Friday, April 26, 2013

[Gambar] Gambar Lautan Manusia Bikin Tengku Adnan, Najib, Muhyyidin Tidak Tidur Malam



Ceramah TG Nik Aziz dan pimpinan yang lain di Presint 3, Putrajaya 27/4.







Foto: FB, kredit kepada empunya gambar

[Panas] Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim PALING Layak Jadi PM



[KD] LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.


Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.

Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.

Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:

“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.

Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu.”


Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.

(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)



P/s: Esok lusa Zul Nordin kata surat ini palsu.


[Gambar Panas] Bahana Manifesto Copy & Paste, Kantoi Tahap Maksimum



Menipu, Meniru dan Tak Cerdik. Lengkap dalam 1 gambar.

1. Menipu : Yang beri air percuma kerajaan PR, yang claim menepati janji mereka? gilakah?

2. Meniru : Manifesto Copy & Paste 

3. Tak Cerdik : Yang suka meniru ni selalunya orang yang tak cerdik, PR beri 20 meter padu. 20 liter nak buat mandi pun tak lepas.


P/s: Lawak betul!!!!


[Video & Gambar] Warga Putrajaya Serbu TG Nik Aziz & Husam Selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Putrajaya




Sumber gambar: Blog Omakkau

Sebaik-baik sahaja mengetahui kehadiran TG Nik Aziz dan Datuk Husam, warga Putrajaya yang menunaikan solat Jumaat (26/4) di Masjid Besi, Putrajaya terus menyerbu ke arah kedua-dua pemimpin ini untuk bersalaman.

Apa khabar Tengku Adnan, adakah Husam akan hilang wang deposit? -DCM



Gambar FB:










Kredit kepada empunya gambar.

Thursday, April 25, 2013

Dr Asri NAFI Sokong Calon BN Permatang Pauh, Media BN Terdesak!!!










[Panas] Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II DIBUNUH!



[SH] PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.

Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia.


P/s: Menurut laporan MK, mangsa ditembak tiga das di leher dan di kepala.



BN Bakal Menang di Kota Damansara! Gara-gara...


Pas tetap tanding Kota Damansara, sifatkan PSM lupa daratan

Ridzuan (dua, kiri) bertemu dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi di sekitar Subang Perdana, semalam.

[SH] PETALING JAYA – Pas Kawasan Subang menyifatkan tuduhan dilemparkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya parti itu menceroboh kerusi Dun Kota Damansara sebagai melampau.

Timbalan Yang Dipertuanya, Roslan Abu Bakar berkata, kenyataan dan tuduhan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pengerusi parti.

Menurutnya, PSM kini dilihat seolah-olah ‘lupa daratan’ dan asal usulnya sebelum ini.

“PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

"PSM harus ingat ketika itu Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun itu, jadi saya harap Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim boleh cuba ingat-ingatkan kembali tentang sejarah ini,” katanya ketika mengulas mengenai tindakan PSM melabel Pas penceroboh seperti yang disiarkan akhbar ini semalam.

Roslan berkata, sebelum kawasan Dun Kota Damansara dipecahkan menjadi sebahagian Parlimen Subang, Pas sudah bekerja dan bertanding di kawasan itu mewakili Dun Paya Jaras dan Dun Bukit Lanjan.

“Kami ada mandat dari pucuk pimpinan, jadi PSM harus memahami hakikat bahawa Pas tetap akan bertanding di kawasan Dun ini atas permintaan pengundi dan kajian yang dilakukan sebelum ini demi kemenangan Pakatan Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu calon Pas Kota Damansara, Ridzuan Ismail, 34, berkata, sejak lima hari berkempen, beliau sudah turun ke hampir semua kawasan di Dun itu.

Beliau ketika ditemui di Subang Perdana semalam berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kota Damansara jika diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di situ.

