Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

[PANAS] Mufti Perlis Bertanding PRU 13 Atas Tiket PKR di Parlimen...???



The Star melaporkan:

KANGAR: Perlis mufti Dr Juanda Jaya will contest the Kangar parliamentary seat under the PKR banner in the May 5 13th general election.

State PKR chairman Mohd Faisol Abdul Rahman said with Dr Juanda's candidacy, the party was confident PKR would win the Barisan Nasional stronghold.

"Kangar is the biggest parliamentary seat in the state with around 50,000 voters, and we are optimistic for victory,” he said when contacted here Monday.

Dr Juanda, a Sarawakian, was earlier reported to be among those being wooed by both the Barisan Nasional and Pakatan Rakyat coalitions.

The incumbent Kangar MP is Barisan stalwart Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, who won the seat when he defeated PKR candidate Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail by a majority of more than 13,600 votes in the 2008 general election.


Berkaitan:

[SH] KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR.

Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu.

"Kami optimistik akan menang," kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Juanda memegang jawatan mufri sejak awal 2009 menggantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Kemas Kini:

Dr Juanda Tidak Jadi Calon PRU-13

[HM] Kangar: Jangkaan nama Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, tidak disenaraikan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menepati ramalan sebaik barisan calon parti berkenaan diumumkan, semalam.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Mohd Faisol Abd Rahman berkata, ia berikutan kerusi Parlimen Kangar yang dicadangkan nama tokoh agama berkenaan sudah diperuntukkan kepada PAS yang juga rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

“Jika kerusi itu diperuntukkan kepada PKR, sememangnya dia (Dr Juanda) adalah calon terbaik bagi PKR bagi memenangi undi pengundi di situ.

“Dia masih menyokong PKR dan berjanji akan terus memberi sokongan,” katanya selepas membuat pengumuman calon parti berkenaan di Bilik Gerakan PKR Kangar, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Faisol enggan mengulas lanjut mengenai sama ada Dr Juanda sudah mengisi borang keahlian PKR atau sebaliknya.

Sunday, March 10, 2013

[PANAS] Bapa Saiful Bukhari Sertai KeAdilan, Sebagai Bapa Tahu Perkara yng Berlaku







Azlan Mohd Lazim, lelaki yang menjadi tumpuan rakyat sejak beberapa hari ini, telah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat, parti politik yang diterajui oleh DS Anwar Ibrahim.

Bagi yang masih blur, Azlan ialah bapa kepada Saiful Bukhari yang sebelum ini mendakwa dirinya diliwat  oleh Anwar.

Minggu lepas, Azlan, yang sebelum ini ahli dan penyokong tegar Umno, telah membuat kejutan apabila beliau mengakui bahawa Anwar tidak bersalah dan mendakwa anaknya, Saiful telah telah dipergunakan oleh suatu "konspirasi jahat" melibatkan pegawai di pejabat Perdana Menteri dan seorang peguam untuk memusnahkan karier politik Anwar.

"Saya mahu membuat perubahan dengan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azlan dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Sambil menyatakan bahawa dia mengasihi anaknya, Azlan enggan mengulas mengenai penafian yang dibuat oleh Saiful serta dakwaan yang mengatakan bahawa pendedahan sebelum ini tidak benar.

"Biarlah," kata Azlan.

"Tujuan saya bukanlah untuk mendapatkan sokongan orang. Sesetengah orang percaya akan saya kerana sebagai bapa, saya tahu perkara yang berlaku," katanya.-DCM/MC

Bapa Saiful Bukhari..Azlan Mohd Lazim dlm sidang akhbar di Pej KEADILAN skrg..umumkan masuk PKR..sokong penuh DSAI..doakan Pakatan Rakyat menang cemerlang pada PRU 13..Beliau berkata,"Saya tidak khianati anak kandung, kasih sayang tak berbelah bahagi." Tetap dgn pendirian seperti kenyataan akhbar bahawa DSAI tidak bersalah dan wujud konspirasi utk jatuhkan beliau.



Berita Berkaitan:

Bapa Saiful Sertai PKR, Pertahan Pendirian Liwat 2 ‘Konspirasi Jahat’

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Mac — Bapa Saiful Bukhari hari ini secara rasmi menyerahkan borang menyertai PKR, serta mempertahankan kenyataannya “konspirasi politik jahat” melibatkan anaknya dalam kes liwat kedua.

