Showing posts with label culik. Show all posts
Showing posts with label culik. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

[Gambar & Video] Suspek Rogol Budak Lima Tahun di India Ditahan





[HM] Patna: Polis India berkata, mereka menahan suspek kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berusia lima tahun yang kini tenat di hospital.

Suspek, Manoj Kumar, 25, ditahan di Bihar, timur India selepas dia berlindung di rumah bapa mentuanya di sebuah kampung kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri, Patna.

Jurucakap polis berkata, Kumar didakwa mengunci mangsa terbabit dalam sebuah bilik dan merogolnya berkali-kali dalam tempoh 48 jam. 

“Mangsa diculik dari kawasan petempatan golongan kelas pertengahan rendah di New Delhi pada Isnin lalu,” katanya. Ketua Pengarah Polis, Ravindar Kumar berkata, perbuatan Kumar tidak dapat diterima sama sekali.

Kumar ditahan sekumpulan polis dari New Delhi yang bekerjasama dengan polis Bihar. Polis berkata, suspek tiba di Kampung Chiknouta kelmarin selepas melarikan diri dari New Delhi menaiki kereta api.

Kumar akan dihantar ke New Delhi untuk dibicarakan. Mangsa ditemui pengguna jalan raya yang terdengar dia menangis.

Budak terbabit dimasukkan ke hospital pada Rabu dan doktor menganggap keadaannya “kritikal.” Doktor berkata, budak perempuan itu cedera parah dan mengalami kecederaan dalaman serta jangkitan serius. - AFP

Suspek


Laporan lanjut di sini & di sini.


Laporan awal di sini.


Kemas Kini:


Suspek Kedua Rogol Budak Perempuan Lima Tahun Ditangkap

[Kosmo] NEW DELHI - Polis India menahan suspek kedua berhubung perbuatan menyeksa dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sini kelmarin.

Polis berkata, budak perempuan itu diculik pada Isnin minggu lalu dan dikurung oleh dua lelaki di sebuah bilik bawah tanah bangunan yang dihuni oleh mangsa bersama keluarganya.

Jiran-jiran memberitahu, mereka menemui mangsa dua hari kemudian selepas mendengar tangisannya.

Media tempatan turut melaporkan beberapa serangan lain terhadap kanak-kanak pada hujung minggu lalu. Antaranya, kes seorang budak perempuan di negeri Assam, timur laut India yang disembelih selepas diperkosa beramai-ramai.

Seorang lelaki ditangkap pada hujung minggu berhubung serangan terhadap budak perempuan berusia lima tahun tersebut.

Suspek akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada minggu ini.

Suspek kedua yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan awal semalam di rumah saudaranya di negeri Bihar, timur India hasil maklumat polis.

"Dia ditahan sekitar pukul 1 pagi kelmarin (waktu tempatan) hasil kerjasama polis New Delhi dan Bihar," kata ketua polis tempatan, Rajeev Mishra.

Jenayah seks kerap berlaku di India yang mempunyai penduduk seramai 1.2 bilion.

Menurut perangkaan polis, kota metropolitan ini mencatat jenayah seks tertinggi berbanding bandar raya lain dengan satu kes rogol dilaporkan dalam setiap 18 jam. - Reuters

Pradeep Kumar, a 19-year-old garment factory worker, face covered is taken away by police after he was arrested in Lakhisarai District today
Suspek kedua, Pradeep Kumar. Baca di sini.





Tuesday, April 9, 2013

Derita Pekerja Kedai 24 Jam: Diculik dan Dirogol Bergilir-gilir Lima Lelaki Lahanat


[SH] SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami detik hitam dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini.

Mangsa, berusia 19 tahun, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa berjalan kaki kemudiannya didatangi dua lelaki.

“Mangsa ditarik ke dalam kereta dan terus dilarikan. Di dalam kereta itu ada tiga lagi lelaki. Dia dibawa ke sebuah hotel, dirogol bergilir-gilir dan ditinggalkan bersendirian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 17, 18 dan 24 tahun di kawasan Puchong dalam operasi khas berakhir Jumaat lalu.

Menurutnya, dua lagi lelaki sedang dikesan iaitu, B Teiventhirraupillai, 26, dan seorang mekanik dikenali Ramu, berusia lingkungan 20-an.

Orang ramai yang tahu di mana dua lelaki itu berada diminta hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haziratul Qiffiah Hasim di talian 017-7087501 bagi bantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dua kumpulan yang menyebabkan kematian di SS3, Serdang Raya, Seri Kembangan, pada 23 November 2011.

Mohd Adnan berkata, dalam kejadian tersebut tiga lelaki ditikam di mana salah seorangnya maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, polis menahan enam lelaki berusia 31 hingga 64 tahun selepas kejadian itu.

Mohd Adnan berkata, lelaki yang dikesan dikenali Lim Mun Vei atau Tai Seow, 38, yang beralamat terakhir di No D30A Jalan Kuyow, Sri Kembangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat ketiga-tiga lelaki terbabit diminta menghubungi talian 019-3388288 bagi membantu siasatan.





Monday, March 25, 2013

Isteri Dilarikan Kekasih Gelap


[SH] ALOR GAJAH - Gara-gara jatuh hati terhadap isteri orang, seorang remaja lelaki berusia 20 tahun tergamak menculik dan mengurung wanita terbabit yang baru habis pantang di sebuah rumah, di sekitar daerah ini, sejak minggu lalu.