“Banyak perkara akan saya beri perhatian terutama melibatkan isu kebajikan dan menyelesaikan masalah infrastruktur seperti jalan berlubang serta kemudahan awam yang perlu dipertingkatkan atas permintaan penduduk di sini,” katanya.



P/s: Kebimbangan banyak pihak sekarang ialah dakwaan undi pos dilakukan lebih awal dan khabarnya tanpa pemantauan pihak yang sepatutnya. Ada juga khabar, segerombolan pendatang asing akan diangkut dari lapangan terbang untuk mengundi. Jumlahnya pula dikatakan besar dan mampu menggugat kerusi yang dimenangi PR sebelum ini. Khabarnya, Selangor merupakan salah satu negeri sasaran. Kita yang mengharapkan PRU kali ini bersih mengharapkan semua khabar tadi hanyalah khabar semata-mata.

Sudahlah menjadi sasaran BN, segelintir pemimpin bawahan PR di Selangor mula bertindak merugikan PR dan rakyat. Selama 5 tahun mereka berpeluang berbincang tentang kerusi dan muafakat, namun sehingga di ambang PRU13 masih bergaduh berebutkan kerusi. 

Jika perkembangan di KD ini masih begini, TM yakin KD bakal dikuasai oleh BN semula. Tambah-tambah, kertas undi PRU kali ini tidak membuang nama calon yang telah menarik diri, kononnya hal itu telah dipersetujui sebelum ini, walaupun banyak orang yang beranggapan bahawa tindakan itu ada kaitan dengan isu yang mula diperkatakan oleh warga laman sosial dan laman sesawang ketika ini.


Kaji Selidik: Pengundi Mahu Anwar Jadi PM, Anwar Bersara Jika PR Tewas!


Media Thailand melaporkan kajian tersebut. Media perdana Malaysia???

Umcedel: Pengundi Cenderung Pilih Anwar Jadi PM

[SH] KUALA LUMPUR - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Baki adalah mereka yang tidak pasti pendirian.

"Populariti Anwar ini meningkat apabila beliau memulakan siri jelajah ke seluruh negara," ujar beliau.
Menurut hasil kajian itu lagi katanya, 54 peratus daripada pengundi Melayu turut memilih Anwar sebagai perdana menteri manakala 34 peratus pula memilih Najib.

Anwar turut popular di kalangan pengundi kali pertama yang cenderung memilih beliau sebagai perdana menteri.

Berdasarkan hasil kajian yang membabitkan pelbagai latar belakang umur, kaum, pekerjaan dan pendidikan itu di Semenanjung Malaysia, Najib mengungguli aspek pemimpin yang rapat dan mesra pengundi atau rakyat.

Sementara kajian membabitkan manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pula menunjukkan kecenderungan pengundi lebih kepada manifesto pembangkang.

"Manifesto yang diterima rakyat, BN 38 peratus, PR 42 peratus sementara 22 peratus tidak pasti," kata Mohammad Redzuan.

Kajian itu juga menunjukkan 61 peratus pengundi Cina percaya kepada manifesto PR.

Kajian Umcedel turut meliputi sama ada isu politik semasa seperti video seks turut mempengaruhi pengundi untuk memilih mana-mana parti politik menunjukkan 62 peratus daripada mereka merasakan ia tidak memberi sebarang kesan.

Sebanyak 11 peratus menyatakan "ya" manakala 27 peratus lagi mengatakan "tidak pasti" sama ada ia memberi kesan atau mempengaruhi mereka.

Kajian juga menunjukkan 39 peratus mengatakan video seks ini adalah propaganda Umno sebagai gimik pilihan raya, 22 peratus mengatakan tidak, sementara 39 peratus lagi tidak pasti.

"Kajian terbaru kita menunjukkan pengundi Cina sudah membuat pilihan berbanding orang Melayu," katanya.

Menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini sebagai sengit, kedua-dua parti popular, BN dan PR katanya, hanya dipisahkan oleh lima peratus dan 10 hari yang terakhir ini adalah peluang untuk merebut hati pengundi.

