PRU13: Bekas Pemimpin Pembangkang Boleh Bertanding Atas Lambang BN
[Mstar] KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin pembangkang boleh bertanding atas lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya dipilih untuk bertanding, kata Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dia (bekas pemimpin pembangkang) akan guna lambang BN jika dipilih untuk bertanding mewakili parti," katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas dengan pimpinan tertinggi BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.
Bagaimanapun, Najib berkata pencalonan mereka akan ditentukan jika terdapat ruang dan boleh diterima pengundi di kawasan tersebut.
"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, kita juga boleh memikirkan mereka untuk bertanding.
"Tak semestinya masuk mana-mana parti tapi bertanding atas tiket BN," katanya.
Jelas Najib, bilangan tersebut agak kecil kerana tidak berlaku sebarang penambahan kerusi pada pilihan raya kali ini.
"Bilangan kerusi sama dengan Pilihan Raya Umum 2008...sebab itu kita kena buat penyesuaian," katanya.
P/s: Ada katak politik di Perak sudah secara terbuka mengisytihar diri tidak bertanding, katak politik Gobala sudah merayu Najib agar mencalonkan dirinya atau isterinya dalam PRU kali ini. Katak politik seperti Ibrahim Ali, Zul Kulim juga sudah bersungguh-sungguh berkhidmat untuk BN. Sudah tentu, mereka juga berhajat besar untuk menjadi calon BN. Nasharuddin Mat Isa bagaimana? Sia-sialah dipecat kerana bersikap mesra UMNO kalau tidak dicalonkan sebagai wakil BN! Jangan lupa Hasaang Ali yang sanggup menuduh bini orang berzina dengan lelaki lain demi kepentingan politiknya!
Namun, Najib sudah mengumumkan bahawa tempat adalah terhad. Katak politik mana yang bertuah? Tunggu dan lihat!
No comments:
Post a Comment