Showing posts with label haiwan. Show all posts
Showing posts with label haiwan. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Gajah Bertempur, Rebut "Awek"



[HM] Chon Buri: Pelancong dan kakitangan sebuah pusat gajah di sini lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri apabila dua gajah jantan bergaduh kerana berebut gajah betina.

Pihak berkuasa yang dipanggil ke Pusat Gajah Khao Chi Chan Pattaya di daerah Sattahip menemui bangkai gajah jantan berusia 69 tahun, Phlai Sompong yang cedera parah pada badannya akibat dirodok seekor gajah lain.

Phlai Sompong adalah antara 22 gajah yang digunakan untuk mengangkut pelancong mengelilingi pusat berkenaan.

Dia mati selepas bergaduh dengan Phlai Noi yang berusia 30 tahun. Phlai Noi dibawa ke pusat itu dari wilayah Surin untuk dikawankan dengan gajah betina di pusat itu.
 
 
 

Wednesday, April 10, 2013

[Gambar & Video] Ikan Berwajah Buaya Ditangkap di Thailand



[HM] Phitsanulok (Thailand): Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu semalam.

Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya.

Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan kelihatan seperti gabungan buaya dan ikan, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan berat lebih 10 kilogram.

Foto:  Chinnawat Singha

Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula. Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya.

Dia percaya ikan berkenaan dipelihara oleh penduduk yang mengambil keputusan untuk melepaskannya selepas ia menjadi terlalu besar.

Menurut Issara, buaya gar adalah besar, hidup lama, memakan ikan kecil dan burung serta boleh menghasilkan banyak anak. Ekosistem boleh terjejas jika jumlah haiwan itu terlalu banyak di habitat asli Thai.

Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan.

“Ia akan dijual atau diserahkan kepada pegawai perikanan jika mereka datang untuk mengambilnya,” kata Malee. - AFP
 
 
 

Wednesday, February 27, 2013

[Video] Haiwan Diproses Hidup-hidup...Jangan Tonton Kalau Lemah Semangat





Video yang memaparkan haiwan diproses hidup-hidup ini didakwa berlaku di kilang pemprosesan daging burger milik jenama terkenal dunia. Suara latar video ini jelas menyebut nama jenama tersebut.

Siapa yang boleh mengesahkan maklumat video ini?

Tiada bukti yang mengaitkan kejadian itu berlaku di kilang pemprosesan daging burger milik jenama terkenal itu. Berdasarkan pemerhatian, kejadian ini berlaku di luar negara.

Gila kejam!

Kalau diselidik komen-komen di Youtube, ada yang mendakwa video ini memaparkan proses pelupusan haiwan yang berpenyakit, ada juga yang mendakwa kejadian ini berlaku di kilang pembuatan makanan haiwan atau baja.

Namun persoalannya, mengapa cara yang digunakan untuk membunuh haiwan ini sangat kejam?


P/s: Orang bukan Islam mendakwa proses menyembelih haiwan cara Islam itu kejam. Walhal cara itu tidak menyiksa haiwan dan ada kebaikan dari segi saintifik. Kalau menyembelih haiwan itu kejam, bagaimana dengan cara barbarian di atas?




Sunday, February 3, 2013

Ular Jaga ANAK



[HM] Dongguan: Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa.

Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China.


Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu.

“Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat,” kata Azhe.

AZHE bersama ‘penjaganya’ di bilik tidur.

Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya.

Chan berkata: “Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan.

“Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah.”

Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka.

“Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya,” kata Chan. - DM



P/s: Sejinak mana pun haiwan, kita seharusnya sentiasa berwaspada kerana naluri kehaiwanannya tetap ada.



Thursday, January 31, 2013

Anjing "Dilupuskan" Kerana Dianggap Gay



Seekor anjing jenis Pitbull akan dilupuskan di Tennessee hari ini selepas pemiliknya meninggalkan anjing itu di sebuah pusat perlindungan haiwan kerana beranggapan anjingnya itu gay. 

Anjing itu dijadualkan akan dilupuskan dalam masa terdekat kecuali ada orang yang sanggup membelanya. Menurut pemilik tempat perlindungan haiwan itu, tuan anjing berkenaan melihat anjingnya itu melakukan aksi seksual dengan anjing jantan lain sehingga mendorongnya beranggapan bahawa anjingnya itu gay. 

Pakar haiwan berpendapat anjing kadang-kadang memperlihatkan tingkah laku homoseksual, namun anjing jantan melekap dengan ajing jantan lain bukanlah tanda orientasi seksual tetapi sebaliknya anjing itu cuba menunjukkan tanda dominasi. 

Nasib anjing itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pencinta haiwan. Sebuah laman Facebook telah diwujudkan dengan mesej: 'Jangan biarkan anjing cantik ini mati hanya kerana pemiliknya jahil tentang kelakuan biasa seekor anjing! 

'Anjing ini akan dilupuskan esok kerana tiada ruang untuknya di pusat pelindungan!' 

'Pusat perlindungan itu dibuka pada pukul 9 pagi dan anjing itu akan dilupuskan pada pukul 1 petang jika tiada orang yang mahu mengambilnya. 

'Yuran program haiwan angkat ialah ASD38 termasuk suntikan penyakit anjing gila.' -DCM/DM


P/s: Mungkin anjing ini sudah dilupuskan oleh pusat pelindungan tersebut. Macam-macam!

Opppss, kemas kini, anjing itu diselamatkan oleh seorang pencinta haiwan. Wanita itu menamakan anjing itu Elton. Baca di sini.