"Peratusan pengundi atas pagar telah menurun daripada 21 peratus pada Mac kepada sembilan peratus pada bulan ini.

"Kita lihat pengundi Cina, yang sebelum ini majoriti pengundi atas pagar, sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka undi," ujar beliau.

Namun katanya, hari-hari terakhir akan memberikan impak besar sama seperti pada Mac 2008.

"Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, apa-apa pun boleh berlaku. Dalam 10 hari ini macam-macam boleh berlaku," kata beliau.



Anwar Tetap Akan Bersara Jika Pakatan Tewas

[MK] Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.

Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.

Anwar, kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan rasuah.

Mahkamah mengenepikan sabitan kesalahan untuk kesalahan liwat itu.


PILIHAN DI TANGAN ANDA! 
UBAH SEKARANG ATAU KEKAL BAWAH BN SAMPAI BILA-BILA!


Undi Awal: Anggota Polis, SPR Lapor Polis Blog PR. Siapa Nak Jawab Gambar Ini Pula??

Gambar yang mencetuskan kontroversi.

Anggota PDRM, SPR Buat Laporan Polis Berhubung Dakwaan Undi Awal

[Bernama] KUALA LUMPUR: Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog 'milosuam.blogspot.com' yang menyebarkan dakwaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya petang Rabu.

"(Laporan blog itu) menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada 23 April adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurut Ramli kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

Ramli berkata kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 274 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 906 laporan.

Beliau juga memberitahu 1,410 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (591), perjumpaan dan mesyuarat (166), kunjungan rumah ke rumah (100), kempen (332) dan lain-lain sebanyak 221.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 25 dengan tiga tangkapan dibuat semalam melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya. 


P/s: Bagaimana pula dengan pengakuan anggota PGA ini? Bagaimana dengan gambar ini?

Sumber gambar di sini

 Gambar-gambar lain di sini?

KANTOI!!!





Wednesday, April 24, 2013

[Gambar] Lagi Dakwaan Undi Pos Dijalankan Lebih Awal



Untuk pengetahuan semua, tarikh pengundian awal sepatutnya dijalankan pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Bagaimana anggota PGA ini boleh mengundi lebih awal? Namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar gambar ini diambil. Untuk pendedahan lanjut, sila baca sumber gambar di sini.

Kalau kita rujuk di media, SPR dilaporkan akan membuat laporan polis agar pihak yang memuatnaikkan gambar kertas undi dikenakan tindakan. Sepatutnya, sebagai sebuah agensi yang bebas, berkredibiliti, dan berakauntabiliti, SPR perlu menjelaskan hal itu secara terbuka dan terperinci, namun tindakannya itu seolah-olah menakut-nakutkan orang ramai yang membuat pendedahan tentang hal ini. -DCM






[Gambar] Bukti BN Memangsakan Budak Sekolah untuk Tujuan Politik

Murid-murid menyambut bekas Timbalan ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu.







[Gambar] Video Psy Mengandungi Unsur Porno, Namun Itulah yang Dipuja


[MD] Meskipun video klip Psy berjudul Gentleman dihujani pujian, video lagu terbarunya itu juga turut di kritik. Seorang profesor bernama Jung Hee Jun menganggap video klip yang sudah ditonton 200 juta kali di YouTube itu mengandung unsur pornografi.

Profesor tersebut mengutarakan pendapatnya dengan menulis artikel berjudul 'PSY’s Pornographic Hallyu, Are You Proud of It?' Lantas artikel berkenaan mendapatkan banyak komen negatif.

"Kebudayaan lebih kuat daripada pistol atau senjata. Jika Psy mempunyai kebebasan untuk bereskpresi, saya juga begitu," ujarnya di program radio CBS 'Kim Hyun Jeong's News Show', baru-baru ini.

