5 Anggota Polis Terbunuh
[SH] LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.
[SH] LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.
Ismail berkata, anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
P/s: Sudah 7 anggota polis terbunuh. PM dan Menteri KDN masih bangga dengan jawatan masing-masing!
Kata blogger Aspan, Malaysia tidak pernah ada kerajaan selemah sekarang. Tidak pernah lagi kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara seperti yang kita ada sekarang. Tidak juga mengalami keadaan parti pemerintah yang paling lemah dan paling mahal untuk dikekalkan. Pak Lah yang dikatakan lembab pun tidak menghadapi situasi begini.
Sudah banyak anggota polis terbunuh, Najib Tun Razak hanya memberikan kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, sama ada menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.
Sudah banyak anggota polis terbunuh, Najib Tun Razak hanya memberikan kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, sama ada menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.
Bangunlah daripada tidurlah!!!!!!
Keselamatan negara longgar, perairan negara mudah diblosi lanun, demi undi rakyat asing diberi IC sehingga mengancam keselamatan negara!
Adakah Menteri KDN masih berpegang pada kenyataan ini?
Kemas Kini
IGP: Lebih Banyak Penceroboh Mendarat di Sabah
[MK] Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.
Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.
Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.
Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Blog Apa yang Tersirat melaporkan penduduk kampung di lokasi pertempuran mula melarikan diri:
Suasana Panik Di Kg Seri Jaya Simunul Semporna
Kenderaan awam beratur panjang untuk mengisi petrol sebelum meninggalkan bandar Semporna ekoran kejadian tembakan di perkampungan air Simunul pada Sabtu
Sidang Media KPN
PENDUDUK mula meninggalkan kg Seri jaya Simunul, dimana berlakunya serangan hendap terhadap pasukan polis semalam yang mengakibatkan 5 anggota terkorban dan dua penjanyah mati ditembak.
Dalam perkembangan lain, tiga penceroboh berjaya ditangkap di Kg Tanduo ketika cuba keluar daripada kampung itu.
Di Kunak pula daerah jiran Lahad Datu dan semporna dikesan 10 penceroboh dan tiga orang bersenjata. Pihak polis sedang memburuh mereka.
Penduduk: Polis Kawal Ketat Jalan ke Semporna
[MK] Penduduk sekitar Semporna, Sabah berkata polis meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan susulan serangan hendap yang mengorbankan dua orang anggota keselamatan pada malam tadi.
Seorang penduduk bandar Semporna yang dihubungi Malaysiakiniberkata jalan menuju ke kawasan berkenaan kini dikawal ketat pasukan keselematan yang menyekat lalu lintas.
Beliau berhasrat untuk pulang ke Semporna dari Lahad Datu namun membatalkan hasrat itu atas nasihat pasukan keselamatan, kata surirumah tersebut, yang menambah beliau kemudiannya terpaksa berpatah balik ke Lahad Datu pada malam tadi.
Wanita berkenaan, 40-an, berkata beliau kini bimbang memandangkan pihak yang bertempur dengan pihak keselamatan Malaysia itu masih tidak dikenalpasti.
“Kami bimbang ini adalah kerja kumpulan yang sama (dengan penceroboh Lahad Datu),” katanya ketika dihubungi melalui Facebook pada malam tadi.
Sementara itu, seorang pekerja penghantar barang ketika dihubungi berkata beliau juga dihalang di satu sekatan jalan raya apabila cuba memasuki Semporna pagi ini.
“Kenderaan di dalam tak boleh keluar, kenderaan di luar tak boleh masuk. Tapi boleh masuk kalau jalan kaki (tidak menggunakan kenderaan),” kata lelaki tersebut, 44 tahun, ketika dihubungi.
FB Malaysia Update: TERKINI dari Semporna Org ramai mengosongkan rumah mereka. perlukan bantuan di sabah...!!! aku xperlu gurau ttg semporna sekarang - mmg kmi tgh sitting duck - panik - dan mcm2 lagi - dimana pertahanan malaysia - tlg jgn bg alasan - km nk tggu kmi semua mati ke baru nk hntr bantuan? sudahlah sng2 penceroboh masuk ikut jln air. |
No comments:
Post a Comment