Showing posts with label gila seks. Show all posts
Showing posts with label gila seks. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

Budak OKU Diliwat, Dubur Dijolok Dawai Besi

Sekadar hiasan.

[HM] Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang lumpuh kedua-dua kaki berusia tujuh tahun didakwa diliwat seorang remaja termasuk duburnya dijolok dawai besi di sebuah pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini.

Kejadian berlaku pada 16 April lalu dan mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Ibu mangsa dikenali sebagai Intan, 40-an, berkata, kejadian itu sangat menyedihkan kerana dia baru menghantar tiga anaknya termasuk mangsa untuk dijaga di pusat jagaan berkenaan sejak empat bulan lalu selepas mereka dihalau keluarga mentuanya, manakala suaminya masih menjalani rawatan di sebuah pemulihan dadah. 

Dia yang berasal dari Sandakan, Sabah berkata, selepas dihalau, dia buntu kerana tiada rumah dan pekerjaan menyebabkannya mengambil keputusan menghantar anak kembarnya berusia tujuh tahun termasuk mangsa serta seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun ke pusat jagaan itu.

“Selepas menghantar anak dan yakin mereka selamat dijaga, saya mendapat kerja sebagai pembantu rumah di Taman Templer, Rawang, Selangor dengan bantuan rakan. 

“Kali terakhir jumpa anak pada Mac lalu dan saya berasa syak apabila melihat muka anak saya yang lumpuh itu ada kesan lebam. Pihak pusat jagaan berkenaan mendakwa anak saya jatuh katil. 

“Bagaimanapun, pada jam 2 petang 17 April lalu, saya terkejut mendapat panggilan mengenai anak saya cedera dan saya dijemput dari rumah majikan di Rawang kira-kira jam 5 petang hari yang sama oleh pegawai JKM ke hospital HTJS.

“Doktor meminta saya tandatangani surat supaya mereka boleh melakukan prosedur perubatan termasuk untuk memasukkan kamera menerusi lubang dubur. Anak saya dikatakan dicucuk menggunakan dawai besi ke dalam lubang duburnya oleh penghuni di pusat jagaan. 

“Barang bukti diambil pihak polis untuk membantu siasatan. Kesan air mani turut ditemui dalam lubang duburnya,” katanya.

Menurutnya, ada pegawai kebajikan memberitahu anaknya ditemui lemah dan berdarah di bahagian lubang dubur manakala perbuatan berlaku pada jam 8.40 malam, 16 April lalu.

Dia yang diberi pelepasan bercuti oleh majikan untuk menyelesaikan masalah itu berkata, dia tidak dapat menyembunyikan rasa pilu dengan kejadian itu dan bertekad membela nasib anaknya.

“Saya memerlukan peguam, tetapi tiada duit, jadi saya perlukan bantuan Baitulmal. Saya juga merayu mana-mana pihak yang mahu membantu.

“Dia buah hati saya, anak yang saya sayang. Saya tak mahu anak hidup merempat macam saya,” katanya yang juga mualaf.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, buat masa ini suspek diletakkan dalam pemerhatian di wad psikiatri.




Tuesday, April 16, 2013

Lelaki 50-an Ajak Budak Bawah Umur Projek Berahi

Sekadar hiasan.

[SH] ALOR GAJAH - Seorang promoter jualan trauma selepas diajak melakukan seks rambang di sebuah padang bola di Masjid Tanah, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Nurhazlina Shari, 17, dari Tanjung Bidara sedang menunggu rakan sekerjanya didatangi seorang lelaki tidak dikenali menghulurkan sejumlah wang sebelum mengajaknya melakukan seks.

Nurhazlina berkata, selepas setengah jam menunggu rakannya seorang diri di sebuah padang bola, seorang lelaki berusia awal 50-an yang menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 menghampirinya.

Menurutnya, ketika itu, lelaki berkenaan menyapanya yang sedang berdiri di sebelah motosikal dan bertanyakan ia milik siapa.

"Selepas itu, lelaki tersebut menghulurkan wang berjumlah RM200 sebelum saya bertanyakan apa tujuan sebenar lelaki itu. “Tanpa segan silu lelaki itu menyatakan hasratnya mengajak saya melakukan hubungan seks dan katanya duit RM200 itu sebagai bayaran perkhidmatan," katanya.

Menyedari kawasan berkenaan adalah tempat awam, Nurhazlina menengking lelaki berkenaan kerana bersikap biadab. “Bimbang dengan apa yang berlaku saya terus hubungi rakan supaya datang cepat,” katanya.

Dalam waktu itu, Nurhazlina sempat mencatat nombor pendaftaran motosikal ditunggang lelaki berkenaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan sebelum siasatan lanjut dilakukan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 52 tahun di sekitar Balai Polis Masjid Tanah beberapa jam selepas mangsa membuat laporan.

“Suspek kemudian ditahan dan disiasat dibawa Seksyen 14 Akta kesalahan Kecil 1955 bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.


P/s: Orang tua tidak sedar diri!



