Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Suami Boleh MATI PUCUK Jika Isteri Bergaji Besar???



[BH] COPENHAGEN: Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.


Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

Penyelidik berkata: “Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.”

Perbezaan gaji sebanyak £10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.

Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.

Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

“Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

“Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk,” kata penyelidik. - Agensi 

Saturday, January 12, 2013

Skandal Seks untuk Gred Tinggi: Pelajar Serah DARA kepada Profesor


AsiaOne melaporkan bahawa butiran siasatan terperinci berkaitan dengan kes seks untuk gred tinggi membabitkan profesor undang-undang Tey Tsun Hang, 41, dan  pelajar perempuan, Darinne Ko Wen Hui didedahkan di mahkamah.

Pada Khamis lalu, mahkamah diberitahu bahawa kedua-duanya bertemu pada Januari 2010, waktu itu  Ko ialah pelajar kelas Ekuiti dan Amanah Tey.  Ko juga membantu Tey dalam menjalankan kajian untuk bukunya.

Shin Min Daily News melaporkan bahawa Ko, kini 23 tahun, telah hilang dara apabila dia  mengadakan hubungan seks dengan Tey di pejabatnya di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada bulan Julai, 2010.

Mereka mengadakan hubungan seks sekali lagi di pejabat yang sama empat hari kemudian.

Sekitar Mei 2010, Tey telah memberitahu Ko tentang maklumat sulit berkaitan dengan keputusan dan kedudukan Ko dalam kelas sewaktu makan tengah hari, sesuatu yang menurut Ko tidak diketahuinya atau dapat diketahuinya sendiri.

Ko kemudian mula memberikan hadiah kepada Tey. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan  pen Montblanc  bernilai $740 sebagai hadiah hari jadi kerana dia "menyukai" Tey "sebagai teman".

Perbicaraan dijangka berakhir pada 22 Jan dan sebanyak 14 orang saksi, termasuk Ko,  dipanggil untuk memberikan keterangan.-DCM/AsiaOne


Laporan awal di sini.