Showing posts with label Ibrahim Ali. Show all posts
Showing posts with label Ibrahim Ali. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Ada Berita GEMBIRA untuk Ibrahim Ali?


Yes!!!!!

[MSO] Ada maklumat dalam Umno Kuala Lumpur memberi tahu kemungkinan calon UBN untuk kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak akan hadir ke pusat penamaan calon di Pajabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas jam 9:00 pagi esok.

Sumber dalam memberi tahu saya Umno pusat membuat persefahaman dengan bekas ahli Parlimen bebas Pasir Mas Inchek Ibrahim Ali akan mewakili UBN untuk berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Umno akhirnya akur untuk memberi laluan keada Ibrahim Ali sebagai menghormati Tun Dr Mahathir yang telah memohon agar Ibrahim diberi laluan bertanding atas lambang dacing," kata sumber berkenaan.

Mahathir tambah sumber itu telah menghubung Najib akan mempertimbangkan desakan Ibrahim.

Lanjut di sini.


 P/s: Sesetengah orang politik tidak mengambil kira sama ada pencalonan itu bermaruah atau tidak! 

Tahniah kerana Ibrahim Ali mungkin bertanding atas tiket BN atau mesra BN, takziah pula kerana rakyat akan menguburkan karier politiknya di Pasir Mas.


Kemas Kini:

Ibrahim Ali satu lawan satu dengan anak TG Nik Aziz, Nik Abduh. lanjut di sini.



Tuesday, April 16, 2013

Ibrahim Ali Kecewa, Tanding Bebas, Guna Lambang Apa?


[MK] Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.


"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. 

"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu.

Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.

Tak dendam pada BN

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu dari PAS Khalid Samad.

Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas tiket BN tidak mendapat peluang itu apabila ia diberikan kepada BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas.

Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.

Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.

Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN.


P/s: Nak guna lambang apa?

Lambang ini?


Takziah Ibrahim Ali!

Sunday, December 16, 2012

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Anggap Ibrahim Ali Sudah Tidak Relevan...

Tidak Perlu Layan Kenyataan Ibrahim Ali

 Datuk Hussamuddin Yaacub
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub

[SH] SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.


P/s: Kah kah kah!

"...individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara..."

 Kah kah kah!

Ahli Perkasa kononnya ada 300 ribu orang, bila nak buat demo depan pejabat Karangkraf?