Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts

Friday, February 22, 2013

[PANAS] Siapa FLORA ONG? Deepak Janji Pampasan untuk Anak Althantuya!!!



[HD] KUALA LUMPUR- Satu lagi nama baru keluar dari ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Flora Ong.

Deepak berkata, Najib mengenali dan mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua wanita iaitu Altantuya Shariibuu dan Flora Ong.

Deepak juga mendakwa Najib memberikan sokongan kewangan kepada kedua-dua wanita ini.

Pampasan untuk anak Antantuya

Deepak hari ini berjanji akan memberikan semua pampasan yang beliau perolehi dari tindakan samannya ke atas Datuk Seri Najib Razak kepada anak dan keluarga wanita Monggolia yang dibunuh dengan kejam, Altantuya Shariibuu.

Ini kerana, merekalah mangsa sebenar dari kematian wanita dari Monggolia ini, kata Deepak kepada Harakahdaily.

"Saya berjanji akan memberikan seluruh pampasan yang bakal saya perolehi dari saman ini kepada anak yatim yang ditinggalkan Altantuya dan keluarganya.

"Biarkan kebenaran terdedah (melalui saman ini)," tegas Deepak dalam kenyataannya.

RM100 juta saman

Deepak hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Najib Razak kerana mendakwa beliau sebagai orang yang tidak berkredibeliti.

Beliau juga mengaitkan adik beradik Najib dalam kes ini iaitu Nazim dan Johari Razak di samping isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini kerana, kata beliau, ketiga-tiga mereka mempunyai kaitan secara langsung dengan kes pembikinan akuan bersumpah kedua yang dibuat oleh P Balasubramaniam.



P/s: Lenakah tidur Najib?


Kemas Kini (8/3):

Flora Ong Nafi Dakwaan Deepak Jaikishan

[KD] KUALA LUMPUR 7 MAC: Ahli perniagaan, Flora Ong menafikan dakwaan Deepak Jaiskishan berkaitan hubungan rapat beliau dengan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga menolak dakwaan Deepak berkaitan penganugerahan projek bernilai RM2 bilion daripada Perdana Menteri itu.

Hal ini dinyatakan peguam Flora yang menyifatkan dakwaan Deepak sebagai tidak benar.

Deepak adalah ahli perniagaan yang sebelum ini rapat dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan pernah menganggap isteri Najib itu sebagai kakak.




Deepak Saman Fitnah Najib, Kaitkan Wanita Bernama "Flora Ong" dengan Najib

 
[KD] KUALA LUMPUR 22 FEB: Ahli Perniagaaan, Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah ke atas Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Deepak berkata, Najib mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 17 Januari lalu.

Beliau turut memetik laporan Malaysiakini.com bertajuk ‘PM Dismisses Deepak Allegation as Not True’ yang disiarkan portal itu pada hari yang sama.

Deepak berkata, kenyataan itu adalah respon terhadap dakwaan beliau yang mengaitkan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pembuatan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramanim.

Antara lain, kenyataan fitnah tersebut berbunyi “It’s not true. He is not a credible person” (Perkara itu tidak benar, Dia (Deepak) tidak boleh dipercayai).

Dalam pernyataan tuntutannya, Deepak selaku plaintif berkata, kenyataan Najib membawa maksud beliau mempunyai reputasi tidak baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercayai, rendah moral dan tidak layak mengadakan hubungan profesional.

“Kenyataan Najib sebagai Perdana Menteri yang menuduh saya menipu dan tidak boleh dipercayai memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli perniagaan” katanya.

Justeru beliau yang memfailkan saman menerusi firma guaman M/s Daim & Gamany menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Najib.

Sebelum ini, Deepak mendedahkan kaitan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Syaribu dan tindakan mempengaruhi P Balasubramaniam menandatangani Akuan Bersumpah kedua.

“Kebenaran tidak boleh diselindungkan, saya mahu beliau mengaku atau nafikan hal ini sebelum kepulangan P.Bala Ahad ini,” tegasnya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Bercakap kepada Keadilandaily, Deepak turut menuntut Najib menjawab semua tuduhan termasuk penafian beliau mempunyai hubungan intim dengan Altantuya dan seorang lagi individu bernama Flora Ong.

Malah Deepak berkata, Najib turut membiayai kewangan kedua-dua wanita tersebut.

Sementara itu, peguam R.Sivarasa yang mewakili Deepak berkata, saman berkenaan difailkan ekoran tindakan Najib mengeluarkan perkataan fitnah dan berniat jahat.

