Showing posts with label penipuan. Show all posts
Showing posts with label penipuan. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Undi Awal: Anggota Polis, SPR Lapor Polis Blog PR. Siapa Nak Jawab Gambar Ini Pula??

Gambar yang mencetuskan kontroversi.

Anggota PDRM, SPR Buat Laporan Polis Berhubung Dakwaan Undi Awal

[Bernama] KUALA LUMPUR: Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog 'milosuam.blogspot.com' yang menyebarkan dakwaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya petang Rabu.

"(Laporan blog itu) menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada 23 April adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurut Ramli kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

Ramli berkata kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 274 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 906 laporan.

Beliau juga memberitahu 1,410 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (591), perjumpaan dan mesyuarat (166), kunjungan rumah ke rumah (100), kempen (332) dan lain-lain sebanyak 221.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 25 dengan tiga tangkapan dibuat semalam melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya. 


P/s: Bagaimana pula dengan pengakuan anggota PGA ini? Bagaimana dengan gambar ini?

Sumber gambar di sini

 Gambar-gambar lain di sini?

KANTOI!!!





Wednesday, April 24, 2013

[Gambar] Lagi Dakwaan Undi Pos Dijalankan Lebih Awal



Untuk pengetahuan semua, tarikh pengundian awal sepatutnya dijalankan pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Bagaimana anggota PGA ini boleh mengundi lebih awal? Namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar gambar ini diambil. Untuk pendedahan lanjut, sila baca sumber gambar di sini.

Kalau kita rujuk di media, SPR dilaporkan akan membuat laporan polis agar pihak yang memuatnaikkan gambar kertas undi dikenakan tindakan. Sepatutnya, sebagai sebuah agensi yang bebas, berkredibiliti, dan berakauntabiliti, SPR perlu menjelaskan hal itu secara terbuka dan terperinci, namun tindakannya itu seolah-olah menakut-nakutkan orang ramai yang membuat pendedahan tentang hal ini. -DCM






Tuesday, April 23, 2013

[PANAS] Polis Sudah Mengundi Pos? Tanpa Pantauan SPR? Sebelum Tarikh Pengundian? TOLONG SIASAT!


Kata pemberi maklumat:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yang ada 

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi 

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi 

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. tiada tmpat khas utk mengundi!!

Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2.. 

Lanjut di sini.


P/s: Tulen atau rekayasa? 

Pihak SPR dan polis perlu menjawab dakwaan ini. Rakyat mahu mendengar penjelasan berkaitan dengan dakwaan pihak di atas.   

Kalau benar, lahanatlah mereka yang terlibat. Pemimpin PR dan NGO yang berkaitan perlu memulakan langkah untuk membongkarkan penipuan ini.


Kemas Kini:

Baru-baru ini SPR mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan mencetak kertas undi baharu walaupun ada calon yang akan menarik diri, kononnya selari dengan pemansuhan tempoh bertenang. Adakah tindakan itu ada kaitan dengan dakwaan yang kini tersebar di laman sosial??? 

Kertas undi PRU13 yang tersebar di FB:

Tulen atau rekayasa??



Berkaitan:

Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira

[Mstar] PETALING JAYA: Calon yang ingin tarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini boleh berhenti berkempen.

Namun, nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata calon tidak lagi diberikan masa untuk tarik diri selepas tiga hari penamaan calon secara rasmi agar nama mereka tidak dicetak pada kertas undi.

Ini berikutan dengan pemansuhan ‘tempoh bertenang’ beberapa tahun lalu, selepas Parlimen meluluskannya bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan.

“Oleh itu, kami mengambil berat kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa beberapa ahli partinya menarik diri daripada bertanding ekoran masalah dalaman parti.

“Mengikut undang-undang, senarai nama calon yang telah diterima pada hari penaamaan calon akan kekal dicetak pada kertas undi dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi pada Isnin.



Kemas Kini:







Thursday, February 14, 2013

[Video] Pencacai Sunting Video "Are you ready for BN?"



Malu Punca Pengampu Najib Sunting Video Gangnam Style

[KD] KUALA LUMPUR 14 FEB: Pengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.

Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.

Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut ‘No’ sebanyak tiga kali.

Paparan gambar ketika sebutan ‘Yes’ juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat.

“Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku.


Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal,” katanya kepadaKeadilan Daily.

Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal.

“Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka,” katanya.

Video yang disunting pengampu Umno, KLIK INI.


Video asal tanpa sebarang suntingan, KLIK INI & SINI.


P/s: Aduhai, kasihan pencacai BN! Apabila Psy tidak muncul di atas pentas untuk menggaul Yee Sang, mereka dakwa keselamatan Psy diancam. Kasihan pencacai!


Friday, January 25, 2013

1Rumah Terima 28 Surat BN, Bukti Wujud Usaha Rampas Selangor Guna Taktik Kotor???



[MK] Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.


ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri dalam gambar) yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang didaftarkan di alamat tersebut.


"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.

Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".

"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal."



"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.

Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".

"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal."



P/s: Setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, sepandai-pandai mereka menipu, akhirnya kantoi juga???



Respons BN:

BN akui kesilapan, akan hantar semula surat Selamat Tahun Baru

[SH] SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol ‘Sayangi Selangor’ kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar.

“Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini.

“Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Shukor yang juga Adun Kuang turut menjelaskan bahawa kesilapan teknikal seperti ini hanyalah kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk mengaburi atau mengelirukan pengundi seperti didakwa.

“BN Selangor memohon maaf kepada pengundi-pengundi terbabit atas kesilapan yang berlaku. Kami akan menghantar semula surat pembetulan dan permohonan maaf dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung dakwaan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menggesa BN Selangor menghentikan tindakan mengelirukan rakyat dengan menukarkan tempat mengundi pengundi sesuka hati untuk kepentingan parti mereka.

Dr Halimah dalam kenyataannya mendakwa, terdapat tiga pengundi dari Dun Selat Klang yang menghantar surat aduan kepadanya yang menyatakan Dun dan Parlimen mengundi mereka ditukar ke kawasan lain pada surat Selamat Tahun Baru dengan simbol ‘Sayangi Selangor’ daripada BN Selangor yang diterima mereka.

P/s: Tersilap....hahaha!


Wednesday, January 2, 2013

Apakah Modus Operandi "Macau Scam"? Baca Berita Ini...

 
Lelaki Nyaris Jadi Mangsa 'Macau Scam'

[BERNAMA] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang hampir menjadi mangsa sindiket penipuan melalui telefon atau 'Macau Scam' membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Hamdanawal Muhamad Sukri, 26, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, Rabu.

Menceritakan kejadian yang dialaminya, Hamdanawal berkata beliau menerima panggilan daripada 'unknown number' yang mendakwa kononnya panggilan itu daripada Pos Malaysia pada kira-kira 9.20 pagi.

"Seorang wanita meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan saya, dan dia menyatakan saya mempunyai surat daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah dipulangkan sebanyak dua kali kerana saya tiada di rumah untuk menerimanya. 
 
"Kemudian dia meminta saya untuk menunggu panggilan daripada seorang polis dan memberikan saya nombor rujukan untuk dimaklumkan kepada pegawai polis berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Hamdanawal berkata seminit kemudian beliau menerima panggilan daripada 'pegawai polis' melalui nombor +0060321460522 dengan mendakwa mangsa mempunyai hubungan dalam kes pengeluaran wang haram ke luar negara.

"Bukan itu sahaja, 'pegawai polis' itu juga mengatakan terdapat dua transaksi berlaku di atas akaun bank saya dengan jumlah yang besar iaitu RM83,000 dan RM120,000," katanya sambil menambah suspek itu mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan seorang penjenayah yang bernama Ramli Yusof.

Hamdanawal yang bekerja sebagai Ekskutif Bantuan Khidmat Pelanggan, Pemasaran Foto di Bernama, turut diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menafikan dakwaan itu.

"Apabila sampai di Bukit Aman, saya diberitahu ia merupakan satu kegiatan penipuan terancang dengan menggunakan organisasi seperti Pos Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Pada 24 Dis lepas, polis berjaya membongkar sindiket 'Macau Scam' dari China yang mengakibatkan kerugian mencecah RM5 bilion dengan menjadikan negara ini sebagai lokasi pusat panggilan mereka ekoran penahanan 51 individu dalam dua serbuan di Petaling Jaya dan Bukit Damansara. 
 
 
Berita Berkaitan:
 
Polis Perak Buru Sindiket Macau Scam

IPOH – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan satu sindiket penipuan antarabangsa yang digelar sebagai `Macau Scam’.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, sindiket terbabit didapati akan menjalankan penipuan dengan menyamar sebagai pegawai Bank Negara atau polis Hong Kong.

“Sindiket akan memaklumkan mangsa bahawa kad kredit atas nama mangsa telah digunakan di merata tempat dengan perbelanjaan yang tinggi.

“Ada juga mangsa yang dimaklumkan kononnya akaun bank mereka dikesan terlibat dalam kes jenayah di luar negara,” katanya di sini hari ini.

Shukri berkata, sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara atau polis itu akan menawarkan bantuan bagi mengelak akaun atau wang mangsa daripada dibekukan atau dirampas.

Bagaimanapun, mangsa diminta membuat pindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank yang dibekalkan oleh sindiket.

Justeru, katanya, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melayani panggilan telefon yang mengarahkan mereka memindahkan wang daripada akaun peribadi kepada akaun orang lain.

“Sepanjang Januari hingga Oktober ini sebanyak 55 kes dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM935,984 dan polis sedang mengesan sindiket terbabit,” katanya.

  
 
P/s: Hati-hati. Kalau ada sesiapa yang menelefon dan meminta butiran diri dan bank, matikan sahaja talian telefon anda. 
 
Jika ada sesiapa yang menawarkan polisi insurans dengan potongan kad kredit, berhati-hatilah kerana individu ini akan meminta nombor kad kredit ada termasuk nombor pin keselamatan. Lagi pelik, polisi yang ditawarkan itu "hebat" tetapi menetapkan bayaran serendah RM30 sebulan. Malah semua urusan yang dijalankan melalui komunikasi di telefon, tanpa perlu mengisi borang atau menandatangani borang. Jangan mudah terpesona, selidik dahulu dengan syarikat insurans berkenaan.