Saturday, March 9, 2013

[PANAS] Seorang Lagi "Saiful Bukhari" Muncul, Adakah Budak Ini Juga Akan Mengaku Diliwat?


Mohd Fareez Kamal Intidzam menulis surat kepada Presiden PAS, TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu. Baca laporan FMT.

Menurut FMT, surat yang ditulis tangan oleh Fareez antaranya mendakwa bahawa dia ‘rapat’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kononnya menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar berasa cemburu akan hubungan mereka.

Dalam surat itu, Fareez mendakwa Anwar melantiknya sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak tahun 2008 kononnya kerana hubungan yang rapat tersebut. Selain itu, Fareez juga mendakwa pernah menjadi Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Surat yang dihantar kepada Presiden PAS itu kononnya mahu meminta campur tangan TG Hadi Awang agar menasihati Wan Azizah supaya berundur daripada parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Dakwa Fareez  pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya daripada sikap negatif Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.

Berikutan penulisan surat itu, Fareez membuat laporan polis kononnya bimbang dia akan menerima ancaman keselamatan daripada pengikut-pengikut Presiden PKR.


Selain itu, kenyataan Fareez juga sudah menjadi modal politik terbaharu pencacai dalam Buletin Utama TV3 malam tadi.  Sambil mengakui dirinya sebagai penulis surat tersebut, Fareez mengulangi dakwaannya bahawa ancaman keselamatan terhadap dirinya datang daripada pengikut setia Wan Azizah.

“Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 malam tadi.

Fareez turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu akan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim. -DCM/FMT/OutSyedthebox



P/s: Budak ini dilantik menjadi pegawai PKR pada usia 19 tahun???

Cuba fikir tujuan dia menulis surat kepada TG Hadi Awang. Langsung tidak berasas. Apa relevannya?

Boleh jadi, bukan tujuan (minta Wan Azizah berundur) surat itu ditulis yang mahu ditonjolkan, tetapi gambaran hubungan rapat antara Anwar dengan budak ini yang menjadi fokus utama. Hal ini demikian kerana blog pro-UMNO mula mempersoal dan membuat spekulasi tentang hubungan rapat budak ini dengan DS Anwar Ibrahim. Adakah budak ini juga akan mengaku dirinya dicabul atau diliwat oleh Anwar Ibrahim?

 Satu lagi konspirasi????

Seorang lagi musuh dalam selimut PKR. Adakah peristiwa Saiful Bukhari tidak memberikan pengajaran yang berguna kepada PKR?


Kemas Kini:

Sedikit pencerahan di sini. Benar atau tidak, nilai sendiri!


No comments:

Post a Comment