Wednesday, April 10, 2013

Penagih Porno Sumbat Belut ke dalam Dubur Sendiri



[HM] Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” 
 
Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoal siasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. - Daily Mail
 
 

Wednesday, March 27, 2013

[Gambar] Aksi Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita Berjaya Dirakam

Panjat pagar curi pakaian dalam
Aksi seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita di Taman Rimba berjaya dirakam CCTV pada 24 Mac lalu

[SH] MENTAKAB – Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur.

Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.

Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya.

“Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran,” katanya.

Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri.

Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian.

“Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.

Lelaki Peluk, Raba Bini Orang Dihukum Penjara 14 Hari


[SH] KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang buruh yang mencabul isteri orang menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Lebih malang, Majistret Abdul Hayyi Salim turut memerintahkan Ridzuan Che Anera, 32, dari Jalan Teluk Lipat, Dungun, dipenjarakan tiga bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hukuman itu diputuskan selepas Ridzuan mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa berumur 27 tahun di sebuah rumah di Jalan Gong Badak, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi, 30 November 2012.

Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dengan memeluk dan meraba buah dada serta kemaluan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Ridzuan tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi Ridzuan yang secara tiba-tiba muncul lalu masuk ke dalam rumahnya.

Ridzuan bertindak memeluk dan menutup mulut mangsa, sementara sebelah tangan lagi meraba buah dada dan kemaluan mangsa.

Bagaimanapun, Ridzuan melarikan diri sejurus terkejut mendengar tangisan anak mangsa.

Ketika mahu melarikan diri, Ridzuan sempat berpesan kepada mangsa supaya jangan memaklumkan mengenai kejadian berkenaan kepada orang lain.




P/s: Berbaloikah hukuman yang diterimanya berbanding dengan trauma dan maruah mangsa yang tercalar teruk?


Friday, March 8, 2013

Pengarah Raba, Pukul, Ugut, Ajak Lakukan Seks Lebih 50 Kali, Siapa? Umurnya 38 Tahun!

 
[HM] “Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan seks.

“Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain,” kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.

Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat ‘permainan’ seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual.

Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan.

“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.

Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual apabila meraba anggota badannya.

“Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.

Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.

“Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,” katanya.
 
 
P/s: Siapa?
 
 
 

Thursday, March 7, 2013

Orang Sibuk Berjuang di Lahad Datu, Dia Sibuk Tunjuk Anu...



[HM] Georgetown: Seorang anggota wanita sebuah pasukan keselamatan membuat laporan polis selepas mendakwa diganggu secara seksual oleh rakan sekerja lelaki ketika menjalani latihan renang di Pantai Miami, Batu Ferringghi, kelmarin.

Kejadian berlaku sejak Januari lalu apabila mangsa berusia 23 tahun menjalani latihan bersama suspek berusia 20 tahun di pantai berkenaan, selain mendakwa menerima kiriman sistem pesanan ringkas bergambar (MMS) lucah daripada suspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan, mangsa mendakwa menerima gambar kemaluan lelaki yang dihantar suspek.

Beliau berkata, mangsa memberitahu suspek mencabulnya dengan memegang payudaranya ketika menjalani latihan renang, selain suspek melondehkan seluarnya dan meminta mangsa melakukan seks oral.


P/s:  Gila seks!


Wednesday, January 9, 2013

“Saya lihat depan mata ayah memaksa emak melakukan seks..."

·       Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha bertanyakan sesuatu kepada mangsa.

[SH] AMPANG - “Saya lihat depan mata ayah memaksa emak melakukan seks dan emak akan dipukul kalau enggan berbuat demikian,” luah kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun, menceritakan penderitaan ibunya.

Dia berkata, lelaki itu akan menghentak kepala serta memukul ibunya setiap kali wanita itu enggan mengadakan hubungan seks.

Menurutnya, dia tidak mahu tinggal lagi bersama lelaki itu kerana bimbang akan menjadi mangsa rogol satu masa nanti.

“Sekarang saya, emak dan adik menumpang di rumah saudara kerana mahu mengelak penderaan dilakukan ayah,” katanya ketika di Pejabat Dun Teratai bersama keluarganya bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan, di sini, kelmarin.

Sementara itu, ibu mangsa, yang berusia 39 tahun  memohon pihak bertanggungjawab mengambil perhatian mengenai perkara ini seterusnya menyelamatkan dia daripada keganasan suaminya.

Menurutnya, dia menjadi mangsa lelaki itu sejak 2003 dan akan didera sekiranya permintaan tidak dipenuhi.

“Suami akan mengeluarkan senjata tajam mengugut akan mencederakan anak-anak jika dia tidak dilayan.

“Disebabkan tiada pilihan saya terpaksa memenuhi kehendaknya setiap hari walaupun depan anak,” katanya.

Dia berkahwin dengan lelaki itu sekitar 2000 ketika  melancong ke Malaysia dan dikurniakan dua anak sepanjang perkahwinan mereka.

Sementara itu, Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang membantu mangsa membuat laporan berkata, akan mendapatkan perlindungan bagi membela nasib mereka.

“Selain bimbang dengan persekolahan anak mangsa, saya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin daripada diganggu lelaki itu,” katanya.

Jenice turut menasihati mangsa penderaan rumah tangga lain tampil membuat laporan.