“Kami hanya tunggu jawapan Najib untuk mengaku atau nafikan penglibatan beliau dalam semua tuduhan ini dan proses seterusnya adalah di Mahkamah,” katanya.

Turut hadir ketika saman itu difailkan adalah peguam Afiq M Noor.
 
 
 

Thursday, February 14, 2013

Surat Terbuka Deepak kepada Dr Mahathir Dedah Pekung...



Tun,

Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu “Abaikan Deepak”, dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.

Tun,

Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya.

Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.

Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai ”orang pakistan” namun kami sama sama ”anak Malaysia” yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis ”Surat Sejarah 17 Jun 1969” yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.

Tun,

Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.

Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.

Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan “dakwaan untuk individu terpilih” atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.

Tun,

Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.

Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.

Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar “16 D”, yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?

Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai ’hukuman’ dia untuk CBT.

Tun,

Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:-

a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja
b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami
c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami

Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:

i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut
ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan
iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri.

Tun,

Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-

a) Tukar CEO serta-merta
b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit
c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.

Tun,

Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?

Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu ‘I did it my way’.

Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.

Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.

Tun,

Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.

Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.

Tun,

Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.

Ikhlas,

DEEPAK J TEKWANI
 
 
 

Wednesday, February 13, 2013

[PANAS] Deepak Bongkar SD 3 Pengakuan "Individu" Diarah Bunuh Altantuya



[KD] KUALA LUMPUR 14 FEB: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang. 
 
“Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya.

“SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor,” kata Deepak.

Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, ‘seseorang’ menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.

Dalam artikel bertajuk ‘Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims’ itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.

Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan ‘fakta tertentu dan butiran panas’ urusan antara Najib dan Altantuya.

Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak.

“Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran,” kata Sivarasa dalam kenyataan.

Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada ‘hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House’.

“Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011.

“SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar,” kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

“Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah.

“Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya,” kata Sivarasa.

Akuan Bersumpah Pertama & Kedua
Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.

Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.

Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah.

 
 
Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai ‘kakak’ berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.

Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006.

Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.

Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.

Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.

Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.

Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak.
 
 

Deepak Mahu Dedah Dakwaan Rosmah Guna Khidmat Bomoh dalam Buku Keduanya



[KD] KUALA LUMPUR 13 FEB: Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.


Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib, kata Deepak.

“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.

“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” katanya.

Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk ‘menundukkan’ sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri.

“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut.

Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.

Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.’

Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.

“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata:

“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak.



Laporan Lain:

Deepak Hantar Surat kepada AG Mohon Imuniti

[MK] Saudagar permaidani Deepak Jaikishan memohon imuniti daripada sebarang dakwaan undang-undang sebagai galang ganti untuk mendedahkan "lebih banyak maklumat berkaitan salah guna kuasa dan rasuah perdana menteri".

Permohonan itu dibuat Deepak dalam satu surat rasmi yang diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di Putrajaya sekitar jam 12 tengahari tadi.

Dalam surat tersebut, Deepak menyatakan kesediaannya untuk menyalurkan maklumat lanjut berkenaan salah guna kuasa pemimpin tinggi negara itu kepada mana-mana pihak berkuasa .

"Saya bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasa untuk memberikan maklumat lanjut mengenai penglibatan perdana menteri di dalam penyalahgunaan kuasa yang melibatkan keluarga beliau dengan syarat saya diberikan perlindungan daripada sebarang dakwaan jenayah dan diberikan 'certificate of immunity'," kata Deepak dalam surat itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Deepak berkata surat itu diterima seorang wakil kepada Tan Sri Mohd Gani Patail yang hanya dikenali sebagai Haji Nasaruddin.

Menurutnya, beliau memberikan masa sehingga 11 Mac depan - yang merupakan tarikh hari jadinya - untuk Peguam Negara memberi maklum balas kepada permohonan beliau itu.

Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sewaktu menyerahkan surat itu. 

Deepak sebelum ini mendakwa menjadi orang tengah dalam akuan bersumpah kedua penyiasat P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Beliau turut membuat beberapa lagi dakwaan salahlaku terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Najib telah menafikan semua dakwaan Deepak dan menyifatkannya sebagai tiada asas dan tidak boleh dipercayai.


Wednesday, February 6, 2013

[PANAS] Deepak Dakwa 90 Peratus Yakin Pegawai PM Ada Semasa Altantuya Dibunuh....