Hee Jun berkata, beliau sebenarnya tidak kisah jika aksi hubungan lelaki dan wanita diekspresikan dengan cara yang sangat intim dan menghairahkan. Tetapi yang menjadi masalah, apabila para wanita terang-terangan menjadi objek seksual dalam video klip itu.

"Video klip tersebut sangat memalukan untuk ditonton dengan keluarga. Saya tidak mahu anak saya yang duduk di sekolah SMP menonton video klip tersebut," tuturnya.

"Saya rasa negara kita (Korea Selatan) ini lucu. Masyarakat tergila-gila dengan video klip pornografi Psy dan media terus menerus memberitakan berapa kali video klip itu ditonton. Seolah-olah kita sebuah bangsa yang hanya berfikir harga diri bergantung pada carta Billboard," kritik Hee Jun.




P/s: TM tidak pernah menyukainya. TM juga menghalang anak-anak daripada menonton atau menyukainya. Malangnya, penyanyi Korea ini pernah menjadi modal politik di Malaysia baru-baru ini.




Pelajar Indonesia Persenda SOLAT Berdepan Hukuman Penjara



[HM] Tolitoli (Indonesia): Lima gadis belasan tahun dituduh menghina Islam dan berdepan dengan hukuman penjara selepas merakam video yang menggabungkan solat dengan tarian lagu kumpulan Maroon 5.

Kelima-lima pelajar itu dibuang sekolah di Tolitoli, Sulawesi dan dilapor kepada polis selepas video mereka menari mengikut rentak lagu kumpulan itu ‘One More Night’ tersebar di Internet.

Ia adalah kes menghina Islam terbaru di negara yang paling ramai penduduk Islam di dunia itu hingga mendorong kumpulan hak asasi menggesa supaya undang-undang mengenainya dipinda dengan mendakwa ia ketinggalan zaman dan disalah guna.

Dalam video lima minit itu, pelajar terbabit memakai pakaian sukan, bersolat dan diselang-seli dengan tarian.

Beberapa versi video itu di YouTube sudah ditonton lebih 500,000 kali.

Puluhan anggota Front Pembela Islam menunjuk perasaan di luar balai polis tempatan membantah tindakan pelajar terbabit, kelmarin.

Sekolah berkenaan membuat laporan polis berhubung video itu yang dimuat naik ke Internet Mac lalu dan mereka disiasat atas tuduhan disyaki menghina Islam.

“Pihak sekolah dan anggota masyarakat kecewa dengan video berkenaan dan merasakan ia menghina Islam. Kami akan mengesyorkan mereka didakwa di mahkamah sekiranya berpendapat ia serius selepas menyiasatnya,,” kata Ketua Polis Tolitoli, Rudi Mulyanto.

Menurutnya, kelima-lima pelajar itu yang tidak ditahan ketika ini, boleh dihukum penjara jika sabit kesalahan tetapi tidak pasti tempoh yang mungkin dihadapi mereka. - AFP


Videonya boleh ditonton di sini.


Mengapa Banyak Pemimpin Pakatan Rakyat Jadi KURANG CERDIK Tatkala PRU13 Semakin Hampir?


TM malas nak komen lebih-lebih kerana situasi ini sepatutnya tidak terjadi tatkala PRU13 semakin hampir. Malah, sudah banyak blogger dan penyokong PR membangkitkan hal ini. Bermula dengan dakwaan Presiden PAS (siapa yang bagi nasihat berunsur fitnah ini?) calon PKR terlibat mengedar pil kuda dan menggantung gambar tokoh komunis, kemudian berebut kerusi, kini sindrom kurang cerdik pemimpin PR semakin menjadi-jadi. 

Tidak bolehkah mereka bertelagah selepas PRU 13? Yang peliknya, pertelagahan itu memang sudah berlaku sebelum ini dan mereka mengambil pendekatan untuk bersetuju dan tidak bersetuju.  Jadi, apa masalahnya lagi? Malah ada isu yang tidak patut dikomen atau diulas tetapi masih ada pemimpin yang gatal mulut untuk mengulasnya dan akhirnya menjadi bahan kempen BN. 

