Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Friday, April 26, 2013

[Gambar] Gambar Lautan Manusia Bikin Tengku Adnan, Najib, Muhyyidin Tidak Tidur Malam



Ceramah TG Nik Aziz dan pimpinan yang lain di Presint 3, Putrajaya 27/4.







Foto: FB, kredit kepada empunya gambar

[Video & Gambar] Warga Putrajaya Serbu TG Nik Aziz & Husam Selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Putrajaya




Sumber gambar: Blog Omakkau

Sebaik-baik sahaja mengetahui kehadiran TG Nik Aziz dan Datuk Husam, warga Putrajaya yang menunaikan solat Jumaat (26/4) di Masjid Besi, Putrajaya terus menyerbu ke arah kedua-dua pemimpin ini untuk bersalaman.

Apa khabar Tengku Adnan, adakah Husam akan hilang wang deposit? -DCM



Gambar FB:










Kredit kepada empunya gambar.

Sunday, April 21, 2013

Husam Dedah Sebab Beliau Menangis Semasa Hari Penamaan Calon di Putrajaya


[HD] PUTRAJAYA: Ramai tertanya-tanya apa yang telah menyentuh hati Datuk Husam Musa sehingga beliau menangis hiba semasa hari penamaan calon di Putrajaya kelmarin.

Beliau kelihatan mengesat air mata sewaktu para penyokongnya yang hampir 3,000 orang mengiringinya dan mengaminkan doa sebaik sahaja beliau tiba di pusat penamaan Presint 9.


"Saya amat hiba dengan sokongan rakyat jelata, terutamanya anak-anak muda, semangat perjuangan mereka, cukup menyentuh hati," katanya ekoran tidak pernah berlaku dalam pilihan raya di Putrajaya, penyokong begitu ramai mengiringi calon dari pembangkang.

Beliau juga, beliau terharu kerana PAS telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kota pentadbiran yang merupakan kerusi yang amat strategik dalam negara. 

"Saya kini meletakkan diri saya untuk mencontohi jejak langkah perjuangan getir para anbiya dan sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam," katanya sebagaimana dipetik dalam laman Facebook rasmi PAS Putrajaya. 

Husam turut hiba kerana secara tiba-tiba beliau dianugerahkan suatu amanah yang besar untuk menerobos kota Putrajaya dengan membawa panji PAS.

PRU 13 ini merupakan satu cabaran besar buat Husam apabila beliau satu-satunya harapan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuka pintu Putrajaya bagi merealisasikan impian rakyat yang mahukan perubahan.

Walaupun lawan beliau Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan, Husam dikatakan akan memberi saingan sengit kepada Setiausaha Agung Umno itu.

Kawasan Parlimen Putrajaya seluas 4,931 hektar itu diwakili Tengku Adnan sejak 2004 selepas kawasan itu diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 2001.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenanginya dengan majoriti 2,734 undi, mengalahkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad.



Saturday, April 20, 2013

[Gambar] Datuk Husam Musa SEBAK, MENITIS Air Mata...MENGAPA?

Kredit tertera pada gambar.

 Datuk Husam Musa calon PAS di P-125 Putrajaya tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata  ketika bacaan doa. Beliau ditenangkan oleh beberapa orang pengiring beliau. 

Allahuakbar!

Mengapa beliau menangis? Tonton video ini. Mungkin ada dapat meneka sebab beliau sebak dan menangis. - DCM


TUMBANGKAN BN & UMNO!!!!



[Video] Husam Hilang Wang Deposit di Putrajaya? Tonton Video Ini Dulu Tengku Adnan!



Beberapa hari lepas, Tengku Adnan Mansor dilaporkan mengadakan solat hajat, tahlil, dan doa selamat bersempena dengan pencalonannya di kerusi Parlimen Putrajaya menentang Datuk Husam Musa dalam PRU13. Beliau sebelum ini didakwa tidak pernah mengadakan solat hajat besar-besaran untuk menentang calon daripada parti lawan.

Selepas menunaikan solat hajat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan Kronisme". Buku yang dicurigai kesahihan kandungannya itu  kononnya dapat menjadi modal politik untuk mempengaruhi undi penduduk di Putrajaya. 

Selain itu, Tengku Adnan cuba memperlekeh kehadiran Husam dengan mengatakan bahawa Husam orang luar dan bukannya penduduk Putrajaya.   Namun, berdasarkan beberapa tindakannnya itu,  kehadiran Datuk Husam jelas mampu menggugat kerusi selamat BN di Putrajaya. 



Pada hari  penamaan calon, Tengku Adnan dengan sombong berkata bahawa dia yakin Datuk Husam akan hilang deposit dalam pilihan raya kali ini. Tengku Adnan dilaporkan berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini. Datuk Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini.

Sebelum menilai kata-kata Tengku Adnan, tontonlah video yang merakam suasana hari penamaan calon Datuk Husam di Putrajaya. Puluhan ribu rakyat Putrajaya bersedia menguburkan karier politik Tengku Adnan di sana. Kehadiran rakyat yang luar biasa pagi tadi memberikan harapan yang cerah kepada Datuk Husam untuk membuat kejutan dengan merampas kerusi Parlimen Putrajaya kali ini. In sha Allah! -DCM


TUMBANGKAN BN & UMNO!



Penyokong UMNO di Putrajaya





Monday, March 25, 2013

Bekas Isteri Popegomo jadi Saksi Husam



[HD] KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.

Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.

Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.

“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.

“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.

Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.

Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.

Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.

Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.

Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan.

Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog “parpukari.blogspot.com”. Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012.


Berkaitan:

Papagomo Tidak Hadir ke Mahkamah

[HD] KOTA BHARU: Blogger lucah Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak hadir ke mahkamah hari ini walaupun beliau selaku defendan sepatutnya hadir setelah disaman oleh Datuk Husam Musa.

Ekoran itu, pelbagai pihak yang hadir ke mahkamah hari ini menyifatkan beliau sebagai penakut walaupun sangat berani apabila menulis dalam blognya.

"Selaku defendan Papagomo mesti hadir di mahkamah biarpun lawyernya berhujah mohon penangguhan ..rupanya PENAKUT bila disaman!" tulis Datuk Saifudin Nasution Ismail yang turut hadir selaku saksi melalui twitternya.

Papagomo melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran beliau sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.


P/s: Dasar pencecut!