[KD] KUALA LUMPUR 6 Feb: Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh.

“Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi.

Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak.

“Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat,” kata Deepak.

Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya.

“Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus,” katanya.

Beliau turut mempersoal kehadiran pegawai terbabit di tempat Altantuya dibunuh.

“Jika dilihat secara logik, apakah tujuan pegawai-pegawai perdana menteri dan isteri berada di lokasi pembunuhan seorang warga asing jika ia tidak berkaitan tugasan mereka,” kata Deepak.

Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka.

Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Beberapa bulan lalu, Deepak dalam siri pendedahannya mendakwa beliau terlibat dalam membantu Najib dan Rosmah dalam menyiapkan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (PI Bala) yang menafikan pengakuan dalam SD 1 dibuat penyiasat persendirian itu.

Kematian Altantuya terus dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Dalam pertemuan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu, Deepak turut membawa bukti-bukti penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam beberapa penyelewengan khazanah dan harta negara.

Antara isu ditimbulkan Deepak adalah bukti campur tangan Najib dalam pengambilalihan secara paksa Astacanggih Sdn Bhd, syarikat miliknya oleh Boustead Holdings Berhad dan penjualan lapangan terbang di Sungai Besi oleh Lembaga Tabung Angkatan Malaysia (LTAT).

Selain itu, beliau menyentuh salah guna kuasa tentera oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan mendakwa didalangi oleh Perdana Menteri.

“Saya ada surat-surat dan semua dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sah, mereka tak boleh lawan kebenaran,” tegas usahawan permaidani itu.

Menurutnya, selepas siri pendedahan ‘top-secret’ olehnya, beliau berkali-kali ditekan memaksanya mendapat jaminan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan membabitkan pemimpin nombor satu negara.

Beliau hari ini berjaya mendapatkan sokongan daripada PAS dan peguamnya bagi tujuan itu selepas pertemuan kira-kira satu jam.

Pertemuan itu turut dihadiri Penolong Setiausaha PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Asmuni Awi yang juga peguam.

Asmuni menyatakan kesediaan menulis surat kepada Peguam Negara bagi membolehkan Deepak mendapat imuniti di bawah Seksyen 2 (b) yang memberi perlindungan kepada saksi.



P/s Kes berat....!



Sunday, February 3, 2013

[Gambar] Iklan tentang Cincin & ROSMAH, Cukup Hot

Gambar disalin dan tampal dari TheFlyingKick - bersusah payah empunya blog tersebut mempertahankan Rosmah. Rasa-rasanya gambar ini dari Sharpshooter.


P/s: Kah kah kah!

Khabarnya iklan ini dijumpai di Terengganu.
 
Apa reaksi Haji Najib dan Hajah Rosmah?





Thursday, January 3, 2013

Deepak Didakwa Serah Dokumen Pembelian Barang Kemas RM13 Juta kepada Individu Tertentu Sebelum Sampai ke Tangan Pimpinan PKR




Deepak Serah Sendiri Dokumen Pembelian Barang Kemas RM13 Juta

 
[Selangorku] PETALING JAYA, 3 JAN : Pendedahan dokumen yang menunjukkan pembelian barang kemas bernilai RM 13 juta yang didakwa untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah sahih dan diserahkan sendiri oleh perniaga karpet, Deepak Jaikishan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini berkata, Deepak telah menyerahkan kesemua dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan PKR.

Menurut Rafizi, dokumen itu kemudiannya diserahkan kepadanya oleh individu terbabit yang juga merupakan pimpinan PKR untuk disemak dan dipastikan kebenarannya.

“Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada VIP tanpa ada bukti habuan atau projek yang terlibat.

“Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM 160 juta untuk membeli syarikat milik Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam.

“Selepas menyemak dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia mempunyai asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini pagi tadi.

Sehubungan itu, katanya, kenyataan Deepak wajar dijadikan bukti dalam siasatan akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen itu melibatkan syarikat dan urusniaga syarikat beliau sendiri.

Tambah Rafizi, beliau juga telah menerima persetujuan daripada individu yang menerima dokumen itu bagi membuktikan bahawa ia diperolehi daripada Deepak.

“Jelas membuktikan bahawa tindak tanduk dan tingkah laku Deepak sebelum ini tidak berkait rapat dengan PKR.

“Ia menyangkal percubaan Umno-BN yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh PKR. Malah Deepak sendiri menyatakan kekecewaannya kerana pimpinan PKR dilihat keberatan untuk berbincang dengan beliau.

