Showing posts with label Nasharuddin Mat Isa. Show all posts
Showing posts with label Nasharuddin Mat Isa. Show all posts

Friday, February 15, 2013

[PANAS] Nasharuddin Mat Isa Bakal Jadi MENTERI Kementerian...



...Kemajuan Islam Malaysia???

Sebuah blog menyiarkan artikel yang mendakwa JAKIM atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan dinaik taraf menjadi sebuah kementerian. Langkah ini berikutan keputusan mesyuarat tertutup kabinet yang dikatakan membincangkan hal itu dan sebulat suara bersetuju untuk menaik taraf jabatan itu menjadi sebuah kementerian. 

Blog itu mendakwa cadangan menaik taraf JAKIM akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran yang melibatkan negeri-negeri di Malaysia.

Blog yang sama mendakwa terdapat khabar angin bahawa Najib bakal menasihati Yang Dipertuan Agong untuk melantik Nasharuddin Mat Isa sebagai Menteri pertama kementerian tersebut.

 Hal ini demikian kerana tidak ada satu fasal pun dalam Perkara 43 Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihati Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu tertentu daripada parti tertentu. Pelantikan boleh dibuat asalkan individu tersebut merupakan ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Adakah khabar angin ini benar atau hanya sekadar kisah dongeng yang dipaparkan dalam blog Truth Vaccine? -DCM



Monday, February 4, 2013

[PANAS] Nasharudin Dapat Slot Khas Secara Langsung di Berita Harian Esok, Bicara tentang Kemelut Dalaman Pas...


Laman FB Berita Harian menguar-uarkan lintas langsung bersama-sama dengan Nasharuddin Mat Isa yang akan disiarkan secara langsung esok bermula pukul 3 petang. 

Wow!

Rasa-rasanya, tidak pernah pemimpin pembangkang diberi slot yang seistimewa ini. Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan difitnah dahulu, media perdana turut berkomplot dengan pemimpin UMNO untuk menjatuhkannya. 

Kalau disorot kembali, pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Pas mendapat pembelaan daripada pemimpin utama UMNO termasuk Najib dan Muhyiddin, media perdana, dan blog-blog pro-UMNO. 

Tidak cukup dengan pembelaan yang diterima, kali ini bekas Timbalan Presiden Pas ini diberi slot khas untuk membicarakan kemelut dalaman PAS. Benarkah Pas mengalami kemelut dalaman atau lintas langsung esok sebenarnya hanya untuk mencalar dan memburuk-burukkan Pas?

Mungkin kenyataan  Presiden Pas bahawa PAS ada sebab untuk kekal keahlian Nasha akan dibuktikan oleh Nasha esok? -DCM



Kemas Kini:

Kalau masih ada, transkrip sembang Nasharuddin dengan pelayar internet di sini.

Laporan Bernama tentang lintas langsung tersebut boleh dibaca di sini.

Bagi yang mengikuti perkembangan politik dari semasa ke semasa pasti tidak akan termakan pendapat yang dilontarkan Nasharuddin berkaitan dengan kerjasama PAS dengan DAP dan PKR. Bagi Nasha, kerjasama PAS dengan parti-parti itu dilihat lebih merugikan PAS, kononnya PAS terpaksa mengikut telunjuk parti lain, kononnya PAS mengorbankan prinsipnya demi DAP dan sebagainya. Kata Nasha, PAS lebih baik bersendirian daripada bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Kata Nasha, "Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya,"

Anda nampak jarumnya? Pandangan ini sebenarnya boleh mendorong ahli PAS atau orang Melayu yang tidak mengikuti suasana politik semasa melalui media alternatif atau sumber sahih akan berbelah bagi untuk menyokong Pakatan Rakyat. Umumnya tahu, mana-mana parti tidak dapat memperoleh kejayaan jika bergerak sendirian. Waima UMNO sekalipun tidak akan berjaya untuk membentuk kerajaan jika bergerak sendirian.

