Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Beranikah Media Perdana Siarkan Pengakuan Pemimpin DAP Ini?



DAP tegas, tekad pelihara Melayu, Islam

[RK] SKUDAI, 19 MAC: DAP secara terbuka menyatakan tekadnya untuk bertanggungjawab memelihara hak dan kepentingan orang Melayu dan Islam negara ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan jujurnya bahawa DAP akan memastikan kepentingan Melayu dan Islam negara ini dipelihara lebih baik daripada apa yang dilakukan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Ini yang kami akan lakukan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Kerajaan Persekutuan.

 
 
“Kami juga percaya, PAS juga akan memastikan kepentingan dan hak masyarakat bukan Islam dapat dibela dan dimajukan lebih baik daripada dasar kerajaan UMNO-BN,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan hadirin sempena sambutan ulangtahun ke-47 DAP, di sini, malam tadi.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, permainan jahat politik UMNO-BN semakin menjadi-jadi apabila terus-menerus memainkan sentimen kaum dan agama bagi memecah-belahkan keharmonian rakyat Malaysia.

“Ini termasuk tohmahan tidak berasas yang diulangi mereka menuduh DAP sebagai anti-Islam, anti-Melayu dan sebagainya walaupun ianya satu tohmahan kosong.

“Kepada orang Islam, UMNO tuduh jika PR menjadi kerajaan, orang Melayu dan Islam akan tertindas. Tetapi di hadapan orang bukan Islam, mereka kata sebaliknya,” jelas beliau.

Malah, menurutnya, UMNO-BN kelihatan begitu terdesak apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah lama bersara daripada politik terpaksa campur tangan mengeluarkan kenyataan mengarut dengan menyeru rakyat Malaysia memilih ‘syaitan yang dikenali’ daripada ‘malaikat yang tidak dikenali’.

Selain itu, Kit Siang menjelaskan, tujuan DAP memilih menyambut ulangtahun di Johor merupakan satu simbolik ‘tornedo’ politik kali ini akan bermula daripada selatan menuju ke utara.

“Negeri Johor sangat penting bagi Pakatan Rakyat (PR), kita mahu rakyat Johor menjadi penentu kayu ukur kejayaan PR justeru seluruh parti yang bersama PR haru bersatu-padu.

“Kali ini jika kita berjaya memenangi 14 lagi kerusi Parlimen, kita sudah berjaya menawan Putrajaya dan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya. – Roketkini.com

Sunday, February 24, 2013

[Wajib Baca] Apa Bukti DAP Tindas Agama Islam? Siapa Mahu Jawab???


Lim Guan Eng

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.

Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia.

Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berat.

Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.

Lagipun dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN.

Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.

Macam mana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?

Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi.

Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.

Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak Umno memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip, dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang boleh membawa perubahan positif kepada masa depan negara.


LIM GUAN ENG adalah ketua menteri Pulau Pinang


Hujah Tambahan:

Klik di sinidi sini


Wednesday, January 2, 2013

Walaupun Ditindas, Dibunuh, Penduduk Palestine Dijangka Mengatasi Penduduk Yahudi pada Tahun 2016


[BERNAMA] Baitulmaqdis: Orang Arab akan melebihi penduduk Yahudi di wilayah ditakluki Palestin tujuh tahun lagi, menurut anggaran Biro Perangkaan Palestin.

Perkembangan ini akan memberi implikasi besar kepada Israel, menurut laporan itu.

Pada masa ini, 5.8 juta penduduk Arab tinggal di Israel, Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, kata biro berkenaan. Data Israel pula menganggarkan orang Yahudi seramai enam juta ketika ini.

Biro itu menekankan, berdasarkan kadar kelahiran masa kini, bilangan dua penduduk itu akan sama pada 2016.

Bagaimanapun, pada 2020, bilangan penduduk Arab akan mencapai 7.2 juta manakala Yahudi, 6.9 juta.

Isu demografi digunakan sebagai hujah penting bagi menubuhkan negara Palestin bagi penyokong hak Palestin di Israel.

Mereka berpendapat, menyerahkan kawalan wilayah Palestin dan penduduknya adalah cara tunggal memastikan Israel terjamin sebagai demokrasi dengan majoriti Yahudi pada masa depan.

Di New York, anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) mengeluarkan kenyataan mengutuk perluasan penempatan haram Yahudi di wilayah ditakluki Palestin, lapor agensi berita IRNA.

Anggota NAM menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memenuhi komitmen dengan menghalang kegiatan haram itu diteruskan sedangkan ia mencabul undang-undang antarabangsa.

NAM menegaskan, rejim Zionis itu bertindak balas atas keputusan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengubah status Palestin kepada ‘negara pemerhati bukan anggota’, November lalu. - AP