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu,” katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

“Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya.”

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.



Berkaitan:

Polis Masih Cuba Bawa Keluar Anggota yang Gugur

[MK] Pasukan keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian pada malam semalam di Semporna.

Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pertentangan di antara pasukan keselamatan kita dengan kumpulan bersenjata tersebut, dianggarkan kurang dari 10 orang, masih berlarutan di Kampung Sri Jaya Simunul.

Katanya, polis menjalankan usaha untuk membawa keluar mayat berkenaan daripada perkampungan yang terdiri daripada rangkaian rumah di atas air itu.

Bercakap dalam sidang media di Lahad Datu hari ini, beliau berkata operasi tersebut berbahaya jika dilakukan pada waktu malam.

Hamzah ketika diminta menjelaskan berkata, sebahagian daripada mayat berkenaan telah dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.

Ditanya sekiranya penduduk kampung itu juga terkorban, Hamzah berkata beliau tidak dapat memastikan perkara itu.

Tambahnya, polis juga hanya akan dapat memastikan keadaan mayat anggota berkenaan selepas bedah siasat.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pagi ini berkata lima anggota polis terbunuh akibat serang hendap selepas memasuki kampung berkenaan susulan dakwaan terdapat individu membawa senjata di kampung tersebut.

Hamzah berkata polis sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata tersebut baru tiba atau sudah lama menetap di situ.


P/s: Macam-macam persoalan yang boleh kita bangkitkan daripada berita di atas. 
TM sudah letih menaip.




No comments:

Post a Comment