Beberapa hari lepas, Tengku Adnan Mansor dilaporkan mengadakan solat hajat, tahlil, dan doa selamat bersempena dengan pencalonannya di kerusi Parlimen Putrajaya menentang Datuk Husam Musa dalam PRU13. Beliau sebelum ini didakwa tidak pernah mengadakan solat hajat besar-besaran untuk menentang calon daripada parti lawan.
Selepas menunaikan solat hajat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan Kronisme". Buku yang dicurigai kesahihan kandungannya itu kononnya dapat menjadi modal politik untuk mempengaruhi undi penduduk di Putrajaya.
Selain itu, Tengku Adnan cuba memperlekeh kehadiran Husam dengan mengatakan bahawa Husam orang luar dan bukannya penduduk Putrajaya. Namun, berdasarkan beberapa tindakannnya itu, kehadiran Datuk Husam jelas mampu menggugat kerusi selamat BN di Putrajaya.
Pada hari penamaan calon, Tengku Adnan dengan sombong berkata bahawa dia yakin Datuk Husam akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini. Tengku Adnan dilaporkan berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini. Datuk Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini.
Sebelum menilai kata-kata Tengku Adnan, tontonlah video yang merakam suasana hari penamaan calon Datuk Husam di Putrajaya. Puluhan ribu rakyat Putrajaya bersedia menguburkan karier politik Tengku Adnan di sana. Kehadiran rakyat yang luar biasa pagi tadi memberikan harapan yang cerah kepada Datuk Husam untuk membuat kejutan dengan merampas kerusi Parlimen Putrajaya kali ini. In sha Allah! -DCM
TUMBANGKAN BN & UMNO!
Penyokong UMNO di Putrajaya
No comments:
Post a Comment