Wednesday, April 10, 2013

Mangsa Rogol dan Buli Bunuh Diri


[SH] OTTAWA - Seorang remaja Kanada yang didakwa menjadi mangsa rogol dan buli telah meninggal dunia minggu lalu.

Rehtaeh Parsons, 17 dimasukkan ke hospital selepas dia cuba bunuh diri dengan menggantung diri, Khamis lalu.

Menurut keluarganya, Rehtaeh telah dibuli lebih satu tahun setengah selepas serangan seksual ke atasnya bermula November 2011, ketika dia berusia 15 tahun.

Selain serangan seksual, gambarnya yang diambil semasa kejadian turut diedarkan kepada rakan-rakannya melalui internet dan ia salah satu punca remaja malang ini untuk membunuh diri.

Ibunya, Leah Parsons menulis menerusi laman sosial Facebook yang anaknya berjuang habis-habisan secara emosi  selepas siasatan polis berakhir tanpa sebarang tuduhan jenayah terhadap pelaku.

“Rehtaeh telah pergi hari ini disebabkan empat lelaki yang menyangkakan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun itu sesuatu yang OK dan sebarkan pula gambar anak saya untuk dipermain-mainkan,” ibunya menulis di Facebook.

“Jenayah buli ini mesti dipersalahkan dan keadilan turut tidak memihak kepadanya. Orang-orang inilah yang sebenarnya mengambil nyawa anak saya,” katanya.

Upacara pengebumian Rehtaeh pula bakal diadakan Sabtu ini.



No comments:

Post a Comment