Wednesday, December 12, 2012

Bapa Tiri Kejam!


GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.

[HM] KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?”

Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.

Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.

Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.


Laporan Berkaitan:

Mekanik Disyaki Dera Anak Berusia 3 Tahun

Mekanik disyaki dera anak berusia 3 tahun
Klip video yang menunjukkan penderaan terhadap mangsa yang dimuat naik ke YouTube.
[SH] SHAH ALAM - Seorang mekanik yang disyaki mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun, ditahan polis di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, Klang, kelmarin.

Penahanan dibuat susulan laporan diterima polis dari seorang pengadu yang juga kenalan suspek.

Berdasarkan laporan terbabit, pengadu mendakwa melihat sebuah klip video di laman YouTube yang memaparkan penderaan dilakukan suspek ke atas mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pada jam 7 petang kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menyerbu rumah suspek dan menahannya kira-kira satu jam kemudian.

Menurutnya, ketika ditahan, mangsa berada di rumah tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan  ibu mangsa yang juga isteri kedua suspek.

"Suspek berusia 32 tahun itu kita tahan reman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Anak tirinya (mangsa) dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut," katanya, semalam.

Jani berkata, berdasarkan laporan hospital, terdapat banyak kesan luka lama dan baru ditemui pada seluruh badan mangsa.

"Kita percaya mangsa sudah lama didera oleh suspek, namun kesan luka baru menunjukkan ia dilakukan sejak dua bulan lalu," katanya.

Beliau berkata, mangsa kini masih dirawat di hospital terbabit dan perkara itu sudah dimaklumkan untuk pengawasan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, siasatan awal mendapati klip video yang menunjukkan penderaan terhadap mangsa dipercayai dirakamkan oleh isteri pertama suspek menggunakan telefon bimbit, sebelum dimuat naik ke YouTube.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya kini sedang menjejaki isteri pertama suspek bagi membantu siasatan.



P/s: Gila kejam! Budak berusia dua tahun, apalah yang dia faham!




No comments:

Post a Comment