Janganlah ranapkan impian rakyat untuk menumbangkan BN. Rakyat begitu terharu apabila DAP yang dizalimi pihak tertentu mendapat sokongan PAS dan PKR yang membenarkan parti itu menggunakan logo parti masing-masing. Menyedari sentimen rakyat yang semakin kuat menolak BN, akhirnya DAP dibenarkan menggunakan logo Roket dalam PRU kali ini. Peristiwa itu juga membuktikan bahawa PR mampu mewujudkan pakatan yang kukuh.

Ketika rakyat begitu bersemangat untuk menguburkan BN, pemimpin PR pula menimbulkan pelbagai polemik yang sebelum ini sudah dibincangkan sesama mereka. Pesan kami rakyat marhaen: Tolonglah bergaduh selepas BN dikuburkan! -DCM


Cuba baca:








[Video] Marilah Tengok Orang Politik Paling Bongkak Bercakap





P/s: Adui!!!!

Selepas 5 Mei, anda fikirlah nak cakap apa pada malaon ini!!!


Tuesday, April 23, 2013

Lelaki Rogol Anak Kandung, Beri Pil Perancang



[SH] KUALA PILAH - Ibarat haruan makan anak, itu tindakan seorang lelaki yang tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak 2011 hingga 4 April 2013.

Lebih menjijikkan bapa berusia 46 tahun itu dikatakan sanggup memberi mangsa ubat perancang kehamilan sebelum mangsa didatangi haid dan melakukan hubungan kelamin bagi mengelak mangsa hamil.

Bagaimanapun insiden itu terbongkar selepas mangsa, yang berusia 14 tahun menceritakan kejadian menimpanya itu kepada rakan sekolah sehingga sampai ke pengetahuan guru sekolah berkenaan.

Atas tindakan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah (IPD) pada 8 April lalu ditemani oleh pihak sekolah.

Mangsa merupakan anak keempat dari tujuh beradik itu nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perangai bapa kandung yang dipercayai merogolnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, remaja terbabit mendakwa dirogol sejak 2011 sehingga April lalu.

“Bertindak atas maklumat, suspek yang berusia 46 tahun berjaya ditahan di rumah ibunya di Kampung Ibol pada 19 April 2013. Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman tujuh hari sehingga 26 April ini.

“Polis difahamkan, suspek menetap di Kampung Ulu Bendul bersama isteri dan anak-anaknya. Kemudian melakukan perbuatan terkutuk di rumah ibunya di Kampung Ibol di bilik stor bawah rumah. Memilih tempat itu kerana tiada orang di situ dan ibu suspek uzur,” katanya.

Azmi berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk menjalani pemeriksaan.

“Pihak polis masih lagi menjalani siasatan lebih terperinci dan mangsa bersekolah seperti biasa.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 , Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan,” katanya.

Difahamkan, suspek mempunyai memiliki lima anak perempuan dan dua lelaki.



MCA Pancing Undi dengan Menghina Islam, UMNO Berdiam Diri



[RK] GELANG PATAH 23 APRIL: Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan politik menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam.

Katanya, UMNO tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan Islam dihina rakan sendiri dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang cuba memancing undi dengan menghina Islam.

Katanya, inilah kerjasama UMNO dan MCA dalam BN yang sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia dengan memainkan sentimen perkauman dan agama.

“MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam.

“Manakala UMNO pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam iklan The Star pada muka surat 25, hari ini bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.

Dalam satu lagi iklan The Star pada muka surat 27, bertajuk “DAP’s UBAH will turn Johor into another Kelantan”, MCA menuduh bahawa kempen UBAH DAP-Pakatan Rakyat akan menjadikan Johor seperti Kelantan.

