Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Isteri Dilarikan Kekasih Gelap


[SH] ALOR GAJAH - Gara-gara jatuh hati terhadap isteri orang, seorang remaja lelaki berusia 20 tahun tergamak menculik dan mengurung wanita terbabit yang baru habis pantang di sebuah rumah, di sekitar daerah ini, sejak minggu lalu.

Suami wanita terbabit, Zulhairi (bukan nama sebenar), 30, berkata, pada 16 Mac lalu sebaik terjaga dari tidur, dia terkejut menyedari isterinya, Suraya (bukan nama sebenar), 28, tiada di sebelah dan sebuah beg juga hilang sebelum cuba mencarinya di kawasan sekitar.

“Saya lihat isteri sudah tiada, namun bayi kami yang berusia dua bulan masih tidur sebelum saya mengangkatnya dan terus keluar mencari isteri selama tiga hari berturut-turut.

“Selang dua hari kemudian saya dapat hubungi lelaki terbabit, dikenali sebagai Asyraf (bukan nama sebenar), 20, dan katanya, dia akan pulangkan isteri saya. Kemudian kami rancang untuk berjumpa berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, di sini, kira-kira jam 8 malam.

“Namun sebaik sahaja dia terpandang saya, dia terus memecut motosikalnya menghala ke Pulau Sebang dan kelihatan isteri saya membonceng motosikal itu.

“Saya tak tahu di mana isteri saya disembunyikan sekarang dan saya sangat bimbang sekiranya dia diapa-apakan lelaki terbabit yang bijak berpura-pura dan bermulut manis,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan berkenaan dan kejadian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.



Friday, March 8, 2013

Pasangan Gay Pertama Berkahwin di Taman Tema Disney Tokyo



Dua wanita lesbian menjadi pasangan gay pertama berkahwin di Tokyo Disney Resort yang mengurus Tokyo Disneyland dan Tokyo Disney Sea. Kedua-dua pengantin memakai gaun berwarna putih walaupun pada awalnya seorang daripada mereka perlu memakai pakaian pengantin lelaki.

"Saya dan Hiroko memakai pakaian perkahwinan dan diarak di Disney Sea, tempat yang saya suka juga," Koyuki Higashi, 28, menulis di Twitter.Tambahnya,  "Saya benar-benar gembira!"

Majlis perkahwinan ini diadakan pada minggu lepas dan merupakan perkahwinan gay yang pertama diadakan di taman hiburan walaupun perkahwinan gay tidak mempunyai kedudukan undang-undang di Jepun.

"Kita tidak mempunyai undang-undang yang terpakai (mengiktiraf) untuk kami, tetapi apabila seseorang mengucapkan tahniah kepada kami , saya dengan bangganya akan mengucapkan 'terima kasih!" kata Higashi.

Mereka mula menjadi tajuk utama akhbar selepas pengurusan taman itu pada mulanya memberitahu mereka tidak akan ada masalah sekiranya mereka berpakaian "seperti seorang lelaki dan seorang wanita". Seseorang staf berkata perkahwinan sesama jantina akan mewujudkan "kesan" dalam kalangan pelawat jika kedua-dua pengantin memakai pakaian perkahwinan wanita atau kedua-dua pengantin memakai tuxedo.
 
Beberapa hari kemudian, pengurusan resort menghubungi pasangan tersebut untuk memberitahu bahawa mereka bebas untuk memakai pakaian perkahwinan pada hari perkahwinan.

Higashi mengirimkan gambar perkahwinan mereka di laman Twitter -DCM/AFP
 
 Koyuki called it a 'really great day' on her blog and shared these photos.