Dalam satu sidang media hari ini, Azlan Mohd Lazim, 60, juga menyatakan keputusan yang dibuatnya hari ini tidak didorong oleh mana-mana pihak sebaliknya menegaskan sekali lagi anaknya terperangkap dalam rancangan oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Hari ini, secara rasminya saya menyerahkan borang untuk menyertai PKR,” kata Azlan (gambar) yang mengaku telah menyokong perjuangan Anwar sejak tahun 1998.

“Saya sebagai rakyat Malaysia, berhak membuat keputusan sendiri... Ini masa yang tepat untuk saya sertai PKR bagi membuat perubahan.”

Azlan juga berharap anaknya Saiful supaya menghormati keputusan yang dibuatnya hari ini dan menegaskan segala yang terjadi tidak akan menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.

“Saya ingin minta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku ini,” ujar beliau.

“Saya buat keputusan ini bukan bertujuan untuk menganiayai dan mengkhianati anak kandung saya sendiri... Saya tetap bersama mereka kerana mereka adalah anak saya.”

Apabila ditanya tentang pendiriannya seperti didedahkan media pada Jumaat lalu, Azlan menegaskan sekali lagi ianya ialah “konspirasi politik jahat” yang dirancang rapi.

“Ingin saya tegaskan, kes liwat kedua melibatkan anak saya adalah konspirasi politik jahat yang dirancang oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri,” tambah beliau.

Apabila ditanya sama ada Azlan akan mengikut jejak yang diambil bersama anaknya untuk mengangkat sumpah pada tahun 2011, beliau enggan mengambil langkah tersebut buat kali kedua.

“Dalam sejarah Malaysia, ramai orang yang bersumpah. Saya tidak akan bersumpah,” tegas Azlan.

Azlan juga menafikan khabar angin yang mengatakan telah dibayar untuk membuat pendedahan tersebut, serta enggan menjawab sebarang tuduhan sedemikian.

“Dibayar? Saya tidak berhak untuk menahan tohmahan... Biarkan mereka kata,” tambah beliau lagi.

Jumaat lalu, The Malaysian Insider mendedahkan Azlan membuat keputusan mengejut apabila mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Anwar sebuah “konspirasi politik jahat” serta meminta maaf kepada pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Menurut Azlan, individu tertentu telah mengambil kesempatan dan mempergunakan anaknya untuk kepentingan politik, sambil menambah situasi genting ketika itu menyebabkan beliau tidak ada pilihan selain memberikan sokongan kepada Saiful di mahkamah.

“Malahan, anak saya (Saiful Bukhari) sendiri tidak pernah menceritakan tentang kejadian (liwat) dan pertuduhan tersebut kepada saya... saya juga tidak pernah dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut,” terang Azlan Jumaat lalu.

Sebaik pendedahan tersebut, Saiful juga telah mengadakan satu sidang media mengejut pada sebelah petangnya dan menafikan kes liwat kedua tersebut adalah konspirasi serta tiada penglibatan pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

Saiful juga tidak mempercayai bapanya melakukan pengakuan tersebut secara sukarela sebaliknya menuduh Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul telah mempengaruhi bapanya untuk membuat kenyataan sedemikian.

“Tidak, saya tidak rasa bapa saya membuat pengakuan secara sukarela.

“Dalam laporan media juga kata terdapat seorang ahli parti politik yang membawa bapa saya berjumpa media... siapakah orang itu? Parti apakah orang itu?” kata Saiful.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.





Wednesday, March 6, 2013

Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat Sertai PKR, Maknanya 5 Bekas Jeneral Sokong Pakatan Rakyat



[KD] PETALING JAYA 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.

Perisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.

Ketua Umum KEADILAN pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai Pakatan.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).

Menyentuh isu Lahad Datu, Md Hashim berkata, pencerobohan itu boleh ditangani dalam tempoh lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

“Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini (pencerobohan Lahad Datu) saya tak fikir ia berlaku,” kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan itu.

“Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.

“Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media pagi tadi.



P/s: Mereka ini merencana strategi ketenteraan dan keselamatan negara. Mereka boleh memilih UMNO, tetapi mereka bertekad untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Mengapa?

Mereka tahu kepincangan dan penyelewengan yang berlaku di negara kita! Malah gejala ini turut berlaku dalam tentera.

