Showing posts with label debat. Show all posts
Showing posts with label debat. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

[PANAS] Isu Barang 1Malaysia: Rafizi SAHUT Cabaran Muhyiddin, Adakah Muhyiddin "Bertelor" untuk Berdepan dengan Rafizi dalam Forum Ekonomi?


SAYA mengalu-alukan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya saya menyatakan sama ada barangan berjenama 1Malaysia yang kini ditawarkan oleh Barisan Nasional akan dihentikan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13.

Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian yang jelas bermula dari Buku Jingga dan diperincikan di dalam dokumen-dokumen belanjawan serta Manifesto Rakyat.

Dalam menangani bebanan sara hidup yang dihadapi rakyat, cara terbaik adalah dengan menyelesaikan dua perkara – pertama, dengan mengawal dan menurunkan harga barang dan kedua, mengurangkan beban hutang rakyat akibat herotan dalam pasaran.

Pendekatan Pakatan Rakyat adalah dengan menyelesaikan masalah struktur ekonomi yang menyebabkan harga barang naik dan beban hutang melambung, sehingga mengurangkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat. Ini termasuklah menghapuskan monopoli, mengurangkan kos asas perniagaan, mengurangkan kos pengangkutan, memastikan subsidi sampai kepada rakyat dan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta yang membebankan rakyat.

Pendekatan ini adalah lebih baik dari cara Barisan Nasional yang tidak mahu menyelesaikan masalah-masalah struktur ekonomi ini, sebaliknya hanya menawarkan beberapa barangan yang diberikan subsidi di bawah jenama 1Malaysia. Oleh kerana barangannya terhad dan edarannya tidak menyeluruh ke seluruh negara, pendekatan ini hanya tertumpu di beberapa kawasan sahaja. Ia tidak berkesan dan tidak membantu meringankan bebanan sara hidup setiap rakyat.

Oleh yang demikian, saya berbesar hati untuk mengupas isu ini dengan lebih panjang dan menyatakan pendirian sama ada akan menghapuskan barangan 1Malaysia di dalam satu forum ekonomi yang turut disertai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jika beliau berani membuat cabaran terbuka kerana yakin dengan pendekatan ekonomi Barisan Nasional, beliau tidak perlu gentar untuk berdepan dengan saya di dalam satu forum ekonomi agar rakyat boleh membuat pilihan yang lebih baik.


Rafizi Ramli



P/s: Adakah Muhyiddin juga PENAKUT seperti bosnya?




Wednesday, April 17, 2013

Seperti Dijangka, Najib Kecut Berhadapan dengan Anwar




Berita Berkaitan:

[MK] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini.


Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif.

"Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini.

BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. 

Antara pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sementara, Gan Ping Sieu.

Najib, selaku pemimpin tertinggi BN bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini.

Beliau bagaimanapun dijadualkan hadir ke majlis pelancaran manifesto BN Selangor di Shah Alam pada malam ini.


Friday, March 29, 2013

Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat dalam Bahasa Arab, BERANI???






Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP. Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.

 Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. - DCM/Kredit Omakkau




P/s: Berani???




Saturday, February 23, 2013

[PANAS] Antara "Sebab" Ahmad Maslan Enggan Berdebat Dengan Mazlan Aliman??



Datuk Ahmad Maslan buat kenyataan di TV 3 kelmarin, tak mahu debat dengan saya sebab saya kaki fitnah.

Tolong jawab wahai Datuk Ahmad Maslan, pergi ke London dengan isteri tu makan angin ke lawatan sambil belajar?

Felda bayar RM142,010 kpd Travel Agensi termasuk keluarga tu bukan salahguna kuasa dan menyelewengkan duit peneroka?

Nantikan saya dedahkan particularnya seperti tiket perjalanan, penginapan dll atas nama Datuk Ahmad Maslan.

Pemimpin korup!



P/s: Bukan UMNO, kalau tidak...tolong sambung!!!!




Tuesday, January 22, 2013

[Video] Debat BN-PR: Dalih Zambry Enggan Debat dengan Nizar




Berita terdahulu di sini.

P/s: Kalau tidak bersedia atau mungkin takut, jangan berdalih sehingga orang yang mendengar dalih itu tersengih atau ketawa berdekah-dekah!

Debat yang dianjurkan oleh PR ini bukan sahaja mahu memperkatakan isu tanah Kelantan, tetapi pelbagai isu kontroversi yang berlaku di Perak selepas BN pentadbiran negeri itu dirampas oleh BN. Bayangkan jika Zambry bersetuju mahu berdebat. Berapa banyak kelemahan dan salah laku pentadbiran BN terbongkar dan diketahui rakyat?



 


Monday, January 21, 2013

Debat PR-BN, Kerusi untuk Zambry Disediakan, Persoalannya....


Adakah Dr. Zambry berani menghadiri majlis tersebut dan seterusnya menjadi wakil BN berdebat dengan wakil PR?

 
[SH] IPOH – Meskipun masih belum mendapat sebarang maklum balas secara rasmi, Jawatankuasa Teknikal Debat Darul Ridzuan yang berlangsung esok, tetap akan menyediakan kerusi khas untuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Setiausaha DAPSY Perak, Howard Lee berkata, sehingga kini pihaknya masih menaruh harapan tinggi agar barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) diketuai Zambry akan hadir bagi menjayakan debat terbuka bersama Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Menurutnya, berdasarkan surat rasmi jemputan yang dihantar ke Pejabat Umno Negeri, 16 Januari lalu, tiada sebarang maklum balas secara rasmi diterima berhubung penolakan atau penerimaan penyertaan Zambry dalam debat berkenaan.

“Kita masih menaruh harapan tinggi agar debat ini berlangsung seperti yang dirancang, kita akui belum dapat apa-apa sebarang maklum balas lagi dan kerana itu kita mengambil pendirian positif, kemungkinan menteri besar akan menyertai sesi debat ini.

“Atas pendirian itu, kita barisan jawatankuasa teknikal tetap akan mengosongkan beberapa kerusi khusus untuk kepimpinan BN pada malam debat berlangsung,” katanya pada satu sidang media, di sini, semalam.

Debat yang bakal berlangsung di Hotel Excelsior jam 8 malam itu menampilkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, manakala Zambry dipelawa sebagai mewakili BN.

Debat terbuka berkenaan dianjurkan bagi mengupas lebih mendalam berdasarkan hujah dan bukti mengenai isu yang pernah dibangkitkan kedua-dua parti sama ada di dalam atau luar Sidang Dun.

Antara isu yang bakal mendapat perhatian ramai adalah pendedahan bukti mengenai isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Kelantan yang turut mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, semalam Zambry dikatakan enggan melayan kerenah Mohammad Nizar untuk berdebat kerana menganggap pemimpin Pas itu tidak akan menerima apa sahaja penjelasan yang diberikan sama seperti isu projek hab bijih besi Vale di Teluk Rubiah, Lumut.

Mengulas perkara itu, Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Negeri, Safarizal Saleh mahu, Adun Pangkor itu bertindak profesional sesuai dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

“Kita sudah menghantar jemputan secara rasmi dan sewajarnya mereka juga boleh memberikan jawapan secara rasmi,” katanya.


P/s: Harap-harap MB yang pernah mengajar TM di universiti dahulu tidak kecut seperti bosnya.