“Oleh itu, setelah mengadakan perbincangan bersama pimpinan parti, maka saya boleh bertemu dengan Deepak untuk meneliti segala bukti yang dimiliki, seperti yang didakwa sebelum ini,” ujarnya.

Rafizi semalam mendedahkan dokumen yang didakwanya bukti pembelian barang kemas oleh syarikat Deepak dari dua syarikat di Hong Kong.

Antara dokumen yang didedahkan Rafizi adalah emel invois pembelian berlian dari syarikat Dehres Limited dan Firestone Co. Ltd dan slip pembayaran melalui dua buah bank.

Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD 3.9 juta (RM 11.8 juta) bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd.

Kesemua barangan kemas itu dibayar oleh dua syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd dalam tempoh tiga bulan Mac hingga Mei 2009, selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, di dalam beberapa laporan semalam, Deepak menafikan beliau membeli barang kemas tersebut.


P/s: Dalam laporan MK di sini menyatakan bahawa Deepak tidak mengulas lanjut sama ada beliau membayar atau tidak barang kemas mewah tersebut. 


Wednesday, January 2, 2013

Kenyataan Deepak: NAFI Beri Rafizi Dokumen, Tetapi TIDAK NAFI Bayar Barang Kemas


"Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen"

[MK] Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini,"
katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

"Saya dinasihatkan oleh peguam supaya tak cakap apa-apa.Beri saya dua tiga hari.

"Saya tak tahu apa-apa mengenai kandungan dokumen itu. Saya juga tak tahu apa yang dia (Rafizi) katakan. Saya disini bukan untuk politik tapi untuk kebenaran.

"Saya akan meneliti dokumen itu dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya lagi.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan Deepak bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi berkata beliau percaya dokumen yang dikemukakannya berhubung pembelian barang kemas berkenaan adalah tulen. 



 P/s: Adakah Rafizi menamakan Deepak sebagai pembekal dokumen dan invois yang didedahkannya baru-baru ini? Sila baca tulisan Rafizi di sini.






Tuesday, January 1, 2013

[PANAS] KeAdilan Minta Penjelasan Rosmah Mansor tentang Dakwaan Deepak Bayar Barang Kemas Mewah (Disertakan Dokumen)


[KD] PETALING JAYA 2 Januari: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.

Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd.

Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.

Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah.

Rafizi menggesa pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya.

Inilah cincin berlian tersebut sebagaimana terkandung dalam dokumen pembelian

“Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh tiga bulan untuk Rosmah sangat serius, apatah lagi beliau (Deepak) menampilkan dokumen sebagai bukti,” kata Rafizi.


Sumber Berita:

Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah

[RafiziRamli] Urus niaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):
1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invois dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);

8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;
10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan
11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).
Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.
Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

P/s: Pautan dan imej dokumen, invois di sini.
Jangan tunggu lama-lama untuk menjelaskan hal ini. Jika tidak benar, sila nafikan dan sertakan bukti atau kenyataan untuk menyanggahnya. Jika benar...berpeluhlah!






Monday, December 31, 2012

Buku Panas tentang Skandal Pembunuhan Altantuya Mula Diedarkan



[HD] KUALA LUMPUR: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose - Black Rose 1.0"

Harakahdaily mula menerima buku itu hari ini.

Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.

Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.

Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya.

Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku ini menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.

Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian barangan berharga mahal.

Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif termasuk Harakahdaily.

Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.

Selepas wawancara disiarkan Harakahdaily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat.

Selepas wawancara kedua disiarkan dalam Harakahdaily pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.

Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini.

Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.

Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.

Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.

Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok.







Wednesday, December 12, 2012

[PANAS Gila] Deepak Bukukan Urutan Peristiwa Kaitannya dengan Kes Altantuya

Sekadar hiasan.
[KD] KUALA LUMPUR 13 Dis: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Buku itu katanya, akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita semalam.

SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya.

“(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini – semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima,” katanya dipetik Malaysiakini.

Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.



Deepak

Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan baik wanita itu sebelum ini.

“Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi (semalam) saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini,” katanya.

Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu.

Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi masa lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi.
P/s: Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku paling panas setakat ini!

Tuesday, December 11, 2012

[PANAS- Video] Deepak Jaikishan yang Dikaitkan dengan Hajah Rosmah/Haji Najib Buka Mulut 2


[HD] KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.


Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."

Laporan pertama di sini.