Tonton video di sini.



Thursday, February 21, 2013

Yasin Sulaiman Sahkan Duta PKR, Minta Orang Lain Hormati Pendiriannya


[HM] Kuala Lumpur: “Ya memang benar, saya kini duta kepada sayap sebuah parti. Itu pilihan saya sendiri dan berharap orang lain menghormatinya,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu Mimpi Laila, Yassin Sulaiman, 38. 

Pengakuan itu dinyatakan Yassin selepas dilantik sebagai duta bagi sayap sebuah parti di Damansara, Isnin lalu yang dijadikan strategi parti terbabit menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

“Saya menerima lantikan itu atas kehendak sendiri bukan paksaan mana-mana pihak. Biarpun menganggotai parti itu, saya masih memiliki ramai kawan yang menyokong perjuangan kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Kata Yassin, keputusan dibuat itu tidak menjadi halangan untuk berkawan dengan penyokong parti berbeza selain menolak fahaman ‘boikot-memboikot’.

“Sejak dulu lagi saya adalah individu berpegang kepada prinsip kepercayaan kepada sesuatu. Saya inginkan pembaharuan dan mengharapkan perubahan,” katanya.

Kata Yassin, memilih mana-mana parti politik adalah hak individu, namun biarpun berbeza keanggotaan, dia masih menghormati pilihan orang lain.

“Saya akui menerima pelantikan itu, namun berbeza parti bukan pemisah untuk kita tetap berkawan,” katanya menyifatkan sokongan terhadap sesebuah parti seperti memilih pasukan bola sepak kegemaran.

“Masyarakat negara ini sudah pun matang, terbuka dan mampu menilai. Maka, buatlah pilihan yang tepat mengikut keinginan anda,” katanya memaklumkan tidak kisah mana-mana parti yang dipilih asalkan memberi kebaikan kepada negara.

Ditanya mengenai perkembangan seni, Yassin berkata, dia baru menamatkan persembahan di Pulau Pinang, baru-baru ini dan akan mengadakan persembahan di Kolej Perguruan Bangi, minggu hadapan.


P/s: Tahniah!


[Gambar] Antara Bas/Treler/Lori Kempen DAP, PKR, PAS, dan AMNO...Bandingkan!!!

DAP







PKR





PAS


UMNO


Sumber ganmbar pelbagai, kredit untuk empunya gambar.

Siapa sangka, parti yang kaya raya, mendakwa mempunyai ahli lebih daripada 3 juta orang, hanya mampu menyediakan lori ikan untuk ayam tambatannya berdebat sesama mereka.

 Walaupun gagal menarik perhatian rakyat, sekurang-kurangnya jagalah maruah Mat Ezam dan geng dengan menyediakan bas/lori yang lebih canggih dan hebat daripada milik PKR, DAP, dan PAS.


P/s: Jika BN dan pencacainya mampu membayar PSy lebih RM2 juta, apalah sangat untuk menyediakan bas atau treler yang canggih untuk Mat Ezam dan geng!






Wednesday, February 20, 2013

Sah Tidak Tercalon...Ada Kemungkinan Jadi Calon PKR?




Kalau menurut Presiden MCA, seteru politiknya ini tidak akan tercalon sebagai wakil MCA dalam PRU13 nanti. Alasan yang diberikan oleh CSL ialah OTK tidak mendapat sokongan parti komponen di kawasannya. Malah OTK didakwa tidak mendapat sokongan bahagiannya sendiri.

Persoalannya, adakah bekas Presiden MCA ini akan bertanding menggunakan tiket PKR? Hal ini pernah diperkatakan suatu ketika dahulu sebelum OTK menafikan hal itu.

Kalau ada perancangan berbuat demikian, TM harap pimpinan PR memikirkan masak-masak hal ini sebelum membuat keputusan. Begitu juga hasrat untuk mencalonkan bekas tokoh parti komponen BN yang kini aktif di pentas PR. 

Mungkin kecurangan Ibrahim Ali wajar dijadikan pengajaran! -DCM




Sunday, February 17, 2013

Penyanyi, Komposer Yasin Jadi Duta Program PKR


[KD] KUALA LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).


Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.

“Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.

AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.

“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.

Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.

Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah’ AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.

Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin, KLIK INI.


P/s: Terbaik!