Showing posts with label Palestine. Show all posts
Showing posts with label Palestine. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

[Gambar] Orang AMNO Mungkin Anggap Gambar Ini Rekayasa

Gambar: FB

P/s: Pihak yang difitnah sebagai anti-Melayu & anti-Islam menghulurkan sumbangan untuk rakyat Palestine. Moga-moga sumbangan ini sampai ke tangan pihak yang memerlukan!



Thursday, January 31, 2013

Anwar Serahkan Sumbangan untuk Pembinaan Masjid di Gaza, Turut Kelihatan...

Sumber :  Rakyat  Marhaen
... pelakon dan pelawak terkenal Afdlin Shauki yang baru-baru ini pergi ke Gaza.

Tidakkah orang UMNO melenting dengan tindakan Afdlin Sauki yang sebelum ini diuar-uarkan secara besar-besaran menyertai UMNO bersama-sama dengan rakan baiknya, harun Salim Bachik?





Tuesday, January 22, 2013

[PANAS] Presiden Palestine KECAM Kunjungan Najib ke Gaza

Sumber gambar: Manjung Mari (MM).

Laporan lain boleh dibaca di sini.

Kononnya mahu jadi hero, mahu menjadi orang tengah antara Hamas dengan Fatah, kononnya....kononnya...namun akhirnya menegangkan hubungan Fatah dengan Hamas. Lagi menarik, Malaysia diminta memberikan penjelasan tentang tindakan Najib ke Gaza.

Siapa yang mencadangkan Najib ke Gaza tanpa memikirkan impak politik terhadap Hamas dan Fatah dan hubungan Malaysia dengan Palestine? Zul Kulim? Nasharuddin Mat Isa?

Aduhai, berbuihlah mulut PM kita untuk menjawab kewajaran dan tujuan dia melawat Gaza. Walaupun berita media pencacai hangat memperkatakan kunjungan Najib ke Gaza semalam, hari ini, adakah media yang sama akan menyiarkan rasa tidak puas hati Presiden Palestine pada kaca TV atau media cetak masing-masing?

 Berita terdahulu di sini.

Kemas Kini:

Respons Najib:

Jangan salah tafsir lawatan ke Gaza: Najib
 
[BH] KAHERAH: Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan kunjungannya ke Gaza semalam adalah lawatan kemanusiaan dan tidak harus disalah tafsir sebagai campur tangan politik dalaman Palestin.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini, sebentar tadi
 





Wednesday, January 2, 2013

Walaupun Ditindas, Dibunuh, Penduduk Palestine Dijangka Mengatasi Penduduk Yahudi pada Tahun 2016


[BERNAMA] Baitulmaqdis: Orang Arab akan melebihi penduduk Yahudi di wilayah ditakluki Palestin tujuh tahun lagi, menurut anggaran Biro Perangkaan Palestin.

Perkembangan ini akan memberi implikasi besar kepada Israel, menurut laporan itu.

Pada masa ini, 5.8 juta penduduk Arab tinggal di Israel, Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, kata biro berkenaan. Data Israel pula menganggarkan orang Yahudi seramai enam juta ketika ini.

Biro itu menekankan, berdasarkan kadar kelahiran masa kini, bilangan dua penduduk itu akan sama pada 2016.

Bagaimanapun, pada 2020, bilangan penduduk Arab akan mencapai 7.2 juta manakala Yahudi, 6.9 juta.

Isu demografi digunakan sebagai hujah penting bagi menubuhkan negara Palestin bagi penyokong hak Palestin di Israel.

Mereka berpendapat, menyerahkan kawalan wilayah Palestin dan penduduknya adalah cara tunggal memastikan Israel terjamin sebagai demokrasi dengan majoriti Yahudi pada masa depan.

Di New York, anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) mengeluarkan kenyataan mengutuk perluasan penempatan haram Yahudi di wilayah ditakluki Palestin, lapor agensi berita IRNA.

Anggota NAM menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memenuhi komitmen dengan menghalang kegiatan haram itu diteruskan sedangkan ia mencabul undang-undang antarabangsa.

NAM menegaskan, rejim Zionis itu bertindak balas atas keputusan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengubah status Palestin kepada ‘negara pemerhati bukan anggota’, November lalu. - AP



[Video] Tiada Jihad di Palestin: Penjelasan Dr Maza dan Ustaz Azhar Idrus tentang Kenyataan Ulama Muda UMNO



Apa kata Dr Maza?


Apa kata Ustaz Azhar Idrus?



P/s: Moralnya, belajar dahulu tinggi-tinggi, selidik dahulu habis-habis, sebelum tunjuk pandai. Kalau tidak tahu bertanya. Tambah-tambah kalau perkara yang mahu diperkatakan itu sensitif atau pun sudah jelas pada pandangan umum.