Friday, December 28, 2012

Mangsa Rogol & Campak dari Bas di India Meninggal Dunia

Mayat mangsa dibawa ke kenderaan polis untuk tindakan lanjut. Foto AFP

Yahoo News melaporkan wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai selain dipukul dan dicampak dari bas yang sedang bergerak meninggal dunia pada pagi Sabtu di Singapura selepas mengalami kegagalan organ yang serius. 
 
Wanita berusia 23 tahun itu telah diterbangkan ke Singapura pada hari Khamis untuk mendapatkan rawatan intensif kerana mengalami kecederaan yang serius setelah diserang oleh enam lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember lalu. Mangsa dirogol bergilir-gilir, dipukul dengan bar besi, dan dicampak dari bas yang sedang bergerak.

"Kami amat sedih untuk melaporkan bahawa pesakit tersebut meninggal dunia secara aman pada pukul 04:45 pagi (2045 GMT) pada 29 Disember 2012," kata Kelvin Loh, Ketua eksekutif Hospital Mount Elizabeth Singapura.

"Keluarga dan pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India berada di sisinya."

Wanita itu berada dalam keadaan yang sangat kritikal sejak dimasukkan ke hospital. Menurut Loh, para doktor bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawanya.

"Beliau telah mengalami kegagalan organ yang serius berikutan kecederaan yang dialami pada badan dan otak," kata Loh.

Menurut laporan media, pihak berkuasa di India telah bersedia untuk sebarang kemungkinan berikutan kematian mangsa. Kes rogol tersebut telah mencetuskan protes besar-besaran sejak laporan tentang kes itu didedahkan oleh media. -DCM

Laporan lanjut di sini dan  di sini.

Laporan awal di sini.



 

No comments:

Post a Comment