Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts
Monday, February 25, 2013
Friday, February 15, 2013
Nyawa Psy Terancam? Mengapa Artis Itu Boleh Lompat Kuda 2 Kali, Santai di Restoran Korea? Hahahaha!
[HD] PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut bukti daripada pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa ada ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terhadap penyanyi Korea Selatan, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut Isnin lalu.
“Keselamatan Perdana Menteri adalah sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut,” kata Lim yang dipetik Malaysiakini.
“Bahkan ketua polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi juga tidak memaklumkan perkara ini pada saya. Jelasnya, Teng cakap tak berakal, dan tidak berkata benar semasa berkata nyawa pemimpin BN dalam bahaya,” tambahnya lagi.
Dalam menghadapi dua malu besar terhadap Najib ketika sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang iaitu peristiwa ‘No’ dan dibiarkan menunggu Psy yang tidak muncul-muncul untuk menggaul ‘Yee Sang’, semalam Teng menggemparkan semua pihak apabila mendakwa terdapat ancaman nyawa terhadap Psy.
“Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas,” kata Teng yang dipetik The Malaysian Insider.
Teng menjelaskan demikian selepas kemunculan klip video yang menunjukkan Najib dan para pembesar BN dibiarkan tunggu untuk kemunculan Psy untuk menggaul Yee Sang walaupun dijemput berkali-kali oleh pengacara majlis.
Namun, Psy tidak muncul menyebabkan semua yang ada di pentas terkial-kial.
Selepas itu, Najib pula menjadi pengacara majlis untuk menjemput Psy untuk melakukan persembahannya.
Ketika itulah, Najib dimalukan sekali lagi apabila rakyat Pulau Pinang berkata ‘No’ kepada soalannya ‘Are you ready for BN?’ yang ditanya tiga kali berturut-turut.
Jika betul ada ancaman nyawa terhadap Najib dan Psy, mengapa Teng tidak menjelaskan mengapa Psy dibenarkan untuk mempersembahkan dua kali lagu popularnya Oppa Gangnam Style selepas ancaman di terima dan Najib pula dibiarkan menjadi pengacara majlis selepas acara menggaul yee sang.
Manakala jawapan polis pula berterabur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah semalam berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap Psy atau sesiapa, manakala Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim mengesahkan ada ancaman terhadap Psy.
Bagaimanapun, tiada yang menjelaskan bagaimana Psy boleh pergi makan malam di sebuah restoran Korea di Tanjung Bungah sebelum meninggalkan negara pada 2 pagi hari Selasa.
“Dalam klip video tersebut, semua – termasuk Perdana Menteri tidak kelihatan seperti diancam. Juga tiada polis kelihatan sekitar pentas. Psy dibenarkan buat persembahan dan kemudian makan malam. Ini berita besar, nyawa Perdana Menteri dan Psy diancam. Mengapa tidak disebut sehingga sekarang?” tanya Lim Guan Eng.
P/s: Apa yang sebenarnya berlaku? Sila tonton video di sini.
hahahahaha!
Tolonglah ketawa!
Thursday, February 14, 2013
[Video] Pencacai Sunting Video "Are you ready for BN?"
Malu Punca Pengampu Najib Sunting Video Gangnam Style
[KD] KUALA LUMPUR 14 FEB: Pengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.
Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.
Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut ‘No’ sebanyak tiga kali.
Paparan gambar ketika sebutan ‘Yes’ juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.
Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat.
“Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku.
Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal,” katanya kepadaKeadilan Daily.
Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal.
“Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka,” katanya.
Video yang disunting pengampu Umno, KLIK INI.
P/s: Aduhai, kasihan pencacai BN! Apabila Psy tidak muncul di atas pentas untuk menggaul Yee Sang, mereka dakwa keselamatan Psy diancam. Kasihan pencacai!
Wednesday, February 13, 2013
[Video-Wajib Tonton] Saat-saat MEMALUKAN Najib dan BN pada Hari Terbuka Tahun Baru Cina 2013
Rakaman yang tidak akan sekali-kali disiarkan oleh media perdana.
Amat memalukan!
Rakaman pertama menunjukkan ribuan rakyat Pulau Pinang menolak BN secara terang-terang apabila memberikan jawapan 'NO' kepada soalan Najib yang berbunyi 'Are U ready for BN'.
Dalam insiden kedua, Superstar dari Korea Selatan telah membiarkan Najib dan gerombolannya termangu-mangu di atas pentas meskipun pengacara majlis telah mengumumkan bahawa Psy akan turut serta untuk menggaul 'yee-sang' bersama-sama dengan Najib.
Amat memalukan!
Saksikan video-video tersebut.
P/s: Orang datang nak tengok Psy, bukan datang untuk menyokong BN. BN habis berjuta-juta (duit rakyat?) akhirnya dimalukan secara terbuka!
Laporan Lain:
Konsert Gangnam: Gesa Najib Bentang Penyata Kos Tajaan Psy
[KD] KUALA LUMPUR 12 FEB: Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff gesa Perdana Menteri bentangkan penyata kos tajaan artis pop Korea Selatan, Psy yang mendapat bayaran semahal RM2 juta.
Ia ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Razak dalam twitter kononnya persembahan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Oppa Gangnam Stlye’ di majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang itu semalam tidak menggunakan wang rakyat.
“Isunya bukan pasal duit siapa, tetapi sikap penanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan. Ketika rakyat dihimpit bebanan ekonomi, kerajaan bazirkan wang begitu saja untuk bawa masuk artis luar negara,” kata Yusmadi.
“Jika benar ada pihak yang menanggung kos untuk persembahan itu, kenapa perlu dimasukkan dalam agenda BN? Sedangkan kita tahu di Pulau Pinang, Najib memang menerapkan slogan ’1Malaysia’. Ini jelas ia agenda BN,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu mempersoal kehadiran Najib semasa Psy membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
“Adakah Najib bercakap atas kapasiti Perdana Menteri atau Presiden Umno? Sebagai Perdana Menteri, ia pasti melibatkan dana dan kepentingan awam,” katanya.
“Apa pun alasan Najib, beliau kena bentangkan penyata dan jelaskan siapa penaja konsert dan berapa bayarannya,” sambung Yusmadi.
Psy dilaporkan dibayar hampir RM2 juta untuk persembahan selama lapan minit, dengan mempersembahkan lagu popularnya sebanyak dua kali.
Turut menyaksikan nyanyian Psy di padang Kolej Han Chiang, Georgetown, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka Norashman dan Nooryana Najwa.
Najib dalam ucapannya mengulangi komitmen untuk membina sistem monorel dan sistem penyuraian trafik demi memperbaiki sistem pengangkutan di negeri itu jika diberi peluang memerintah semula.
Namun sekalipun Najib memboroskan RM2 juta bagi meraikan sambutan itu, beliau tetap gagal meraih sokongan rakyat apabila penonton terang-terangan menolak BN dengan menjawab ‘No’ (tidak) apabila ditanya Najib ‘Are you ready for BN?’ (Bersediakah anda dengan BN).
P/s: 8 minit, 2 juta melayang!
Fuh!
Subscribe to:
Posts (Atom)