Kata Nasha, "Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit,


Apa muslihat Nasha mencadangkan PAS bergerak sendirian. Bukankah cadangan itu mengajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat? Siapa yang akan memperoleh keuntungan jika PAS meninggalkan Pakatan Rakyat? Apa manfaat yang diperoleh PAS? Mampukah PAS mencapai kejayaan seperti hari ini jika bergerak sendirian?


Memang benar, ada beberapa perkara yang menzahirkan perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah isu negara Islam dan kalimah Allah. Walaupun kadang-kadang pemimpin Pakatan Rakyat dilihat berbalas hujah dan pendapat di media, namun adakah perbezaan itu wajar dijadikan alasan untuk meruntuhkan kerjasama yang telah terjalin dan memberikan peluang kepada BN untuk terus menguasai pentadbiran negara? Adakah perbezaan pendapat itu menjadi alasan untuk meranapkan impian rakyat untuk melihat negara ini ditadbir oleh pemimpin yang jujur, amanah? Mereka berbeza pendapat, namun tidak pernah menghina perkara-perkara yang menjadi pertikaian. Anda ingat bagaimana MCA dan Gerakan mempersenda hudud, negara Islam, dan hukum Islam?

Cuba tanya diri, adakah menyokong UMNO yang mencemuh serta menghina negara Islam dan hudud dan membiarkan parti komponen berbuat perkara yang sama adalah cara terbaik untuk membela Islam dan orang Melayu? Adakah membiarkan kelompok yang korup dan pecah amanah terus mengepalai negara akan menyelamatkan negara dan membela nasib orang Melayu?

Fikir!

Reaksi Pemimpin PAS:




Monday, January 28, 2013

TG Nik Aziz Rela Hati Lepaskan Nasharuddin Mat Isa



[SH] KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi  boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.


 P/s: PEDAS!!!



Nasharuddin Tiada dalam Senarai Calon PRU & Digugur Sebagai Ahli Majlis Syura; Mengapa Zambry, Najib, Muhyiddin, Hassan JATI Pula yang Kecewa???


Nasharuddin Tidak Tersenarai Sebagai Calon PAS - Nik Aziz

[Bernama] KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.

Nasharuddin pada Isnin dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong PAS akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.

Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar PAS.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, Isnin.

Beliau berkata bukan semua anggota parti itu "pak turut".

Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya. 


Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik - PM

[Bernama] KUALA LUMPUR: Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.

"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.

"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.

Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.

Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.

Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.

"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.

"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya. 


Hasan Ali: Lucut Nasha 'gembirakan' parasit dalam Pas

[SH] SHAH ALAM – Tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pimpinan ‘parasit’ dalam parti itu.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa, berita pemecatan itu sudah lama dinantikan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menyenangi tindak tanduk Nasharudin yang sebelum ini menghentam secara terbuka Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kerana didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

“Parasit dalam pimpinan Pas memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas beliau (Nasharudin). Golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keputusan Majlis Syura adalah di luar bidang kuasa mereka.

“... keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah tertunai,” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemecatan Nasharudin dari Majlis Syura, Hasan turut mendakwa pimpinan parasit juga tidak menyenangi tindakan Nasharudin apabila beliau telah mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama PR.

Dakwanya lagi, ketidakpuasan mereka membuak lagi apabila melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu ulama di Mekah dan Palestin sambil melabelkannya sebagai pro-Umno.

“Saya yakin selepas ini, Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli Pas.

“...kedudukan beliau kini lebih lemah daripada saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu itu adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Lajnah Politik dan mewakili Pas dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor,” jelasnya yang dipecat awal tahun lalu.

Beliau menambah, berita mengenai pengguguran itu tidak memeranjatkan malah, usaha untuk menjatuhkan karier politik Nasharudin dakwanya telah bermula sejak beliau kecundang dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar 2011.

“Rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pimpinan Pas terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh dan campur tangan dalam urusan kepimpinan Pas,” dakwanya.

