Showing posts with label Muhammad Muhd Taib. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Muhd Taib. Show all posts
Tuesday, April 23, 2013
Monday, April 22, 2013
Baca Komen Hasaang Ali tentang Penyertaan Bekas MB Selangor dalam PAS
[BH] Kuala Lumpur: Ruang untuk meniupkan roh Islam seperti dimahukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, lebih luas terbuka dalam UMNO berbanding PAS yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan Islamnya.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata Muhammad yang berpengalaman dalam dunia politik patut menilai kembali keputusannya itu jika ingin menegakkan syiar Islam di negara ini.
Kemaruk kuasa
PAS sekarang adalah PAS yang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun, sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pangkalan asalnya. PAS sanggup mengikut apa saja kehendak rakan pakatannya, hatta menjual kalimah Allah untuk digunakan bukan Islam.
Di bawah kepemimpinan sekarang, saya rasa ruang meniup roh Islam terbentang luas dalam UMNO jika dibandingkan PAS yang dikuasai golongan Anwarinas atau parasit yang tidak akan membantu Muhammad merealisasikan hasrat murni itu.
Agenda mereka bukan lagi menghidupkan roh Islam, sebaliknya tunduk dengan perintah nakhoda pakatan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan jurumudinya, Karpal Sing, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Semalam, Muhammad yang juga bekas Menteri Kabinet menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disaksikan Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din.
P/s: Hasaang, Hasaaang!!!







[Gambar & Video] Sertai PAS, Dengarlah PENGAKUAN & KEINSAFAN Tan Sri Muhamad Mohd Taib
[Selangorku] KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi hari ini.
Borang keahlian diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil disaksikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
Menurut Abdul Hadi, beliau telah bertemu Muhd Taib sejak setahun lalu dan pengumuman menyertai PAS dibuat dua hari selepas hari penamaan calon bagi mengelakkan tomahan beliau bersama parti kerana ingin menjadi calon.
“Pengumuman sengaja dibuat selepas penyerahan (penamaan) calon. Saya dah jumpa setahun lalu.
“Kami di PAS mengalu-alukan penyertaan. Ini adalah sokongan dan dokongan daripada orang berpengaruh di Selangor.
“Ia juga memberikan kekuatan baru kepada PAS menghadapi PRU,” katanya ringkas pada sidang media.
Bagi Mat Taib, negara sekarang perlu mengalami perubahan ke arah roh Islam agar masyarakat terutama orang Melayu beragama Islam lebih menghayati Islam.
Jelasnya, perjuangan bersama PAS merupakan pilihan yang terbaik dan masyarakat perlu memberikan undi kepada mereka.
“Saya tidak berhajat jadi calon dan mendapatkan jawatan. Saya nak beri sokongan kepada PAS
“Saya menjadi Menteri Besar selama 11 tahun dan berkecimpung dalam politik bersama Umno sejak usia 25 tahun.
“Kini saya berusia 65 tahun. Memang benar negara maju, Selangor negeri maju sekarang dan satu perubahan mesti dilakukan.
“Pembangunan mesti ada roh, tanpa roh ianya menjadi kucar kacir.
“Saya fikir mana parti yang boleh mengisi roh. Mesti parti yang boleh memperjuangkan Islam.
“Hanya kepimpinan PAS yang boleh membawa kesedaran agama,” katanya.
Beliau menambah, Islam mesti berkembang di bandar-bandar memandangkan orang Melayu Islam ramai di bandar.
Katanya, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman turut menyambut baik penyertaan Mat Taib ke dalam PAS.
Menurut beliau, sudah pastinya sejarah lampau akan diungkit kembali oleh pihak lawan dan perkara berkenaan menjadi sebahagian lumrah perjuangan.
Berdasarkan latar belakang politik, Mat Taib merupakan mantan Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.
Beliau pernah menjadi Adun Batang Kali pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995.
Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Senator Dewan Negara dari tahun 2006 hingga 2009.
Sumber gambar HD, Selangorku |
P/s: Syabas!
Monday, April 15, 2013
Sah, Mat Taib Bekas MB yang Sertai PAS
[MK] Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.
Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.
Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.
Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).
Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.
Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.
Sunday, April 14, 2013
Bukan Tajol Rosli, Tetapi Mat Taib yang Sertai PAS??
[TMI] Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini.
Muhammad merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.
“Ya, Muhammad akan sertai kami,” kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider.
“Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini.
“Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu.”
Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi.
Berkaitan:
Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS
[HD] KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.
"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.
"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.
"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.
Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.
Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)