Showing posts with label masalah sosial. Show all posts
Showing posts with label masalah sosial. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Budak Tahun 6 Antara yang Dicekup Kerana Dadah


Sekadar hiasan.

[Bernama] KUANTAN: Seorang murid lelaki Tahun Enam antara 22 individu yang ditahan pihak polis dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di Kuantan.

Murid sekolah rendah itu ditahan bersama penagih lain di sebuah bengkel besi dekat Gudang Rasau di sini dalam operasi pukul 6 petang kelmarin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata murid itu disahkan positif dadah jenis pil kuda.

"Murid itu juga mengaku menghisap rokok sejak awal usia sembilan tahun," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Bengkel itu dipercayai menjadi tempat kanak-kanak itu dan penagih lain berkumpul bagi melepaskan gian, katanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baki 21 penagih lain berusia 20 hingga 30 tahun itu pula ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 12 (2)serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta memasukkan dadah dalam badan.



Thursday, April 11, 2013

Pelajar Pukul Ketua Kelas Dibuang Sekolah & Diberkas Polis


Polis Tahan Tiga Pelajar Sekolah Menengah Pukul Rakan

[Bernama] BUTTERWORTH: Polis menahan tiga pelajar sekolah menengah di Seberang Jaya, dekat sini yang sebelum ini dikenakan tindakan buang sekolah berhubung kes pukul seorang pelajar di sekolah yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata tiga pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Seberang Jaya di sini pada 11 malam Rabu.

"Kita tahan mereka semalam untuk ambil keterangan bagi melengkapkan siasatan. Jika polis dapat melengkapkan keterangan hari ini kita akan bebaskan pelajar terbabit.

"Sekiranya masih belum cukup (keterangan), polis akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka, semua itu bergantung kepada hasil siasatan kita," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Katanya setakat ini polis telah merakamkan percakapan lapan orang termasuk mangsa, pelajar yang merakamkan video pergaduhan itu dan guru di sekolah berkenaan.

Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Ahmad Tarmizi Kamaruddin dipetik sebagai berkata jabatannya telah membuang tiga pelajar dari sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya di sini setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar dalam kejadian 4 Mac lepas.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila tiga pelajar tingkatan tiga terbabit berang dengan tindakan ketua tingkatan yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.

Perbuatan mereka dirakam dan tersebar luas dalam laman YouTube sejak beberapa hari lepas dan mendapat komen negatif daripada orang ramai.







Sunday, March 31, 2013

Budak 16 Tahun Sambut Ulang Tahun Cinta dengan SEKS

Pelajar berusia 16 tahun ini dicekup berkhalwat selepas menyambut ulang tahun pertama perkenalan dengan teman lelakinya, awal pagi semalam.
 
[SH] LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.
 
 
 

Friday, March 8, 2013

Budak 12 Tahun Curi RM50 000 Milik Ibunya


[HM] Tindakan seorang ibu berkongsi kod laluan peti besi dengan anak lelakinya berusia 12 tahun membawa padah apabila wangnya berjumlah RM50,000 disimpan dalam peti berkenaan lesap dipercayai dicuri kanak-kanak berkenaan.

Kehilangan wang berkenaan disedari mangsa yang berusia 32 tahun apabila mendapati peti berkenaan kosong ketika membukanya di rumah mereka di Bukit Kuang jam 10.20 pagi, Rabu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai peniaga di pusat bandar ini mengesyaki anak lelakinya, murid tahun enam sebuah sekolah rendah terbabit dengan kehilangan wang berkenaan.

Sumber berkata, sebaik mendapati wang simpanannya lesap, mangsa segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

“Polis menahan kanak-kanak terbabit pada jam 11.45 malam, Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,“ katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap kanak-kanak itu, polis menahan dua lagi rakannya masing-masing berusia 13 dan 14 tahun dipercayai terbabit melakukan jenayah berkenaan.

“Dua remaja terbabit yang masih bersekolah dalam tingkatan satu dan dua ditahan di rumah keluarga masing-masing.

“Kanak-kanak terbabit mengaku mencuri wang berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, tiga pelajar terbabit direman di IPD Kemaman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kes berkenaan dan penahanan tiga pelajar berkenaan bagi membantu siasatan.



Wednesday, January 30, 2013

Wow, Remaja 16 Tahun Mengaku Rela Diratah 6 Lelaki Antara 11 Malam Hingga 3.30 Petang

Sekadar hiasan

[SH] IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.


P/s: Apa nak dikatakan lagi?