Suami wanita terbabit, Zulhairi (bukan nama sebenar), 30, berkata, pada 16 Mac lalu sebaik terjaga dari tidur, dia terkejut menyedari isterinya, Suraya (bukan nama sebenar), 28, tiada di sebelah dan sebuah beg juga hilang sebelum cuba mencarinya di kawasan sekitar.

“Saya lihat isteri sudah tiada, namun bayi kami yang berusia dua bulan masih tidur sebelum saya mengangkatnya dan terus keluar mencari isteri selama tiga hari berturut-turut.

“Selang dua hari kemudian saya dapat hubungi lelaki terbabit, dikenali sebagai Asyraf (bukan nama sebenar), 20, dan katanya, dia akan pulangkan isteri saya. Kemudian kami rancang untuk berjumpa berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, di sini, kira-kira jam 8 malam.

“Namun sebaik sahaja dia terpandang saya, dia terus memecut motosikalnya menghala ke Pulau Sebang dan kelihatan isteri saya membonceng motosikal itu.

“Saya tak tahu di mana isteri saya disembunyikan sekarang dan saya sangat bimbang sekiranya dia diapa-apakan lelaki terbabit yang bijak berpura-pura dan bermulut manis,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan berkenaan dan kejadian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.



Monday, January 14, 2013

Wanita Diculik, Disamun, Dipukul, Dirogol Bergilir-gilir, Dirakam dalam keadaan Mengaibkan

Sekadar hiasan

[HM] Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.

Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.

Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.

Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.

“Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.

Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam.

Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis.


Kes Lain:

Mangsa Samun Nyaris Diperkosa  
[HM] Kuala Lumpur: Seorang wanita bukan saja disamun malah nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki ketika melalui Jalan Sang Peng, di sini, Jumaat lalu menyebabkan kerugian RM400.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun yang sedang berjalan bersendirian untuk ke unit kondominiumnya di lokasi kejadian sebelum diekori seorang lelaki tidak dikenali.

Mangsa dan lelaki itu menaiki lif sama hingga ke tingkat enam dan sebaik pintu lif terbuka, lelaki itu tiba-tiba bertindak ganas dan menarik tangan mangsa ke arah tangga berhampiran sebelum meraba seluruh tubuhnya.

Mangsa menolak lelaki itu sebelum menjerit sekuat hati dan terus berlari ke arah unit kediamannya.


P/s: Hati-hati. 


Thursday, December 13, 2012

Komplot "Culik, Potong Kemaluan, Bunuh" Justin Bieber Gagal


BIEBER menjadi sasaran rancangan pembunuhan Staake (kanan) dan Ruane.

[HM] LOS ANGELES: Satu rancangan sulit untuk menculik, memotong kemaluan dan membunuh penyanyi pop remaja, Justin Bieber, berjaya digagalkan polis.

Menurut laporan media semalam, rancangan itu sepatutnya dilaksanakan ketika Bieber, 18, mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York, bulan lalu.

Sumber berkata, dua lelaki ditahan dan seorang daripadanya didapati memiliki sepasang gunting pemangkas di dalam kereta.

Kata sumber, suspek dikenali sebagai Mark Staake dan anak saudaranya, Tanner Ruane.

“Staake dan Ruane diupah untuk membunuh Bieber oleh seorang banduan, Dana Martin, yang kini menjalani hukuman penjara selama 978 tahun atas kesalahan merogol dan membunuh,” katanya. 
 
Martin sebelum ini disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 2000.

Menurut sumber, Staake adalah rakan satu penjara Martin dan rancangan itu dibuat ketika mereka sama-sama ditahan di Las Cruces, New Mexico.

Selain Bieber, katanya, Staake turut dilatih untuk membunuh tiga individu lain.

Sumber lain berkata, Martin menawarkan imbuhan bernilai AS$2,500 (RM7,600) bagi setiap zakar mangsa yang diserahkan Staake dan Ruane kepadanya.

Katanya, Staake dan Ruane merancang menculik Bieber sebelum membunuh penyanyi itu menggunakan tali leher.

“Mereka juga akan memotong kemaluan Bieber,” katanya. 
 
Sementara itu, polis berkata, Martin dipercayai terlalu taksub kepada Bieber, malah dia turut memiliki satu tatu yang sama seperti yang ada di kaki penyanyi Kanada berkenaan. 
 
Kata polis, Martin mengarahkan Staake melaksanakan “pembunuhan dan memotong kemaluan Bieber serta pengawal peribadi selebriti terbabit.” Bagaimanapun, rancangan itu terdedah apabila Martin sendiri membocorkan maklumat mengenainya kepada polis, membolehkan pihak berkuasa kemudian menahan Staake di Vermont.

Ruane pula diberkas ketika dalam perjalanan ke New York. Kata polis, mereka mencuri dengar perbualan Ruane ketika dia menghubungi Martin.

Dalam perbualan itu, kata sumber, Ruane meminta maaf kerana banduan terbabit rancangan mereka belum dijalankan seperti sepatutnya.

Sementara itu, ibu Ruane, Kristin Cashman, menganggap kes itu “mengarut.” - TS