“Penyingkiran Nasharudin juga menjadi satu kerugian besar buat Pas apabila ramai pemimpin parti itu masih tidak setanding dan tidak mempunyai kualiti yang sama sepertinya. Beliau boleh diletakkan di kerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia sama ada di Timur ataupun Barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia,” katanya.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan berita itu dan menyatakan keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan badan itu.

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti yang diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Karpal dalam isu hudud.


Laporan lain oleh SH:



P/s: Bersungguh-sungguh UMNO membela Nasharuddin. Cuma kalau nak luah rasa kecewa, mahu membela Nasha, lihatlah fakta dan sebab dia dipecat. Jangan melulu!

Kalau mereka berpendapat Nasha pemimpin yang penting dan berwibawa, apa kata BN mencalonkannya dalam PRU13 nanti?



Kemas Kini:

Pas: Lucut Nasha bukan tindakan politik

[SH] SHAH ALAM - Pas menafikan tindakan dikenakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa - dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura - bermotifkan politik dan ada kaitan dengan lawatan ke Gaza bersama rombongan kerajaan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan melucutkan Nasharudin sebagai ahli Majlis Syura tidak melibatkan politik seperti yang digembar-gemburkan media.

Menurutnya, Pas telah membuat keputusan melalui mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari lalu untuk menggugurkan Nasharudin berikutan komitmennya yang tidak baik.

Beliau berkata, jadi perkara tersebut tidak mempunyai sebarang unsur politik, walaupun ada yang cuba mengaitkan tindakan Nasharudin bersama rombongan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza minggu lalu.

"Tak ada kena-mengena dengan politik.

"Kita mengambil keputusan itu pada 13 Januari lalu, namun saya tak pasti bila surat rasmi dihantar kepada Nasharudin.

"...seperti kita katakan sebelum ini, kita ambil tindakan sedemikian disebabkan komitmennya yang kurang memuaskan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Najib mendakwa tindakan melucut Nasharudin lebih bermotifkan politik.

Ini berikutan tindakan itu diambil selepas Nasharudin pulang dari rombongan Najib dari Gaza.

Bagaimanapun, Najib berkata, Pas sepatutnya menghargai lawatan Nasharudin ke sana demi kepentingan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Nasharudin sering mengadakan lawatan bersama kerajaan sebelum ini.

Namun, beliau berkata Majlis Syura tidak pernah mengambil tindakan terhadap Nasharudin yang mengikuti lawatan tersebut.

"Tak ada kena-mengena dengan lawatan, dulu pun Nasharudin pergi juga.

"Namun kita tak pernah pula ambil tindakan, kalau sebab ini yang dikatakan kita ambil tindakan sebegitu padanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustaffa Ali turut mengakui punca pengguguran Nasharudin bukan disebabkan faktor politik.

Beliau berkata, tindakan Majlis Syura itu dibuat berdasarkan prestasi Nasharudin yang kurang memuaskan.

"Saya memang bukan ahli Majlis Syura, tapi saya diberitahu Nasharudin digugurkan pada 13 Januari lalu sebelum beliau pergi ke Gaza.

"Jadi bukan faktor politik lah, Majlis Syura ambil tindakan sebegitu, tapi prestasi beliau," katanya lagi.


Saturday, January 26, 2013

Nasharuddin Mat Isa Bukan Lagi Ahli Majlis Syura Pas


[SanggahTokSago] Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.


P/s: Patutlah rapat semacam dengan Najib!



Tuesday, January 22, 2013

PAS Tidak Tahu Nasharuddin Mat Isa Ikut Najib ke Gaza


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat kereta yang telah dibom oleh tentera Israel di Bandar Gaza, Rabu. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza. - foto BERNAMA

[Mstar] PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.

"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.

"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.

Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
 
 
 
 P/s: Kawan Nasha di Gaza, penentang tegar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat
 

Sehati sejiwa!

Mungkin selepas ini sehati, sejiwa, separti!

Kali ini apa pula alasan untuk "back up" bekas Timbalan Presiden Pas ini?