Menurut Kit Siang, apa yang dimaksudkan MCA adalah ekonomi Johor akan terjejas, industri pelancongan akan berkurangan dan akan mengalami masalah HIV, penagihan dadah, rogol dan air kotor seperti di Kelantan.
Katanya, MCA juga menuduh kualiti hidup rakyat Johor akan terjejas kerana DAP akan bersekongkol dengan PAS untuk menutup pusat hiburan sedangkan dakwaan itu berpunca daripada laporan akhbar yang dikuasai MCA dan BN sendiri.

“Apa yang MCA dan BN cuba sampaikan ialah kerajaan Kelantan pimpinan orang Melayu yang berteraskan Islam dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan akan menjadi Malaysia negara mundur.

“Tetapi MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum. Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah UMNO-BN,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Kit Siang yakin pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, akan menolak kempen politik kotor yang dilakukan BN itu.

“Inilah kempen kotor dan kolot BN yang mahu menakutkan pengundi Cina dengan mengutuk PAS dan DAP melalui dakwaan yang tidak berasas.

“Malah, kutukan itu secara langsung dan tidak langsung telah menghina Islam. UMNO yang mengaku wira Islam sepatutnya berani meminta MCA menghentikan kempen yang bersifat menghasut dan fitnah itu,” tambahnya.

Kit Siang berkata, DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan terbabit dengan kempen kotor seperti itu kerana DAP berterus terang, apa yang diucapkan di hadapan pengundi Cina adalah sama dengan apa yang diucapkan kepada pengundi Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain.

Menurutnya, DAP, PAS dan PKR amalkan politik bersih, telus dan sopan, tidak memfitnah, tidak pukul orang, hormati hak asasi manusia dan kebebasan insan.

“Inilah amalan Pakatan Rakyat. Ubah! Ini kalilah!” katanya.-Roketkini.com





[Video] Ucapan Sulung Tan Sri Muhammad Mohd Taib di Pentas Politik PAS, Lihatlah Sambutannya!



http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/44373_480210445384466_1333240052_n.jpg



Macam Tidak Percaya, Utusan Lapor PERKARA BENAR!!!



P/s: Memang benar Melayu, Cina, dan India yang mengundi UMNO, MCA, Gerakan, MIC, dan sekutu TIDAK CERDIK.

Editor Utusan perlu berhati-hati kerana artikel ini tidak akan membangkitkan kemarahan, tetapi menyedarkan majoriti rakyat Malaysia!



UMNO Tayang Video Lucah Fitnah untuk Kempen PRU13???


Ketua Pemuda BN Terengganu: 'Henti tayang video lucah'

[SH] KUALA TERENGGANU – “Jika saya dapati ada berlaku perkara ini, memang sewajarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pimpinan akan beri arahan supaya hentikan.”

Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya.

Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung. 

Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang.

“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku,”
katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menjelaskan tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu.

Beliau turut mengakui tidak tahu menahu mengenai sebarang tayangan video sedemikian dan menganggap tindakan penayangan secara terbuka tidak mungkin dilakukan BN.

“Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menayangkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh nak kata apa tetapi dalam ceramah atau secara terbuka tidak mungkin.

“Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menimbulkan masalah terutamanya dari sudut kesalahan atau dari sudut keselamatan yang kalau menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang. Tidak mungkin kita buat sesuatu yang menyalahi peraturan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, arahan penayangan video berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan BN untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak lawan.

“Memang kita tidak pernah keluarkan arahan. Saya sendiri tidak pernah melihat video berkenaan, jadi macam mana kita terfikir untuk tayang. Kalau benar sekalipun, ia boleh mengaibkan seseorang, Islam pun mengharamkan membuka aib orang,” katanya.

Pak Haji dan Mak Haji terpaksa berahi menonton video lucah fitnah tajaan UMCO!

P/s: Khabarnya, video fitnah Anwar Ibrahim turut ditayangkan kepada masyarakat. Lahanatlah mereka yang berbuat demikian!