Showing posts with label MP Katak. Show all posts
Showing posts with label MP Katak. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Bertanding Kerusi BN, Katak Politik Mana yang Bertuah?


PRU13: Bekas Pemimpin Pembangkang Boleh Bertanding Atas Lambang BN

[Mstar] KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin pembangkang boleh bertanding atas lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya dipilih untuk bertanding, kata Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dia (bekas pemimpin pembangkang) akan guna lambang BN jika dipilih untuk bertanding mewakili parti," katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas dengan pimpinan tertinggi BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Najib berkata pencalonan mereka akan ditentukan jika terdapat ruang dan boleh diterima pengundi di kawasan tersebut.

"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, kita juga boleh memikirkan mereka untuk bertanding.

"Tak semestinya masuk mana-mana parti tapi bertanding atas tiket BN," katanya.

Jelas Najib, bilangan tersebut agak kecil kerana tidak berlaku sebarang penambahan kerusi pada pilihan raya kali ini.

"Bilangan kerusi sama dengan Pilihan Raya Umum 2008...sebab itu kita kena buat penyesuaian," katanya. 


P/s: Ada katak politik di Perak sudah secara terbuka mengisytihar diri tidak bertanding, katak politik Gobala sudah merayu Najib agar mencalonkan dirinya atau isterinya dalam PRU kali ini. Katak politik seperti Ibrahim Ali, Zul Kulim juga sudah bersungguh-sungguh berkhidmat untuk BN. Sudah tentu, mereka juga berhajat besar untuk menjadi calon BN. Nasharuddin Mat Isa bagaimana? Sia-sialah dipecat kerana bersikap mesra UMNO kalau tidak dicalonkan sebagai wakil BN! Jangan lupa Hasaang Ali yang sanggup menuduh bini orang berzina dengan lelaki lain demi kepentingan politiknya!

Namun, Najib sudah mengumumkan bahawa tempat adalah terhad. Katak politik mana yang bertuah? Tunggu dan lihat!




Thursday, March 28, 2013

[Video] Zul Nordin Perkasa Mesra UMNO Hina Penganut Hindu









PKR Dakwa Zulkifli Noordin Hina Hindu

[MK] PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.

Naib Presiden PKR N Surendran (kanan) berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.

"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.

Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu bawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.
P/s:  Zul Noordin, kantoi!!!


Kemas Kini:

Zul Nordin mendakwa ceramah tersebut disampaikan ketika dia masih anggota PAS. Realitinya:



Saturday, December 8, 2012

Zahrain Sertai UMNO Semula...Ada yang Terkejut?



[SH] SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR.

Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini.

Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Saya menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden Umno... bersama saya hari ini 347 yang lain," kata beliau ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.

Bagaimanapun beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra Barisan Nasional. Selain beliau, beberapa wakil rakyat lain turut keluar PKR ketika itu.

Ketika mengumumkan keputusan keluar PKR pada 12 Februari 2010, Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau akan menjadi Ahli Parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Dalam pada itu, Zahrain dipetik Bernama berkata, beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.

"Sudah sampai masanya saya memilih Umno kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja.

"PKR dan Pas yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Zahrain berkata, lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai Umno pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu memberi kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.

"Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno) dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau)," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong Umno jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata, beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah berkata beliau yang keluar daripada parti itu pada tahun 2007 juga turut menghantar surat permohonan untuk menyertai Umno hari ini.

"Saya kembali menyokong BN kerana yakin hanya BN dapat membantu semua kaum di negara ini," katanya.



P/s: PRU sudah dekat...Buang masa ulas tindak-tanduk MP Katak ini... Siapa percaya MP Katak keluar parti kerana prinsip? Kah kah kah!